Bekas personaliti TV, Puan Sri Normala Samsudin ada menyatakan rasa gembira dan terharu apabila diundang sebagai tetamu jemputan untuk program bual bicara, Next To Neelofa yang bersiaran pada Khamis lalu di saluran Astro Ria.

Bekas pengacara rancangan Nona ini memberi pujian terhadap figura yang sangat jelita, Noor Neelofa Mohd Noor.

Selain meluahkan rasa bangga, Normala turut menyifatkan kredibiliti yang dimiliki oleh Neelofa adalah idaman setiap wanita.

“Sejak saya meninggalkan dunia penyiaran, 2004, saya tidak berkesempatan jumpa Lofa. Namun saya spt juga orang lain sentiasa mengikuti perkembangannya. Saya Bangga Kerana dia juga antara pengacara Nona.

“Bangga kerana anak gadis kepada wanita yang saya hormati @noorkartini ini sudah melengkapi segala yang di impikan tiap perempuan seusianya.

IKLAN

“Cantik, Bijak berniaga, berpelajaran tinggi, kaya diusia muda dan popular. Mewarisi wajah kacukan Arab dan jatidiri ibunya yang kuat dan hebat. Semua kredibeliti yang ada pada Lofa adalah idaman tiap wanita.

“Allah sudah tetapkan keistimewaan ini buatnya, MasyaAllah. Saya terharu bercampur hiba, apabila di undang Ke #nexttoneelofa. Serasa mimpi, serasa Allah mengetahui perasaan ini, ingin ke udara ’ bersamanya.

IKLAN

“Akhirnya angan-angan untuk bersiaran bersama Neelofa tercapai jua. TQ Lofa, kemanisan perbualan Dan perkongsian cerita ini Akan di kenang hingga akhir hayat jua.

“Moga Allah sentiasa merahmatimu Dan melindungimu serta keluargamu dik, Amin Amin. YRA.

IKLAN

“Saksikan Khamis ini, 9 malam, ASTRO RIA, ASTRO GO.
#diaumuranaksaya #sweetlofaever #hatibaikbudibaik #adoregoodpeople @neelofa #nexttoneelofa,” tulisnya.

View this post on Instagram

Sejak saya meninggalkan dunia penyiaran, 2004, saya tidak berkesempatan jumpa Lofa. Namun saya spt juga orang lain sentiasa mengikuti perkembangannya. Saya Bangga Kerana dia juga antara pengacara Nona. Bangga kerana anak gadis kepada wanita yang saya hormati @noorkartini ini sudah melengkapi segala yang di impikan tiap perempuan seusianya. Cantik, Bijak berniaga, berpelajaran tinggi, kaya diusia muda dan popular. Mewarisi wajah kacukan Arab dan jatidiri ibunya yang kuat dan hebat. Semua kredibeliti yang ada pada Lofa adalah idaman tiap wanita. Allah sudah tetapkan keistimewaan ini buatnya, MasyaAllah. Saya terharu bercampur hiba, apabila di undang Ke #nexttoneelofa. Serasa mimpi, serasa Allah mengetahui perasaan ini, ingin ke udara ’ bersamanya. Akhirnya angan-angan untuk bersiaran bersama Neelofa tercapai jua. TQ Lofa, kemanisan perbualan Dan perkongsian cerita ini Akan di kenang hingga akhir hayat jua. Moga Allah sentiasa merahmatimu Dan melindungimu serta keluargamu dik, Amin Amin. YRA. Saksikan Khamis ini, 9 malam, ASTRO RIA, ASTRO GO. #diaumuranaksaya #sweetlofaever #hatibaikbudibaik #adoregoodpeople @neelofa #nexttoneelofa 17/9/2020

A post shared by Normala Samsudin (@normalasamsudinofficial) on

Dalam perkembangan lain, Normala merupakan salah seorang juri tetap untuk rancangan realiti Ratu Hijabista yang bersiara pada setiap hari Rabu, jam 9 malam di Astro Prima dan Prima HD.

Foto: Instagram Normala Samsudin

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI