Ads

Berusia 19 Tahun & Pernah Menang Miss Kuala Lumpur, Dania Iza Kini Sahut Cabaran Dunia Lakonan… Keluar Zon Selesa Demi ‘PB Orked’

Bintang baharu yang semakin mencuri perhatian, Dania Iza kini bersedia untuk mengukuhkan lagi kedudukannya dalam industri hiburan tempatan.

Dania Iza atau nama sebenarnya, Dania Iza Hijazi Ahmad Ridhaudin, 19, merupakan Pemenang Miss Kuala Lumpur 2024 dan sinonim dengan jolokan ‘beauty with brain’ hasil bakat dan kebolehannya dalam bidang pengacaraan serta forum.

Bersandarkan bakat dan kesungguhan yang tinggi, kehadiran Dania dilihat mampu membawa warna baharu dalam landskap seni lakon komersial tanah air.

Malah namanya mula menjadi sebutan menerusi penampilannya dalam siri drama popular Rona Bosphorus.

Naskhah tersebut membuka ruang yang lebih luas untuk beliau mengembangkan kerjaya seni, bukan sahaja di peringkat tempatan malah serantau.

Lakonannya dalam drama berkenaan turut mencetuskan fenomena tersendiri apabila menjadi tular dalam kalangan peminat seni di Indonesia.

Dania Teraju Utama PB Orked

Melonjakkan lagi portfolio seninya, Dania kini diberikan kepercayaan oleh syarikat produksi NS Star Sdn Bhd untuk menggalas tanggungjawab besar sebagai antara teraju utama dalam drama rantaian baharu bergenre aksi bertemakan bomba berjudul PB Orked di TV2.

Ads

Drama tersebut mengisahkan perjuangan, konflik kekeluargaan dan pencarian cinta seorang wanita cekal bernama Orked yang perlu mengharungi cabaran dunia moden serta kerjaya lasak demi mempertahankan prinsip dan maruah dirinya.

Bagi menghidupkan watak sebagai anggota penyelamat secara lebih berkesan, Dania turut menjalani latihan fizikal yang mencabar.

“Watak Orked sangat menuntut ketahanan fizikal dan mental disebabkan elemen aksi penyelamatan yang realistik. Ini merupakan satu fasa baharu yang sangat mencabar.

Namun saya tekad untuk terus belajar demi memberikan yang terbaik kepada peminat dan industri kreatif negara,” katanya.

Ads

Dania juga menyifatkan kemunculannya sebagai teraju utama dalam PB Orked sebagai titik tolak penting dalam perjalanan kerjaya lakonannya.

Berusia 19 Tahun & Pernah Menang Miss Kuala Lumpur, Dania Iza Kini Sahut Cabaran Dunia Lakonan… Keluar Zon Selesa Demi ‘PB Orked’ Berusia 19 Tahun & Pernah Menang Miss Kuala Lumpur, Dania Iza Kini Sahut Cabaran Dunia Lakonan… Keluar Zon Selesa Demi ‘PB Orked’ Berusia 19 Tahun & Pernah Menang Miss Kuala Lumpur, Dania Iza Kini Sahut Cabaran Dunia Lakonan… Keluar Zon Selesa Demi ‘PB Orked’

Baca Artikel Lain;

https://www.mediahiburan.my/saya-perlahan-lahan-cuba-jadi-lebih-baik-azeva-sambut-baik-nasihat-bapa-soal-aurat-sudah-mula-beli-tudung-selesa-imej-sopan/

Ads

Anak Jati Kajang Yang Lasak & Serba Boleh

Di sebalik watak mencabar yang dibawakan, anak jati Kajang, Selangor itu sebenarnya memiliki latar belakang yang cukup dinamik dan pelbagai.

Anda mungkin berminat dengan

Dania meminati aktiviti lasak serta sukakan cabaran fizikal dan disebabkan imejnya yang aktif dan berdaya tahan, dia pernah dipilih menyertai inisiatif nasional berskala besar seperti kempen Tabik Wira Kita dan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

Kelebihan dari segi stamina serta ketahanan mental turut membantunya melaksanakan sendiri beberapa babak aksi dalam PB Orked.

Selain itu, Dania juga aktif dalam bidang komunikasi dan pengucapan awam selain pernah terlibat dalam dunia pidato, pengacaraan program gaya hidup TROLB (Super Sunday) serta memiliki pengalaman selama tiga tahun dalam bidang peragaan sehingga ke peringkat antarabangsa di Beijing, China.

Dengan pakej lengkap yang merangkumi rupa, bakat dan kekuatan mental, Dania Iza optimis untuk terus mewarnai industri seni lakon komersial negara.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Natasha Hudson Syukur Timang Anak Lelaki Pertama Pada Usia 44 Tahun...

Pelakon Natasha Hudson, meluahkan rasa syukur atas kelahiran cahaya mata lelaki pertamanya pada 25 April lalu yang disifatkan sebagai rezeki dan anugerah yang tidak...
error: Hello. Cannot.