Balu kepada arwah Abam Bocey, Nor Hidayah Mohd Ali bersama peguamnya, Tetuan Ibrahim & Fuaadah, Encik Mohamed Ibrahim Mohamad memaklumkan tiada sebarang saman yang dikemukan oleh balu arwah terhadap bekas ibu mertuanya, Sabariah Arshad.

Sebelum ini, adik kepada arwah Abam iaitu Ali Puteh pernah mendakwa balu arwah ada mengemukan saman kepada ibunya, pada penghujung Ogos lalu.

“Kes ini bermula apabila kami memfailkan satu saman bagi pihak Hidayah terhadap Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan yang dikatakan mengeluar beberapa kenyataan yang menurut Hidayah berunsur fitnah terhadapnya.

“Kes ini difailkan sekitar Mei lalu dan baru-baru ini, Ali memfailkan satu lagi saman terhadap Hidayah. Tindakan saman yang dikeluarkan Ali turut bersama ibu, bapa dan kakak. Ini adalah tindakan yang berasingan yang dimulakan oleh kedua-dua belah pihak.

IKLAN

“Walau bagaimanapun, baru-baru ini ada usaha untuk menggabungkan dua tindakan itu. Kami ingin menjelaskan di sini bahawa kami tidak pada bila-bila masa menyaman ibu kepada Ali. Tindakan saman hanya terhadap Ali tanpa ahli keluarga lain.

“InsyaAllah perbicaraan tuntutan akan digabungkan dan didengar di mahkamah tidak lama lagi,” katanya menerusi satu sidang media khas yang turut dihadiri Hidayah pada petang Isnin.

IKLAN

Dalam pada itu, menerusi sidang media berkenaan, peguam Hidayah dari Fadhlina Siddiq & Associates, Fadhlina Datuk Siddiq menjelaskan tuntutan yang dibuat tiada kaitan dengan isu saman-menyaman namun ianya bekaitan hak penjagaan dan faraid.

View this post on Instagram

#Doakan yang baik2 #kitabaikramaisayang

A post shared by hidayah_ (@hidayah_abam) on

IKLAN

Konflik kekeluargan antara Hidayah dan Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan berlaku sejak pada Februari lalu selepas arwah Abam meninggal dunia akibat demam panas.

Arwah Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokthar telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Sungai Pusu, Gombak.

Video: Instagram Nor Hidayah

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI