
Pelakon Scha Elinnea mengalami jangkitan kuman pada bahagian mata kirinya dua hari lalu gara-gara mengenakan kanta lekap melebihi tempoh kebiasaan.
Kata Scha, beberapa komitmen seninya juga terpaksa ditangguhkan kerana masalah yang dialami.
Bagaimanapun, bintang drama Nasi Kerabu Untuk Che Abe ini menzahirkan rasa syukur selepas keadaan mata kirinya kini beransur pulih.
“Sejujurnya saya memang alami masalah rabun dan lazimnya, saya lebih selesa mengenakan kanta lekap berbading memakai kaca mata.
“Namun ketika mengikuti satu kelas lakonan baru-baru ini, mata kiri saya seakan berdenyut-denyut dan rasa sakit. Bila buka kanta lekap, air mata terus keluar.
“Lalu saya lakukan pemeriksaan dan doktor memberitahu ada jangkitan pada bahagian mata kiri.
“Jelasnya, jika rasa sakit masih lagi berterusan dalam tempoh tiga hari selepas rawatan, saya disarankan untuk ke hospital untuk buat pemeriksaan lanjut.
“Alhamdulillah, semuanya sudah okay dan saya sudah mula bekerja macam biasa,” katanya.
Mengakui kurang memberi perhatian terhadap soal penjagaan mata sebelum ini, pelakon berusia 21 tahun ini mulai peka dan tidak mahu lagi ambil sikap sambil lewa.
“Nasihat saya, kalau tidak ada hal yang penting tidak perlulah mengenakan kanta lekap kalau tidak boleh menjaganya dengan baik.
“Bimbang kerana hal itu mungkin boleh beri kemudaratan kepada si pemakai.
“Paling penting, pastikan anda mengenakannya mengikut masa yang disarankan selain menjaga kebersihan tangan serta kanta lekap sebaiknya,” akhiri Scha.
https://www.youtube.com/watch?v=s_UQfbIWvIo
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Abe Di Fasa Paling Tenang Sepanjang Hidup…,”- Hafreez Adam

Pelakon, Hafreez Adam meluahkan rasa syukur kerana dikelilingi kawan-kawan dan peminat yang tidak putus-putus mendoakannya.
Malah, peserta Hero Remaja 2011/2012 itu sedar banyak perkara yang dipelajarinya sepanjang bergelar anak seni.
“First of all. I’d like to say thank you so much for all the wishes. Abe nak reply satu-satu memang tak mampu lah. But please do know that I appreciate it so much. Life is amazing.
“Banyak benda yang jadi yang sekarang ni buat Abe realized banyak perkara. Dan Abe akan jadi manusia paling tak bersyukur kalau Abe tak nampak apa yang Abe ada sekarang ni. What I have now is so much more than what I asked for dulu.
“It has been an amazing journey for me so far. And I wouldn’t change a thing. Apa yang best jadi sepanjang hidup ni, Alhamdullilah. Apa yang tak best jadi dalam hidup Abe pun, Alhamdullilah, sebab semua ni membentuk Abe menjadi Hafreez Adam yang hari ini,” kongsinya.
Dalam masa sama, pelakon drama Puteri Yang Ditukar itu kini berasa tenang bersama keluarga, rakan-rakan dan peminat yang sentiasa menyokong kariernya.
“Abe di fasa yang paling tenang sepanjang hidup Abe sekarang ni.And honestly, I’m the happiest I’ve ever been.
“Selain immediate family, extended family, best friends & friends, you guys are the reason why I feel like I’m the luckiest. Thank you!
“To many more years of growing together, positively. Happy birthday to me!,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by Hafreez Adam (@hafreezadam) on
Hafreez, 30, sebelum ini pernah menjalinkan hubungan pertunangan bersama pelakon, Zara Zya pada Oktober 2019.
Bagaimanapun, hubungan mereka terlerai sebulan kemudian pada tahun sama.
Foto : Intagram Hafreez Adam
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pemergian Ibu, Bapa & Datuk.. Kini Nenek Azar Azmi Pula Meninggal Dunia. AlFatihah

Pelakon Azar Azmi berkongsi berita sedih apabila neneknya, Aminah Isa meninggal dunia awal pagi tadi.
Menurut Gempak, arwah yang berusia 82 tahun meninggal dunia secara mengejut di kediamannya di Puncak Alam, Selangor.
“Nenek saya, mak kepada arwah ibu meninggal secara mengejut. Sebelum tu, dia tak nak makan, tak nak minum.
“Arwah meninggal masa tidur,” katanya seperti dipetik.
Jelas pelakon drama Nur 2, arwah neneknya meninggal dunia lima bulan selepas datuknya, Othman Idris, 86, mengadap Ilahi pada Februari lalu.
Ia sekali gus, memberi kesan mendalam buat Azar.
Terdahulu, Azar atau nama lengkapnya Siti Azar Ameerah Azmi memakumkan berita sedih tersebut menerusi Instagram miliknya.
“Nenek saya telah kembali kerahmatullah pagi ini. Mohon kepada semua mendoakan agar segalanya berjalan dengan lancar,” tulisnya.
Azar yang juga merupakan anak yatim piatu telah kehilangan ibu bapa, Azmi Meri dan Arbaayah Aminah beberapa tahun lalu.
View this post on InstagramA post shared by ABOS (@azarazmi) on
View this post on InstagramA post shared by ABOS (@azarazmi) on
Kami di MH mendoakan agar kedua ibu bapa, datuk dan nenek Azar ditempatkan bersama orang-orang beriman. Al-Fatihah.
Sumber, Foto : Gempak, Instagram Azar Azmi
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Anak Saya Sepertinya Belum Berdamai..,”- Rossa Dedah Kisah Cerai Dalam Filem, Enggan Lagi Timbul Fitnah

Penyanyi terkenal Indonesia, Datuk Seri Rossa akui mempunyai sebab tersendiri mengapa dia memilih untuk menceritakan kisah pergolakan rumah tangganya kepada umum di dalam filem dokumentari ‘All Access To Rossa 25 Shining Years’.
Menurut Rossa, sekarang merupakan waktu yang terbaik untuk merungkai segala persoalan yang selama ini menjadi tanda tanya.
“Saya merasakan ini waktu yang tepat dan semuanya sudah dalam keadaan yang baik-baik. Tidak akan ada lagi fitnah dan pihak-pihak yang akan berasa rugi.
“Seperti yang diceritakan di dalam filem, anak saya seperti belum berdamai dengan keadaan dan perasaannya. Namun, sejak akhir-akhir ini, semua sudah baik-baik sahaja,” katanya kepada MH.
Penyanyi lagu Hey Ladies ini berkata sedemikian ketika ditemui di majlis tayangan perdana filem ‘All Access To Rossa 25 Shining Years’ yang berlangsung di Pavilion, Kuala Lumpur pada Isnin.
Katanya lagi, hubungannya bersama bekas suami yang juga merupakan pemain drum kumpulan Padi, Surendro Prasetyo itu kini semakin akrab dan mereka mahu sama-sama membesarkan anak, Rizky Langit Ramadan dengan baik.
“Penceraian kami sudah lama berlaku. Kini saya faham, ada pasangan yang sesuai sebagai suami isteri dan ada juga yang hubungannya tidak berpanjangan.
“Saya bukan nak kata perceraian itu satu hal yang baik tapi bagi saya, ia merupakan salah satu jalan keluar daripada hal yang lebih buruk.
“Pada saya, untuk menukar perasaan cinta itu tidaklah sulit. Namun, setiap orang ada cara yang berbeza.
“Saya dan Yoyo kini sudah seperti abang dan adik. Tanggungjawab sebagai ibu bapa tetap ada. Kami sentiasa menyokong kerjaya dan kehidupan peribadi masing-masing,” ujarnya lagi.
Ditanya sama ada anaknya itu pernah meluahkan hasrat untuk melihat Rossa dan bekas suami kembali bersama sebagai pasangan suami isteri, wanita anggun itu menjawab ringkas.
“Tidak. Justeru, jika ditanya kepada Rizky, dia lebih suka dengan keadaan sekarang. Dia senang melihat saya bahagia seperti ini,” jawabnya.
Sementara itu, Rossa turut mengakui bukan mudah buat dirinya untuk kembali bangkit selepas perceraian dengan bekas suami pada tahun 2009.
“Setiap daripada kita mempunyai takdir yang berbeza. Walau apapun, kita tetap harus bersyukur dan untuk mengharunginya adalah pilihan kita.
“Kita boleh sahaja menangis dan berhenti berjalan tapi itu tidak membawa kebaikan. Pada saya, wanita ini dikurniakan pelbagai kelebihan. Kita mampu buat pelbagai perkara dalam satu masa.
“Jadi, sewajarnya kita harus bangkit dan bekerja buat diri sendiri serta memberikan manfaat buat keluarga,” akhirinya.
Terdahulu, filem dokumentari Rossa ini bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 18 Oktober ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
Kredit Foto: Instagram Rossa
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI