Pelakon, Mawar Rashid meluahkan rasa terharu selepas namanya disenaraikan sebagai salah seorang ‘Individu Paling Berjaya Di Malaysia’ anjuran Britishpedia.
Menurut Mawar, penghargaan ini diperoleh berkat usahanya membantu seterusnya berkongsi ilmu kepada ramai agar menceburi bidang bisnes selain turut merealisasikan apa yang mereka impikan.
“Syukur Alhamdulillah. Mekwa terpilih sebagai “One of Successful People in Malaysia.”
“Sejak mula-mula berkecimpung dalam business, Mekwa banyak bantu berkongsi ilmu kepada peniaga-peniaga yang ingin menambah pengetahuan dalam bidang business.
“Alhamdullillah dengan guide Mekwa dan team @mawarosehq, kebanyakkannya dah dapat mencapai impian, tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan isteri kepada pelakon, Raf Yaakob itu menerusi akaun Instagram.
Dalam pada itu, Mawar yang sinonim dengan panggilan Mekwa turut merakamkan ucapan penghargaan buat semua pihak yang telah mendoakan kejayaannya selama ini.
“Terima kasih MAWAROSE SQUAD without you all, Mekwa takkan sampai ke tahap ni. Thank you sebab believe in me and buat yang terbaik untuk SQUAD kita
“Terima Kasih Britishpedia untuk recognition ni. Bukan senang nak sampai tahap ni. Mekwa betul-betul climb dari bawah.
“Terima kasih hubby & Mamy always doakan Mekwa. Abang-abang and kakak-kakak semua support Mekwa sampai ke tahap ni.
“Alhamdullillah, Thank you Allah swt kerana bagi mawar rezeki. Family yang supportive, dikelilingi kawan-kawan dan fans yang baik,” katanya lagi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata pengikut dan rakan artis menitipkan ucapan tahniah selain turut mendoakan semoga Mawar terus berjaya pada masa akan datang.
Terdahulu, Mawar dan suaminya telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 9 November 2017 dan telah pun dikurniakan seorang cahaya mata, Raden Muhammad Rafael.
Pasangan ini juga dijangka bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi.
Sumber: Instagram Mawar Rashid
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selama enam minggu, program pencarian Ratu Hijabista 2020 kini telah pun memasuki peringkat separuh akhir.
Dengan hanya tinggal empat peserta sahaja lagi, siapakah di antara gadis hijabi ini yang bakal melangkah ke peringkat akhir seterusnya dinobatkan selaku Juara Ratu Hijabista edisi yang pertama.
Sebelum itu, apa kata kita kenali dahulu 4 peserta yang kini masih meneruskan saingan.
1. Mellya
Gadis berasal daripada Klang, Selangor ini memiliki perwatakan yang sangat menarik selain turut aktif menceburkan diri dalam dunia kesukarelawanan.
Pemilik nama lengkap Shamellya Norazizi ini merupakan mahasiwa Ijazah Sarjana Muda Kewangan di UiTM Puncak Alam, dan turut menjawat jawatan sebagai ahli majlis perwakilan pelajar di universitinya.
Selain bergelar model hijabi, Mellya juga aktif menyampaikan suara anak muda. Oleh itu, tidak hairanlah mengapa dipilih sebagai salah seorang wakil di Majlis Parlimen Belia Malaysia.
2. Fiffy Afrina
Tanam impian untuk menjadi hos rancangan kesihatan dan perubatannya sendiri, gadis berusia 23 tahun ini dilihat sedang berada di landasan terbaik untuk merialisasikan cita-citanya itu.
Berasal daripada Pulau Pinang, Fiffy atau nama sebenarnya Nurfiyanti Afrina Roslan kini sedang mengikuti pengajian dalam bidang perubatan di UniKL Royal College of Medicine Perak (RCMP).
Bukan hanya sekadar rupa, Fiffy juga percaya kecantikan diri itu perlu hadir seiring dengan keupayaan intelektual.
3. Qila
Berusia 21 tahun, Qila merupakan peserta termuda yang berjaya meloloskan diri ke peringkat separuh akhir pencarian Ratu Hijabista 2020.
Gadis yang cukup petah menyusun kata-kata ini merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa dalam bidang Penyiaran di UiTM Shah Alam.
Qila atau nama penuhnya Wan Nur Aqilah Shahirah Wan Lokman sangat meminati bidang seni persembahan terutamanya lakonan. Oleh itu, Qila murapakan antara pelajar yang sangat aktif melibatkan diri dalam dunia teater di Kolej.
Tidak mahu mensia-siakan peluangnya, Qila memasang niat untuk menimba pengalaman sebanyak mungkin dan Ratu Hijabista menjadi platform yang tepat untuknya mengasah bakat.
4. Tina Aziz
Gadis yang berasal daripada Purtajaya ini merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang di UiTM Shah Alam. Baru sahaja menamatkan tempoh pelatih dalam kamar sebagai persediaan menjadi pengamal undang-undang, kurang beberapa bulan sahaja lagi, Tina akan sah bergelar sebagai peguam.
Pemilik nama lengkap Qistina Sofia Abdul Aziz merupakan seorang yang tidak pernah patah semangat meskipun pernah beberapa kali mencuba nasib menyertai beberapa program pencarian bakat sebelum ini.
Gadis hijabi berusia 24 tahun ini memegang prinsip bahawa segala kebaikan yang mendatang adalah disebabkan adanya usaha yang tinggi.
Hanya tinggal selangkah sahaja lagi, empat peserta ini sudah pasti akan memberikan yang terbaik bagi melayakkan diri untuk mara ke peringkat akhir yang akan dipancarkan secara langsung pada 30 September depan.
Episod separuh akhir Ratu Hijabista 2020 yang dihoskan oleh Uyaina Arshad dan Fikry Ibrahim akan bersiaran pada malam ini (Rabu) jam 9.00 malam ekslusif di Astro Prima (125) dan Prima HD (105).
Chef selebriti, Anis Nabilah mengakui masih belum bersedia untuk menceburi dalam dunia lakonan dan nyanyian secara serius.
Jelas Anis, dirinya kini hanya mahu memberi tumpuan sepenuhnya kerjaya sebagai seorang chef.
“Pertamanya, saya tak tahu saya berbakat dalam bidang berkenaan atau sebaliknya.
“Jujurnya, saya terjun dalam industri ini dengan tiada niat lain pun selain mahu ajar orang memasak. Sebolehnya mahu kongsikan ilmu yang saya ada dengan orang lain juga.
“Ini kerana, memasak memang menjadi kecintaan saya malah ia sudah dipupuk sejak kecil lagi.
“Buatkan saya rasa gembira yang secara tak langsung menaikkan semangat,” jelasnya.
Kata Anis lagi, fokusnya kini hanya satu dan sebolehnya cuba beri komitmen sebaik mungkin terhadap apa yang diceburinya kini.
“Setakat ini, niat untuk bergelar penyanyi atau pelakon tu belumlah lagi ada.
“Seperti apa yang saya beritahu, tumpuan kini hanyalah dalam dunia masakan. Saya tak mengejar populariti.
“Kalau sekiranya saya kian dikenali atas apa yang dilakukan kini, alhamdulillah.
“Cuma yang paling utama, saya boleh berkongsi dan mengajar ramai lagi orang dalam masakan,” akhiri Anis.
Terdahulu, Anis ditemui MH pada majlis pelancaran buku resepi masakan, Comfort Food With Chef Anis Nabilah di Eastin Hotel, Kuala Lumpur pada Selasa.
Buku resepi masakan ini turut mendapat kerjasama Thermomix.
Ia merupakan buku resepi masakan yang pertama milik chef kelahiran Pulau Pinang ini.
Buku terbabit mempunyai kira-kira 25 menu resepi yang telah diolah Anis sendiri dan boleh dimiliki dengan melayari www.thermomix.com.my dengan harga RM98.00 seunit.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!