Artis versatil, Nabila Huda atau lebih mesra dengan panggilan Abil ada berkongsi cerita rutin harian yang dilakukannya sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ekoran situasi pandemik Covid-19 yang sedang melanda di seluruh negara.

Meski terpaksa menjalani gaya hidup dan rutin harian dalam keadaan norma baharu, anak kepada penyanyi rock terkenal, Amy Search tetap bersyukur dengan nikmat yang telah dikurniakan olehNya.

“Dalam Pada Tak Pergi Sekolah, Hilang Semua ‘Skills’ Belajar,” – Bakal Mula Baca Al-Quran, Nabila Huda Terharu Bangga Dengan Pencapaian Anak “Dalam Pada Tak Pergi Sekolah, Hilang Semua ‘Skills’ Belajar,” – Bakal Mula Baca Al-Quran, Nabila Huda Terharu Bangga Dengan Pencapaian Anak

“Abil pernah share before this pasal MCO,dalam kite tak nampak,lifestyle kite berubah.Korang ingat kan my post before this? Abil sentiasa positive dan tak pernah merungut.

“Everyday abil sentiasa senyum dan sentiasa rasa bersyukur. Abil selalu share benda yang boleh buat korang inspired. So today lagi skali i nak share berita yang paling menang dari semua berita dalam hidup abil,” tulisnya.

Dalam pada itu, pelakon berusia 36 tahun ini turut berkongsi khabar gembira mengenai anak perempuannya, Keisha Laila yang bakal mula membaca kita suci Al-Quran tidak lama lagi.

IKLAN

Sebagai seorang ibu, Abil berasa terharu dan bangga dengan pencapaian anak pertamanya itu lalu meluahkan rasa syukur bersama pengikutnya.

“Keisha lagi 4 page Iqra, dah nak masuk Al-Quran guys!!! Dalam pada tak pergi sekolah,hilang semua skills belajar, selain dari mandarin dah pergi next level, she dah nak masuk quran!

“Yang abil happy, kite start journey ni together few months back dan masih bertahan sampai skarang..Alhamdulillah! Rasa nak cry cry la..Good job @lilkupukupu ! @ibadahroyale,” tulisnya lagi menerusi satu entri di akaun Instagram miliknya.

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu)

Sekadar informasi, Abil sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama Zaidy Zailani pada tahun 2008, namun berpisah dua tahun kemudian.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan anak perempuan bernama Keisha Laila, 11.

IKLAN

Selepas itu, Nabila berkahwin bersama Mohd Izwan pada Disember 2015.

“Dalam Pada Tak Pergi Sekolah, Hilang Semua ‘Skills’ Belajar,” – Bakal Mula Baca Al-Quran, Nabila Huda Terharu Bangga Dengan Pencapaian Anak “Dalam Pada Tak Pergi Sekolah, Hilang Semua ‘Skills’ Belajar,” – Bakal Mula Baca Al-Quran, Nabila Huda Terharu Bangga Dengan Pencapaian Anak

Foto: Instagram Nabila Huda

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI