Bintang media sosial dan pelakon, Safwan Nazri reda selepas diuji apabila salah satu cawangan kedainya terlibat kebakaran di Podium, Sungai Penchala, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Selepas lebih kurang empat bulan perniagaannya dihentikan operasi akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), bintang Hero Remaja 2017 itu difahamkan telah memulakan perniagaan francais Ayo Fried Chicken itu kira-kira dua tahun lalu.
Safwan kini sudah mempunyai enam cawangan francais berkenaan termasuk di Lembah Klang serta di bahagian Utara seperti Kedah dan Perak.
Meski mengakui perniagaannya sedikit terjejas akibat PKP), Safwan menyifatkan apa yang berlaku sebagai ujian.
“Baru sahaja nak mulakan semula operasi perniagaan di cawangan Podium KL, saya telah menerima khabar duka cita apabila pekerja kami menelefon memberitahu bahawa berlakunya kebakaran di kedai kami.
Ads
“Pada mulanya saya terkejut dan panik kerana ingatkan satu Podium terbakar, tetapi Alhamdulillah api berjaya dipadamkan segera dan tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku,” katanya memetik Remaja.
Safwan pada masa turut berkongsi anggaran kerugian ekoran musibah yang menimpa.
“Saya juga tidak dapat memastikan lagi berapa kerugian yang ditanggung kerana belum sempat untuk melihat secara keseluruhannya. Tetapi dianggarkan lebih kurang RM5,000 hingga RM6,000 jugalah.
Ads
“Apa-apa pun saya tetap bersyukur kerana tidak ada yang cedera dan masih ada peralatan berniaga yang boleh digunakan lagi.
“Saya anggap ini sebagai ujian yang diberikan oleh Allah SWT dan reda dengan ketentuanNya. Mungkin ada rezeki yang lebih baik Dia akan berikan pada saya nanti,” katanya lagi.
Sementara itu, Safwan turut memuat naik sepotong video yang merakamkan situasi sekitar kejadian di Instgram.
“Ya Allah Baru nak start berniaga balik selepas 4 bulan tutup sebab PKP, Dugaan apa ini Ya Allah.
”Minta Maaf semua, hanya @ayofriedchicken_ Terpaksa Tutup buat sementara waktu di Podium, Harap semuanya dipermudahkan insyaallah,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Sedutan tersebut sehingga kini sudah pun ditonton lebih 50,000 kali.
Sumber, Foto: Majalah Remaja, Instagram Safwan Nazri
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
“Adat pertandingan.” Itu kata pelakon dan penyanyi popular, Ayda Jebat yang menyifatkan ketiadaan namanya dalam senarai penuh Top 5 Anugerah Bintang Popular BH ke-32 (ABPBH 32) bukan rezeki buat dirinya pada kali ini.
Meskti tidak tercalon, penyanyi Temberang ini bagaimanapun tetap akan memberi sokongan penuh terhadap acara gilang-gemilang tahunan berkenaan.
“Ini semua adat pertandingan.Saya anggap ketiadaan nama saya dalam senarai penuhnya bukan rezeki namun akan tetap memberikan sokongan kepada penganjuran anugerah itu.
“Lagipun prinsip saya bukan nak kejar trofi tapi karya yang berkualiti untuk terus menghiburkan pencinta muzik dan mewarnai industri seni lakonan. Itu lebih penting,” jelas Ayda.
Tambahnya lagi, sesebuah anugerah yang diraih tidak semestinya mampu menjamin seseorang artis itu untuk terus kekal berada dalam industri seni.
Sebaliknya, bagaimana seseorang artis itu mampu untuk terus merencana perjalanan seninya.
“Anugerah bukan tiket untuk melayakkan diri berada di dalam industri seni buat selama-lamanya.
“Saya pernah menang anugerah, tapi saya juga pada masa sama masih perlu berusaha untuk mendapatkan naskhah yang terbaik serta lagu-lagu yang mesra pendengar bagi menambat hati peminat.
“Apapun saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua selebriti yang tercalon dalam lima senarai akhir ABP tahun ini,” ucap Ayda.
Sekadar informasi, ABPBH 32 akan disiarkan secara langsung di TV3 dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 22 September depan, jam 9.00 malam.
Foto: Instagram Ayda Jebat
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pasangan selebriti Amyra Rosli dan Amar Baharin terpaksa meninggalkan anak kesayangan, Aqeef Anaqi atas urusan kerja.
Dalam pada itu, Amar sempat merakam momen perpisahan dengan Aqeef sebelum berangkat ke Prague, Czech Republic.
“I tenung je screen ni xtau nak letak caption apa.. type delete type delete.. Airmata dah dua baldi…haha.. Siapa pernah rasa apa i rasa?,” tulis Amyra.
Pelakon versatil, Datin Seri Umie Aida awal pagi ini ada berkongsi sesi tahnik yang dilakukan oleh Tuan Guru Sheikh Muhammad Nuruddin buat permata hatinya, Nur Aisya.
Perkongsian foto dan video yang dimuat naik bintang Dukun menerusi Instagram itu menarik perhatian peminat.
“Alhamdulilah.. rezeki Nur Aisya dapat bertahnik dengan Tuan Guru Sheikh Muhammad Nuruddin.
“Semoga dapat barakah para Ulama dan menjadi anak yang solehan & taat pada perintah Allah. Dan sentiasa didlm rahmat Allah dan diberkatiNYA. Aamiin #bertahnik #sunat,” tulisnya.
Menerusi ruangan komen, para peminat turut menzahirkan rasa syukur dan berdoa agar bayi comel itu membesar menjadi insan solehah.
Sambil melalukan sesi tahnik, Umie turut berkongsi beberapa foto serta video liburannya di Insta Stories di sebuah lokasi percutian yang turut disertai anggota keluarga serta rakan terdekat.
Foto: Instagram Datin Seri Umie Aida
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelawak dan usahawan, Shuib, mengakui dia mengambil masa yang agak lama sebelum menerima tawaran menyertai program realiti terbaharu, Talk To My Manager, bersama anak perempuannya, Thalita.