Tidak ada pertandingan, sebaliknya perjalanan Big Stage 2020 (BS2020) minggu ini berjalan dalam suasana sayu menerusi Konsert Tribute #SandraDalamKenangan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya.
Reda atas pemergiaan salah seorang peserta program berkenaan iaitu Allaharham Sandra Dianne, pengisian malam tadi turut terisi dengan doa, persembahan serta perkongsian rakan seperjuangan yang berkongsi momen terakhir bersama arwah.
Dayang Nurfaizah selaku juri BS2020 membuka tirai pada malam mengenang arwah menerusi dengan lagu Di Pintu Syurga.
“Sukar untuk nyanyikan lagu tersebut sebenarnya. Nak nyanyi pun masih rasa sebak. Kami kenal agak lama dan pernah bekerjasama.
“Sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat arwah,” kata Dayang pada sidang media.
Sejurus persembahan oleh Qody Rany, rakan selebriti seperti Neeta Manis dan Wani Kayrie turut diundang bagi berkongsi saat indah bersama selain Sufi Rashid yang pernah mengalunkan lagu secara duet dengan arwah Sandra dalam saingan BS sebelum ini turut hadir.
Menyifatkan arwah seorang yang baik dan berdikari, Neeta memberitahu hubungan mereka mulai rapat sejak beberapa tahun ketika Allahyarham mempromosikan single, Hey Kau.
Selain itu, tiada tepukan sepanjang konsert berjalan, suasana pilu dan syahdu turut menyelubungi dewan apabila video serta foto hitam putih Sandra dikongsi pada skrin besar.
Malah hos BS2020, Alif Satar dan Sherry Alhadad turut mengakui mereka sudah berjanji untuk tidak menangis sepanjang konsert.
Bagaimanapun, keduanya dilihat sebak apabila Neeta menyanyikan lagu terbaru arwah Sandra yang berjudul Tulus.
Neeta yang mengenakan persalinan gaun serba hitam mengalunkan lagu tersebut yang nyata menjentik emosi.
Terdahulu, Allahyarham merupakan salah seorang peserta BAS2020 bersama 11 peserta lainnya iaitu Farisha Iris, Amir Hassan, Usop, Azzam Sham, Hanie Soraya, Yamani dan Hafiz Zainal.
Turut sama bersaing tahun ini ialah Dinie Rashid, Qody Rany, Fadh Majid dan Nana Sheme.
Selain Dayang, Faizal Tahir juga membuat persembahan sementara Elly Mazlein yang turut kelihatan sebak ketika membaca status dan komen yang dilayangkan wargamaya.
Allahyarham Sandra Dianne telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada usia 26 tahun kira-kira jam 1 pagi, pada Jumaat setelah lima hari bertarung nyawa akibat kemalangan.
Jenazah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kauluan, Sabah pada jam 5.45 petang.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pengacara, Naz Rahman tampil meluah rasa syukur kerana tahap kesihatannya kini telah pun beransur pulih selepas menjalani pembedahan saraf tunjang lebih kurang tiga bulan lalu.
Menurut Naz, pembedahan berisiko tinggi itu tetap harus dijalankan memandangkan penyakit tersebut sedikit sebanyak menjejaskan kariernya sebagai pengacara.
“Saya operate dah tiga bulan. Saya sebenarnya masih lemah. Sepatutnya doktor kata jangan buat job lagi. Tapi apa boleh buat, siapa nak bagi makan dekat anak-anak saya. Saya tetap beranikan diri.
“Dia potong (bedah) daripada bahagian leher, mereka buka kemudian keluarkan tulang belakang. Mereka kikis dan letak semula. Bila dengar macam takut nasib baik saya tak sedar masa tu.
“Sakit ni sebenar dia effect dekat saraf tunjang kemudian merebak ke tangan. Pernah sekali tu masa saya sedang mengacarakan sebuah program tiba-tiba microphone terbang sebab saya tak dapat kawal. Banyak kali juga jadi sampai malu juga saya,” katanya kepada MH.
Dalam pada itu, pengacara program Jalan-Jalan Cari Makan itu turut mendedahkan sekarang merupakan waktu yang terbaik baginya untuk menjalani pembedahan kerana bimbang penyakit tersebut akan bertambah parah.
“Daripada melarat, saya masih ada tiga orang anak dan muda lagi ni baik saya buat sekarang.
“Untung masa PKP kita tiada pekerjaan dan saya gunakan waktu tersebut untuk berehat dan sekarang makin pulih alhamdulillah. Sekarang masih lagi terasa tapi rasa kebas tu semakin berkurang.
“Ini sebenarnya penyakit moden, kepada anda yang berusia 35 tahun ke atas selalu sangat tengok skrin, main phone buat editing berjam-jam tengkuk saya selalu tunduk sampai ada bahagian saraf yang hancur.
“Saraf tu lama terkepit daripada besar lama-lama jadi kecil. Ingatkan kalau kita buat kerta di komputer kita patut ambil rehat seketika,” jelasnya lagi.
Tambah Naz lagi, penyakit tersebut telah pun dialaminya sejak 15 tahun yang lalu
“Bila ada tabiat macam tu kita sebenarnya dalam bahaya. Sebenarnya dah 15 tahun saya ada penyakit ni. Dia dah melarat sampai doktor pun marah dengan saya. Dah macam ni baru nak mengalir air mata.
“Dulu saya ambil ringan sahaja ingat lenguh-lenguh biasa urut je nanti hilang. Memang hilang nanti lama-lama dia rasa balik.
“Saya kene jalani fisioterapi sebab dia effect dari tangan hingga kaki. Kalau perasan kaki saya sekarang ni besar sebelah.
“Sekarang ini setahun setengah saya kena berehat dan tak boleh kerja berat,” akhirnya.
Dalam perkembangan lain, Naz mendedahkan bahawa dirinya kini telah pun memulakan sesi pengambaran bagi musim terbaru program JJCM
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Sebelum mengusahakan perniagaan kedai runcit, isteri kepada penyanyi Lan Solo, Sheila Razlan ada berkongsi kisah mengenai kegagalan mereka ketika pertama kali menceburi bidang bisnes sewaktu sebelum berkahwin.
Menurut Sheila, dia bersama Lan pernah membuka sebuah studio latihan muzik namun usaha meraka gagal kerana dikatakan tidak fokus dan terlalu asyik bercinta pada ketika itu.
“Nak throwback sikit la. Ini adalah BISNES PERTAMA kami. KY & LS baru je bertunang masa tu. So kami plan untuk buka studio jamming dekat Taman Permata.
“Masa ni habis segala duit gaji/ duit show/ duit tabung kawen kami korek untuk merealisasikan impian nak ada bisnes bersama.
“Fuhh! Bisnes ini TIDAK BERJAYA ye sebab ada unsur percintaan kat situ. Fokus banyak pada dating & dating. Fokus kerja tu 20% je kot yang lain semua dating,” tulisnya.
Kisah menarik tersebut dikongsikan oleh ibu kepada empat orang anak itu menerusi akaun Instagram miliknya.
Tambah Sheila lagi, kejadian tersebut menyebabkan mereka terpaksa memanjangkan tempoh pertunangan untuk mencari duit bagi melangsungkan perkahwinan.
“Dah la habis duit lepastu pergi dating pulak, lagi la tak berduit! Nak kahwin gigih cari duit. Tu yang extend tunang smpai 2 tahun tu. Tapi nasib baik kahwin. Jodoh kami panjang. Alhamdulillah.
“Gila tak jadi kahwin. Segala tabung ayam, tabung itik semua KY pecahkan. Demi cinta katanyaaa.
“Perjalanan kami jauh weh dan panjang. Sampai la kami ada SOLO BORNEO MART hari ini. Semua hasil idea dan angan-angan kami berdua. Nah jadi.
“Pasni KY akan pastikan LS dah tiada angan-angan atau impian lain. Risau pulak aku.
Kalau LS nak merasa muntah paku, kau coba la ada impian dan angan-angan lain.
“Coba, will see. Aku akan fail kan segala gantirugi dr 2009 – 2020! Haderrr,” selorohnya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur selain turut mendoakan agar perniagaan Sheila bersama suami sentiasa sukses.
Terdahulu, Lan dan Sheila telah pun mendirikan rumah tangga pada tanggal 5 Disember 2009.
Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Nur Amna Qaleesya, Nur Amna Qeesyara, Muhammad Akid Qassyaff, dan Nur Aman Quxandra
Sumber: Instagram Sheila Razlan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Enggan terus berada di takuk lama, penyanyi Haqiem Rusli menegaskan dirinya kini bersedia untuk mencuba sesuatu yang baharu dan keluar daripada zon selesa demi memastikan kerjayanya terus berkembang.