Peserta Big Stage 2020, Sandra Dianne dilaporkan meninggal dunia, di Hospital Putrajaya.
Sandra yang mengalami kemalangan jalan raya pada Sabtu lalu dilaporkan koma dan ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) hospital berkenaan.
Berita mengenai kematian bintang berusia 26 tahun itu dimaklumkan penyanyi Usop yang juga salah seorang peserta program realiti berkenaan pada pagi Jumaat menerusi Instagram.
“Asalammualiakum semua…tolong sedekahkan al fatihah untuk sahabat seperjuangan saya.
Ads
“Kini telah pulang keramatullah. Sandra rehat k. AlFatihah,” tulisnya.
Meninjau ke ruangan komen pada posting berkenaan, para peminat serta rakan selebriti yang masih lagi terkejut dengan berita berkenaan menitipkan ucapan takziah serta sedekahkan bacaan al-Fatihah buat arwah.
Sandra yang popular dengan lagu Hey Kau terbabit dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan bagi menjalani latihan penuh Big Stage di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Shuib memaklumkan isterinya yang juga penyanyi, Siti Sarah telah dimasukkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras awal pagi tadi.
Menurut Shuib, ia susulan paras oksigen Sarah tidak stabil selain keadaannya yang tidak berapa baik.
Justeru, usahawan ini memohon ramai agar mendoakan kesembuhan buat Sarah serta bayi yang dikandung.
“Assalamualaikum Salam Jumaat semua. Pagi tadi isteri saya telah dimasukkan ke ICU di sebabkan oksigen yg tak berapa stabil dan keadaan dia yg tak berapa baik.
“Saya mohon di hari baik hari Jumaat, doakan Sarah dan anak dalam kandungan. Semoga dipermudahkan urusan dan semoga Allah berikan kekuatan untuk mereka.
“Semoga Allah merahmati kita semua, amin,” tulisnya di Instagram.
Media sebelum ini melaporkan penyanyi lagu Manis itu sepatutnya sudah memotong gelang kuarantin pada Rabu, tetapi keadaan kesihatannya kurang memuaskan akibat batuk dan penurunan oksigen dalam badan memaksanya untuk mendapatkan rawatan.
Sarah sekeluarga disahkan Covid-19 sejak 25 Julai lalu selepas mereka menjalani ujian saringan apabila pembantu rumah disahkan positif virus tersebut.
Sarah yang kini sarat hamil 7 bulan telah dikejarkan ke hospital sama berikutan tahap oksigen yang semakin menurun pada Rabu.
Sekadar info, pasangan selebriti ini berkahwin pada 2011 dan memiliki tiga cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Setelah genap seminggu menjalani tempoh berpantang selepas bersalin anak keempat, pelakon dan usahawan Wawa Zainal dilihat kembali berkerja dan hadir ke pejabat perniagaan miliknya.
Wawa atau nama sebenarnya, Nur Hawa Zainal memberitahu kehadiran di pejabat bagi tujuan pemeriksaan produk keluaran terbaru iaitu minyak wangi jenamanya, Wawa Parfum.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat menyifatkan isteri kepada pelakon Aeril Zafriel ini sebagai seorang wanita yang hebat kerana tampak aktif serta cergas meski dirinya masih dalam tempoh berpantang.
“Disini rancak, disana rancak berdosa!! Hebat hari ke 8 da pakai high heel,” tulis seorang wargamaya.
“Hebatnya wawa…8 hari pantang bole jln2..huhuhu kalu saya menangis lagi sbb jahitan masik tak ok,” tulis lagi seorang warganet.
“Hebat anak 4 perut kempis mcm anak dara. Idola ni,” puji peminat.
Untuk rekod, Wawa dan Aeril mendirikan rumah tangga sekitar tahun 2013.
Hasil perkongsian hidup tersebut, mereka turut dikurniakan tiga orang cahaya mata lain iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 7 Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 5, dan Ayya Soffya yang kini berusia setahun.
Kemudian, pada Wawa telah selamat melahirkan cahaya mata keempat pada 30 November yang lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Wawa Zainal
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Hampir setahun kehilangan anak sulung, penyanyi Azmi Saat mengakui isterinya, Nazirah Muhamad masih belum bersedia mempunyai perancangan untuk memiliki cahaya mata lagi.
Menurut Azmi atau nama sebenarnya, Khairul Azmi Mohd Saat, 35, sehingga kini isterinya masih bersedih selepas anak mereka meninggal dunia pada September tahun lalu.
“Isteri saya belum bersedia selepas kehilangan anak kami. Takut juga nak bertanya kepada isteri tentang anak.
“Namun, pernah sekali pada awal tahun ini, saya suarakan untuk melakukan rawatan supaya boleh dikurniakan cahaya mata lagi.
“Tapi, isteri kata, dia takut jika perkara sama terjadi. Jadi, buat masa ini memang kami tiada perancangan untuk melakukan sebarang rawatan, sebaliknya biar proses itu berlaku secara semulajadi,” katanya kepada MH.
Azmi ditemui pada majlis pelancaran lagu baharunya berjudul Permataku yang diadakan di Pejabat Indigital, Damansara Perdana, Selangor pada Jumaat.
Vokalis kumpulan Caliph Buskers ini juga berkata setiap bulan dia dan isteri pasti akan menziarah kubur anak mereka yang terletak di Tanah Perkuburan AU2, Keramat, Kuala Lumpur.
“Sekarang ini isteri saya sudah semakin okey. Cuma ada ketika perasaan sedih itu akan datang tiba-tiba. Dia akan minta untuk ziarah kubur anak untuk lepaskan rindu.
“Saya reda dan Alhamdulillah dapat juga pengalaman ada cahaya mata, dapat azankan bayi kami serta uruskan jenazah dia. Jadi, perasaan sedih saya tidaklah keterlaluan,” katanya lagi.
Sementara itu, bercakap mengenai single terbaharunya itu, Azmi berkata lagu ciptaan Ajai dan Ahmad Fedtri Yahya itu merupakan karya yang didekasikan buat Allahyaraham anaknya.
“Apabila mendengarkan sahaja lirik tersebut buat kali pertama, saya gembira sebab ia memang menggambarkan isi hati saya.
“Saya harap lagu ini diterima baik pendengar semua,” ujarnya lagi.
Untuk rekod, anak Azmi, Khairul Afnan meninggal dunia pada 30 September tahun lalu selepas tiga hari dilahirkan akibat kegagalan fungsi otak.
Khairul Afnan merupakan anak sulung pasangan ini selepas 10 tahun mendirikan rumah tangga.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Big Stage musim keenam yang memperkenalkan format baharu menerusi Big Stage Alpha, bakal membuka tirainya bermula Ahad ini.Menampilkan 18 peserta, edisi kali ini tampil...