Chef selebriti, Anis Nabilah mengakui masih belum bersedia untuk menceburi dalam dunia lakonan dan nyanyian secara serius.

Jelas Anis, dirinya kini hanya mahu memberi tumpuan sepenuhnya kerjaya sebagai seorang chef.

“Pertamanya, saya tak tahu saya berbakat dalam bidang berkenaan atau sebaliknya.

“Jujurnya, saya terjun dalam industri ini dengan tiada niat lain pun selain mahu ajar orang memasak. Sebolehnya mahu kongsikan ilmu yang saya ada dengan orang lain juga.

“Ini kerana, memasak memang menjadi kecintaan saya malah ia sudah dipupuk sejak kecil lagi.

“Buatkan saya rasa gembira yang secara tak langsung menaikkan semangat,” jelasnya.

IKLAN

Kata Anis lagi, fokusnya kini hanya satu dan sebolehnya cuba beri komitmen sebaik mungkin terhadap apa yang diceburinya kini.

“Setakat ini, niat untuk bergelar penyanyi atau pelakon tu belumlah lagi ada.

“Seperti apa yang saya beritahu, tumpuan kini hanyalah dalam dunia masakan. Saya tak mengejar populariti.

IKLAN

“Kalau sekiranya saya kian dikenali atas apa yang dilakukan kini, alhamdulillah.

“Cuma yang paling utama, saya boleh berkongsi dan mengajar ramai lagi orang dalam masakan,” akhiri Anis.

“Saya Tak Mengejar Populariti,” – Chef Anis Nabilah

IKLAN

“Saya Tak Mengejar Populariti,” – Chef Anis Nabilah

Terdahulu, Anis ditemui MH pada majlis pelancaran buku resepi masakan, Comfort Food With Chef Anis Nabilah di Eastin Hotel, Kuala Lumpur pada Selasa.

Buku resepi masakan ini turut mendapat kerjasama Thermomix.

Ia merupakan buku resepi masakan yang pertama milik chef kelahiran Pulau Pinang ini.

Buku terbabit mempunyai kira-kira 25 menu resepi yang telah diolah Anis sendiri dan boleh dimiliki dengan melayari www.thermomix.com.my dengan harga RM98.00 seunit.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI