Anggota kumpulan K-Clique, Noki mengakui masih berusaha mengikis sikap panas baran dalam diri, seterusnya menjadi individu yang lebih baik berbanding sebelumnya.

Noki memberitahu, demi menjaga nama baik serta jenama kumpulan K-Clique itu sendiri, dia perlu mengawal sikap buruk tersebut agar khalayak tidak memandang serong.

“Saya akui dulu seorang yang cepat marah dan panas baran. Namun, selepas K-Clique makin dikenali, saya mula terfikir sampai bila nak berperangai begini?

“Lagipun kerjaya ini adalah sumber pencarian utama saya. Jadi saya perlu ubah sikap dan tidak boleh buat perkara sesuka hati.

IKLAN

“Saya bersyukur dikelilingi kawan-kawan yang positif terutama anggota K-Clique yang banyak memberikan nasihat dan teguran supaya tidak melayan komen atau perkara yang boleh mencetuskan kemarahan,” katanya kepada MH.

Menurut Noki, sikap panas baran yang ada dalam dirinya bukan berlaku setiap masa.

IKLAN

“Prinsip saya mudah. Orang luar jangan sentuh ibu bapa saya atau cuba melakukan perkara yang boleh menyakitkan hati.

IKLAN

“Tidak semua perkara saya mudah ‘naik hantu’.

“Tengok juga keadaan dan situasi, cuma baru-baru ini apabila saya memaki hamun seorang pemilik akaun di Instagram Live sebab dia bersikap kurang ajar hingga membabitkan kedua orang tua saya,” akhiri Noki.

Dalam perkembangan lain, Noki kini muncul dengan single Gila dendangan Kaka Azraff yang turut menampilkan rapper, Loca B.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI