Pelawak dan penyampai radio, Shuib Sepahtu menanam impian untuk mengembangkan empayar perniagaan yang diusahakan agar dapat memberi banyak manfaat kepada orang lain.

Impian dan hasrat tersebut dikongsikan Shuib bersempena ulang tahun kelahirannya ke-36 yang disambut pada 12 September lalu.

“Sempena hari lahir, saya mendoakan agar keluarga yang dibina ini kekal bahagia, kerjaya berjalan lancar dan bisnes yang berkembang baik.

“Saya juga impi ada empayar perniagaan yang lebih besar dan Alhamdulillah, bisnes yang dijalankan semakin mendapat respon positif.

IKLAN

“Menerusi perniagaan, saya juga mahu memberikan banyak kebaikan kepada orang lain dan mahu memberikan pertolongan kepada mereka yang memerlukan.

“Insya-Allah, rezeki yang dikurniakan sebolehnya saya mahu kongsi dengan ramai orang,” kata Shuib.

IKLAN

Tambah usahawan Bubble Bee itu lagi, atas sebab itulah dia turut menyimpan hasrat untuk membina masjid.

“Jujurnya, saya ada simpan impian untuk mendirikan sebuah masjid menerusi hasil perniagaan yang diusahakan, menghantar ramai orang menunaikan ibadah Umrah dan mahu membantu orang setiap hari.

IKLAN

“Rasa ‘cemburu’ melihat Aeril Zafrel dan Wawa Zainal yang sedang dalam proses membina masjid menerusi perniagaan yang mereka usahakan, tapi cemburu itu adalah cemburu yang positif.

“Sebelum melihat mereka membina masjid pun saya sudah simpan impian itu tetapi ia bukannya sesuatu yang mudah. Niat itu ada, cuma nak realisasikan hal itu bukan hal mudah.

“Jadi, saya mahu berusaha dengan sehabis baik agar apa yang saya impikan menjadi kenyataan,” akhiri Shuib.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI