Berkongsi berita gembira di laman Instagram, pengacara dan penyampai radio, AG Azmeer memaklumkan isterinya telah selamat melahirkan cahaya mata ke-5 mereka pada tanggal 10 September lalu.

Menurut AG, kehadiran seorang lagi cahaya mata lelaki itu bakal menambahkan lagi rasa sayang dan kegembiraan di dalam keluarga mereka.

View this post on Instagram

Alhamdulillah, di hari Jumaat yg mulia ini , AG nak share berita gembira.. pd 10 sept 2020 yang lalu, genap seminggu sudah, Allah kurniakan kami seorang lagi anak lelaki.. Ya Allah, syukur ke hadrat Mu.. tiada yg terbaik selain dari pemberian mu ya Allah. Kehadiran buah hati ke 5 AG n wife @mel_hulubalang menambahkan lagi kasih syg dan kegembiraan kami sekeluarga. Syukur…Alhamdulillah. Moga Allah panjangkan umur kita semua utk di beri kesempatan mendidik anak2 kita utk mendoakan kita di alam kubur kelak. Inshaallah … Aminnnn🤲🏻🤲🏻🤲🏻 Muhammad Aesry Athmar bin Muhammad Azmir .. daddy, mama n abg2 love u soooo much!! ❤️❤️❤️ @mel_hulubalang terima kasih bidadari hati 🌹💋.. 15 tahun usia perkahwinan kita. Rasa bangga kerana Allah memilih kita utk memiliki 5 anak lelaki. Inshaallah , jika diizinkan Allah… ke 5 hulubalang kita yg akan mengangkat jenazah kita nanti. Aminn Ya Allah.❤️❤️❤️ Pd kwn2 yg masih menanti hadirnya cahaya mata , di hari Jumaat yg mulia ini AG dan sekeluarga mendoakan agar Allah mempercepatkan rezeki kwn2 semua .. Amin Ya Rabbal Alamin. Salam Jumaat Berkah 😊 #muhammadaesryathmar #5hulubalangagmel💪🏻💙🤲🏻

A post shared by Ag Azmeer (@ag_azmeer) on

“Alhamdulillah, di hari Jumaat yang mulia ini , AG nak share berita gembira.

“Pada 10 September 2020 yang lalu, genap seminggu sudah, Allah kurniakan kami seorang lagi anak lelaki.

“Ya Allah, syukur ke hadrat Mu. Tiada yang terbaik selain dari pemberian mu ya Allah.
Kehadiran buah hati ke 5 AG and wife @mel_hulubalang menambahkan lagi kasih sayang dan kegembiraan kami sekeluarga.

“Syukur, Alhamdulillah. Moga Allah panjangkan umur kita semua untuk di beri kesempatan mendidik anak-anak kita untuk mendoakan kita di alam kubur kelak. Inshaallah. Aminnnn,” tulisnya.

IKLAN

Pada masa sama, penyampai radio Kool.fm itu turut mendedahkan telah menamakan anaknya itu Muhammad Aesry Athmar.

Meski belum dikurniakan cahaya mata perempuan, AG tetap meluahkan rasa syukur terhadap rezeki yang telah dikurniakan kepadanya selama ini

“Muhammad Aesry Athmar bin Muhammad Azmir. Daddy, mama and abang-abang love u so much!

“@mel_hulubalang terima kasih bidadari hati. 15 tahun usia perkahwinan kita. Rasa bangga kerana Allah memilih kita untuk memiliki 5 anak lelaki.

IKLAN

“Inshaallah, jika diizinkan Allah, ke 5 hulubalang kita yang akan mengangkat jenazah kita nanti. Aminn Ya Allah,” katanya lagi.

Dalam pada itu, AG turut dilihat sempat menitipkan doa buat semua pasangan suami isteri yang masih menantikan kelahiran cahaya mata sulung mereka.

“Pada kawan-kawan yang masih menanti hadirnya cahaya mata, di hari Jumaat yang mulia ini AG dan sekeluarga mendoakan agar Allah mempercepatkan rezeki kawan-kawan semua.

IKLAN

“Amin Ya Rabbal Alamin. Salam Jumaat Berkah,” akhirinya.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan ucapan tahniah buat AG dan isteri di atas kelahiran cahaya mata ke-5 itu.

Terdahulu, AG telah mendirikan rumah tangga bersama isteri, Emelda Amir pada tanggal 30 April 2005.

Selain Aesry Athmar, pasangan tersebut turut memiliki empat orang lagi cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Aeril Aqmar, Muhammad Arraz Ammar, Muhammad Aqriz Anmar, serta Muhammad Affan Afmar.

Sumber: Instagram Ag Azmeer