Penyanyi dan pelakon Ayda Jebat dan suaminya, Nabil Mahir mendedahkan mereka masih belum mempunyai nama buat puteri sulung yang bakal dilahirkan tidak lama lagi.

Bagaimanapun, pasangan selebriti ini sudah pun mempunyai beberapa nama sambil mengharapkan agar nama yang dipilih itu akan membentuk sahsiah yang baik buat puteri mereka.

“Barang Kelengkapan Bayi Yang Dibeli Kami Akan Cuba Sorokkan,” – Ayda, Nabil ‘Suprise’ Keluarga, Belum Pilih Lagi Nama Bayi Sulung

“Barang Kelengkapan Bayi Yang Dibeli Kami Akan Cuba Sorokkan,” – Ayda, Nabil ‘Suprise’ Keluarga, Belum Pilih Lagi Nama Bayi Sulung“Kami sudah ada beberapa senarai nama, akan tetapi belum ‘decide’. Masih tak tahu lagi nama apa yang akan diberikan. Huruf pun lain-lain, tiada istilah tiba-tiba ada abjad A dengan N ke (Ayda dan Nabil) atau seumpamanya.

“Selalunya ada anak orang lain yang menggabungkan nama. Cuma kami belum pilih, tiada apa yang boleh dikongsikan mengenai perkara itu.

“Nama itu pun adalah sebutan, doa juga. Jadi bila kita faham dan tahu apa maksud termasuk nama samaran itu… biarlah yang baik,” kata mereka.

IKLAN

“Barang Kelengkapan Bayi Yang Dibeli Kami Akan Cuba Sorokkan,” – Ayda, Nabil ‘Suprise’ Keluarga, Belum Pilih Lagi Nama Bayi Sulung

“Barang Kelengkapan Bayi Yang Dibeli Kami Akan Cuba Sorokkan,” – Ayda, Nabil ‘Suprise’ Keluarga, Belum Pilih Lagi Nama Bayi Sulung

Ayda dan Nabil ditemui pada sesi pengumuman jantina bayi yang dilangsungkan secara atas talian, baru-baru ini.

Sementara itu, mereka turut mengakui ahli keluarga lain juga tidak mengetahui dari peringkat awal mengenai jantina anak yang dikandung Ayda.

IKLAN

“Ahli keluarga tidak tahu daripada awal mengenai jantina bayi. Malah barangan kelengkapan bayi yang dibeli kami akan cuba sorokkan. Memang terpaksa berahsia.

“Rasa bersalah juga sebenarnya apabila ada ketika bapa mertua ada bertanya dan kami cakap kena tunggu. Malah sesi tersebut juga dibuat saat akhir dan kami sekeluarga dekorasi sendiri,” kongsi Ayda.

“Barang Kelengkapan Bayi Yang Dibeli Kami Akan Cuba Sorokkan,” – Ayda, Nabil ‘Suprise’ Keluarga, Belum Pilih Lagi Nama Bayi Sulung

“Barang Kelengkapan Bayi Yang Dibeli Kami Akan Cuba Sorokkan,” – Ayda, Nabil ‘Suprise’ Keluarga, Belum Pilih Lagi Nama Bayi Sulung

IKLAN

Terdahulu, penyanyi lagu Mata itu dijangka bersalin pada 8 Oktober depan, namun kerana memilih untuk menjalani pembedahan, dia akan bersalin dua minggu lebih awal daripada tarikh jangkaan.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 1 Januari lalu di Masjid Al-Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail selepas mengikat pertunangan secara dalam talian pada 28 April tahun lalu ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Barang Kelengkapan Bayi Yang Dibeli Kami Akan Cuba Sorokkan,” – Ayda, Nabil ‘Suprise’ Keluarga, Belum Pilih Lagi Nama Bayi Sulung “Barang Kelengkapan Bayi Yang Dibeli Kami Akan Cuba Sorokkan,” – Ayda, Nabil ‘Suprise’ Keluarga, Belum Pilih Lagi Nama Bayi Sulung

Foto: Instagram Ayda Jebat, Nabil Mahir

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI