
Penyanyi dan pelakon yang juga peserta Talk To My Manager 2 (TTMM2), Azeva Natassha menerima dengan hati terbuka nasihat bapanya yang juga penyanyi, Ameng Spring, berkaitan aurat yang menjadi perhatian baru-baru ini.
Menurut Azeva, dia bersyukur dengan teguran tersebut dan mengakui dirinya masih dalam proses memperbaiki diri ke arah menjadi Muslimah yang lebih baik.
“Saya cuma nak bagitahu papa, saya minta maaf kerana mengecewakan papa. Saya sangat bersyukur kerana papa menegur mengenai aurat saya. Saya tahu itu salah.
“Ketika ini, saya pun sedang perlahan-lahan mencuba menjadi lebih baik. Jika anda melihat penampilan saya yang dahulu, saya tidak seperti ini.
“Saya sudah perlahan-lahan menerima hidayah. Saya harap anda semua boleh mendoakan yang terbaik untuk saya,” katanya kepada MH.
Anak kepada penerbit terkenal, Datuk A. Aida itu berkata demikian ketika ditemui selepas tamat konsert suku akhir Talk To My Manager musim ke-2 (TTMM2) yang berlangsung di Auditorium MBSA, Shah Alam pada Ahad.
Selesa Tampil Sopan
Dalam pada itu, Azeva memaklumkan dia kini semakin selesa dengan penampilan yang lebih sopan dan mula menyukai imej berhijab.
“Saya pun sudah mula membeli tudung. Kadang-kadang saya suka pakai tudung dan berjubah. Saya juga kini lebih selesa pakai baju lengan panjang.
“Kalau ikutkan baju malam ini, saya tak nak nampak lengan. Kalau boleh nak jahit terus dengan sarung tangan tapi ini milik wardrobe TTMM2,” ujarnya lagi.

Baca Artikel Lain;
Ujian Kesihatan Ibu Dekatkan Diri KepadaNya
Pada masa sama, Azeva turut berkongsi, dirinya mula merasakan perubahan dalam hidup apabila diuji dengan keadaan kesihatan ibunya yang terpaksa menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU), baru-baru ini.
Menurutnya, detik tersebut membuatkan dirinya lebih dekat dengan Allah SWT dan lebih menghargai setiap nikmat yang diberikan.
“Saya mendapat hidayah ketika mama dimasukkan ke ICU. Ketika itu, saya rasa lebih rapat dengan Allah. Allah sentiasa ada dengan saya. Alhamdulillah Dia beri kesembuhan kepada ibu saya.
Anda mungkin berminat dengan
“Allah banyak memberikan rezeki kepada saya. Doakanlah yang terbaik buat saya dan mama. Mama pun sudah pakai tudung,” akhirinya.
Sebelum ini, menerusi satu sesi siaran langsung, Ameng memaklumkan dia sudah beberapa kali menegur Azeva berhubung soal aurat.
Jelas Ameng, sebagai seorang bapa, dia telah menjalankan tanggungjawabnya dan kini terpulang kepada Azeva untuk menentukan hala tuju kehidupannya sendiri.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!

