Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah berkongsi sepotong video menyayat hati memaparkan anak sulungnya, Ayden yang dilihat menangis teresak-esak kerana terlalu merindukan bapanya yang juga merupakan seorang penyanyi, Aliff Aziz.

Menerusi video berkenaan, Ayden memberitahu si ibu yang dia mahu pulang ke Singapura untuk berjumpa dengan bapa tersayang.

Menurut Bella, bukan sekali dua anaknya itu berkelakuan sedemikian dan ada kalanya dia gemar menyendiri berhampiran tandas di rumahnya.

IKLAN

“Actually bukan sekali ni je. Kadang cari mana dia rupanya tengah duduk nangis (sometimes depan toilet) ingatkan jatuh rupanya cari daddynya,” jelas Bella.

Video tersebut dikongsikan oleh penyanyi lagu Tenang itu menerusi akaun Instagram miliknya.

Video menyentuh perasaan itu kemudiannya tular selepas meraih lebih 400,000 tontonan malah turut dihujani ribuan komen.

IKLAN

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen tersentuh melihat perkongsian daripada Bella itu.

“Actually Bukan Sekali Ni Je,”- Terlalu Rindukan Bapa, Anak Aliff Aziz Meronta Mahu Ke Singapura “Actually Bukan Sekali Ni Je,”- Terlalu Rindukan Bapa, Anak Aliff Aziz Meronta Mahu Ke Singapura “Actually Bukan Sekali Ni Je,”- Terlalu Rindukan Bapa, Anak Aliff Aziz Meronta Mahu Ke Singapura

IKLAN

Terdahulu, Aliff telah dijatuhkan hukuman penjara selama dua minggu dan denda sebanyak RM1,500 oleh Mahkamah Negara Singapura selepas didapati bersalah kerana mencuri dan berkelakuan tidak sopan di khalayak ramai dalam satu kejadian tahun lalu.

Bagaimanapun, selepas dua minggu menjalani hukuman tersebut, akhirnya Aliff telah dibebaskan pada Ahad.

Sumber: Instagram Bella Astillah

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI