Pelakon Anzalna Nasir yang baru sahaja meraikan perkahwinan adik bongsunya, Nazirah bersama lelaki pilihan hatinya minggu lalu ada memuat naik beberapa coretan di Insta Stories.
Bintang drama bersiri, Dendam Aurora itu ada menyatakan mereka adik-beradik yang sudah berkahwin memilih lelaki yang berjaya melayani mereka dengan baik dan bukan atas dasar fizikal atau harta.
“Handsome semua menantu abah! Hahaha… Pandai anak-anak abah pilih! Kami bukan memilih paras rupa atau kekayaan, tetapi lebih kepada cara layanan mereka kepada kami.
“Bila hati senang, hidup pun bahagia. Insya-Allah,” tulisnya pada lampiran foto kandid adik iparnya, Umar Mukhtar.
Ads
Sementara itu menerusi beberapa posting lainnya, Anzalna turut menitipkan dedikasi gurauan buat pasangan pengantin baru.
Ads
Ads
Mula terjun secara serius dalam seni sejurus menyertai Pencarian Dewi Remaja sezaman Neelofa, Anzalna mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Hanif Zaki pada 21 Februari 2016 selepas beberapa tahun menyulam cinta.
Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang dilahirkan pada Mei tahun lalu.
Foto: Instagram Anzalna Nasir
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Puteri Sarah Liyana akui kesal dengan tindakan seorang pengguna Facebook yang menuduhnya melakukan maksiat sehingga nekad mengambil tindakan undang-undang terhadap individu itu.
Menurut Puteri Sarah, peguamnya bakal menghantar Letter Of Demand (LOD) kepada individu berkenaan meski dikatakan dia sudah menukar nama dan gambar profil akaun media sosial miliknya itu.
“Dua hari lalu keluar cerita fasal bekas suami dengan isterinya. Saya tak kisah pun mengenai artikel itu tapi kadangkala ada pengguna platform Facebook yang seolah-olah begitu tersakiti dan menyimpan dendam dengan saya.
“Malah masih ada yang nak kaitkan nama saya sedangkan sudah setahun saya bercerai dan ‘move on’. Jadi tak perlulah nak kaitkan saya dengan pihak sana lagi.
“Setakat komen biasa saya okey lagi tapi bila ada yang menuduh saya bermaksiat saya tidak boleh terima. Saya rasa tuduhan yang dibuat agak melampau.
“Akaun itu pun tak berani tunjuk wajah atau nama sebenar, jadi saya ambil langkah mengantar mesej peribadi dan individu itu terus menukar gambar profil Facebook serta nama,” katanya.
Ibu kepada dua cahaya mata ini menambah, dia meminta peguamnya itu untuk menghantar LOD kepada individu tersebut bukan sekadar menuntut permohonan maaf sebaliknya menjadi pengajaran kepada orang luar supaya berhati-hati ketika meninggalkan komen di media sosial.
“Saya ingin kejadian ini menjadi pengajaran kepada individu itu termasuk golongan lelaki yang mempunyai akaun Facebook supaya jangan terlalu melampau atau berdendam atas kejadian yang sudah terjadi setahun lalu.
“Bukannya saya bercerai dengan anda pun? Urusan saya dan bekas suami sudah lama selesai tapi kenapa anda masih tak puas hati dengan saya?
“Jadi tak perlu nak sindir atau tak puas hati tak tentu fasal. Kalau nak komen itu biarlah berhemah, jangan tiba-tiba nak hentam saya. Kadang mereka ini lupa diri bila meninggalkan komen,” katanya lagi.
Terdahulu Puteri Sarah memilih untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang individu yang menuduhnya melakukan maksiat atau bersekedudukan.
Puteri Sarah memaklumkan dia sudah mengesan individu berkenaan dan tindakan susulan peguamnya yang akan menghantar Letter Of Demand (LOD).
Sebelum ini, pelakon terbabit sudah mengheret beberapa individu ke mahkamah atas dakwaan fitnah termasuk seorang wanita membabitkan saman mencecah RM1 juta.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan pengacara, Janna Nick menjelaskan dia tidak mempunyai niat untuk melakukan konten ‘double meaning’ atau berbaur lucah bersama suaminya yang juga pelakon, Dini Schatzmann, baru-baru ini.