Menerusi sebuah posting yang dimuat naik di laman Instagram, Perbadanan Kemajuan Filem National Malaysia (FINAS) memaklumkan bahawa pelakon veteran, Mohd Idris Mohd Diah telah meninggal dunia.

Difahamkan Allahyarham telah menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Putrajaya awal pagi tadi.

“FINAS dengan rasa sedih dan dukacita ingin mengucapkan salam takziah kepada seluruh keluarga pelakon veteran berkaliber dan penggiat seni yang dihormati, Allahyarham Mohd Idris Mohd Diah ataupun Idris Md Diah yang telah meninggal dunia pada hari Isnin, 14 September 2020.

“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan di kalangan hamba-hambaNya yang soleh dan beriman. Al-Fatihah,” tulis pengendali akaun tersebut.

IKLAN

Berita kematian tersebut disahkan sendiri oleh anak Allahyarham Idris, Alia.

Menurut laporan Mstar, Alia memaklumkan bapanya itu diketahui tidak sedarkan diri sekitar jam 2 pagi dan ketika pasukan perubatan tiba untuk memberikan rawatan, mereka mengesahkan Allahyarham telah pun meninggal.

“Ayah disedari tidak sedarkan diri sekitar pukul 2 pagi tadi. Arwah sudah dua tiga hari tiada selera makan,” katanya seperti yang dipetik

IKLAN

Difahamkan jenazah akan dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Al-Faizin Desa Jaya, Kepong dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ehsan, sebelum solat Zohor.

Melihat di ruagan komen, rata-rata netizen menitipkan ucapan takziah buat seluruh ahli keluarga Idris.

IKLAN

“Pak Andak Dah Tiada,” – Dua Tiga Hari Tiada Selera Makan, Idris Mat Diah Meninggal Dunia Ketika Tidur “Pak Andak Dah Tiada,” – Dua Tiga Hari Tiada Selera Makan, Idris Mat Diah Meninggal Dunia Ketika Tidur “Pak Andak Dah Tiada,” – Dua Tiga Hari Tiada Selera Makan, Idris Mat Diah Meninggal Dunia Ketika Tidur “Pak Andak Dah Tiada,” – Dua Tiga Hari Tiada Selera Makan, Idris Mat Diah Meninggal Dunia Ketika Tidur

Allahyarham Idris menerupakan antara pelakon yang menjayakan drama popular 7 Hari Mencintaiku 2 dengan membawakan watak sebagai Pak Andak.

Sumber: Instagram Finas, Mstar

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI