
Lagu Hening Rindu nyanyian Marsha Milan dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-39, malam tadi.
Karya hebat ciptaan Ikhwan Fatnna dan Wan Saleh itu melayakkan mereka membawa pulang trofi dan wang tunai RM100,000.
Ikhwan yang dilihat tidak dapat menahan sebak mendedikasikan kemenangan ini buat seluruh peminat dan tenaga kerja bagi lagu Hening Rindu.
“Alhamdulillah. Terima kasih kepada semua yang menyokong. Saya hilang kata-kata,” katanya sejurus diumumkan selaku pemenang.
Naib juara AJL39 menjadi milik lagu Bukan Lagi Kita nyanyian Nadeera Zaini yang membuat debut pertamanya di pentas berprestij tahunan itu.
Menyampaikan lagu ciptaan Hael Husaini dan Iqie Hughs, Nadeera membawa pulang trofi dan wang tunai RM50,000.
Menduduki tempat ketiga pula lagu Saksama nyanyian dan ciptaan sepenuhnya Akim & The Majistret dan Bunga Cantik, sekali gus menerima wang tunai RM30,000 berserta trofi.
Sementara itu, Anugerah Persembahan Terbaik pula dinobatkan kepada Aina Andul menerusi lagu Puas Sudah.
Persembahan yang bertemakan ‘Jantung’ itu membolehkan Aina membawa pulang wang tunai RM12,000.
Dalam pada itu, penyanyi Ernie Zakri pula dinobatkan selaku pemenang vokal terbaik menerusi lagu Auraz
Sebanyak 10 buah lagu telah bertanding pada malam ini bagi bagi merebut gelaran lagu terbaik.
Sengaja (Amir Masdi), Saksama (Akim & The Majistret), Pujaanku (Masdo ft Aisyah Aziz), Terus Bersinar (Hafiz Suip), Hening Rindu (Marsha), Aura (Ernie Zakri), Diam (Hael Husaini), Risiko (Benzooloo, Ghidd Isobahtos, Meerfly, Tuju & Mk K-Clique) dan Bukan Lagi Kita (Nadeera Zaini)
Acara anugerah berprestij itu menampilkan gandingan Nazurdin Rahman dan Sissy Iman sebagai hos.
AJL 38 membuka tirai dengan persembahan daripada gabungan artis popular tanah air iaitu Shiha Zikir, Wani Kayrie, Sissy Iman dan Noki K-Clique.
Segmen Interlude pula dijayakan oleh kumpulan Ukays dan penampilan istimewa Sham Visa.
Diangkat sebagai acara muzik tahunan berprestij tempatan, AJL 39 mengetengahkan ‘Nada Rasa’ sebagai konsep serta tema persembahan, tahun ini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI