Selama enam minggu, program pencarian Ratu Hijabista 2020 kini telah pun memasuki peringkat separuh akhir.

Dengan hanya tinggal empat peserta sahaja lagi, siapakah di antara gadis hijabi ini yang bakal melangkah ke peringkat akhir seterusnya dinobatkan selaku Juara Ratu Hijabista edisi yang pertama.

Sebelum itu, apa kata kita kenali dahulu 4 peserta yang kini masih meneruskan saingan.

1. Mellya

[GAMBAR] Hanya Selangkah Lagi Ke Pentas Akhir, Kenali Dulu 4 Calon Juara Pertama Ratu Hijabista!

Gadis berasal daripada Klang, Selangor ini memiliki perwatakan yang sangat menarik selain turut aktif menceburkan diri dalam dunia kesukarelawanan.

Pemilik nama lengkap Shamellya Norazizi ini merupakan mahasiwa Ijazah Sarjana Muda Kewangan di UiTM Puncak Alam, dan turut menjawat jawatan sebagai ahli majlis perwakilan pelajar di universitinya.

Selain bergelar model hijabi, Mellya juga aktif menyampaikan suara anak muda. Oleh itu, tidak hairanlah mengapa dipilih sebagai salah seorang wakil di Majlis Parlimen Belia Malaysia.

2. Fiffy Afrina

IKLAN
[GAMBAR] Hanya Selangkah Lagi Ke Pentas Akhir, Kenali Dulu 4 Calon Juara Pertama Ratu Hijabista!
JUL 25 2020 HIJABISTA NORHASLIZA RATU HIJABISTA POSTER

Tanam impian untuk menjadi hos rancangan kesihatan dan perubatannya sendiri, gadis berusia 23 tahun ini dilihat sedang berada di landasan terbaik untuk merialisasikan cita-citanya itu.

Berasal daripada Pulau Pinang, Fiffy atau nama sebenarnya Nurfiyanti Afrina Roslan kini sedang mengikuti pengajian dalam bidang perubatan di UniKL Royal College of Medicine Perak (RCMP).

Bukan hanya sekadar rupa, Fiffy juga percaya kecantikan diri itu perlu hadir seiring dengan keupayaan intelektual.

3. Qila

[GAMBAR] Hanya Selangkah Lagi Ke Pentas Akhir, Kenali Dulu 4 Calon Juara Pertama Ratu Hijabista!

IKLAN

Berusia 21 tahun, Qila merupakan peserta termuda yang berjaya meloloskan diri ke peringkat separuh akhir pencarian Ratu Hijabista 2020.

Gadis yang cukup petah menyusun kata-kata ini merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa dalam bidang Penyiaran di UiTM Shah Alam.

Qila atau nama penuhnya Wan Nur Aqilah Shahirah Wan Lokman sangat meminati bidang seni persembahan terutamanya lakonan. Oleh itu, Qila murapakan antara pelajar yang sangat aktif melibatkan diri dalam dunia teater di Kolej.

Tidak mahu mensia-siakan peluangnya,  Qila memasang niat untuk menimba pengalaman sebanyak mungkin dan Ratu Hijabista menjadi platform yang tepat untuknya mengasah bakat.

4. Tina Aziz

IKLAN

[GAMBAR] Hanya Selangkah Lagi Ke Pentas Akhir, Kenali Dulu 4 Calon Juara Pertama Ratu Hijabista!

Gadis yang berasal daripada Purtajaya ini merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang di UiTM Shah Alam. Baru sahaja menamatkan tempoh pelatih dalam kamar sebagai persediaan menjadi pengamal undang-undang, kurang beberapa bulan sahaja lagi, Tina akan sah bergelar sebagai peguam.

Pemilik nama lengkap Qistina Sofia Abdul Aziz merupakan seorang yang tidak pernah patah semangat meskipun pernah beberapa kali mencuba nasib menyertai beberapa program pencarian bakat sebelum ini.

Gadis hijabi berusia 24 tahun ini memegang prinsip bahawa segala kebaikan yang mendatang adalah disebabkan adanya usaha yang tinggi.

Hanya tinggal selangkah sahaja lagi, empat peserta ini sudah pasti akan memberikan yang terbaik bagi melayakkan diri untuk mara ke peringkat akhir yang akan dipancarkan secara langsung pada 30 September depan.

Episod separuh akhir Ratu Hijabista 2020 yang dihoskan oleh Uyaina Arshad dan Fikry Ibrahim akan bersiaran pada malam ini (Rabu) jam 9.00 malam ekslusif di Astro Prima (125) dan Prima HD (105).

All the best girls!

https://www.instagram.com/p/CFbl8uMpXqT/

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI