Penyanyi dan pelakon populat era 90-an, Arni Nazira Anuar berkongsi momen indah apabila anak sulungnya Putri Aleeya Antasha,21, selamat menamatkan pengajian baru-baru ini.

Sambil menzahirkan rasa syukur, Arni yang sinonim menerusi penampilannya menerusi filem Bara dan Nafas Cinta itu memuat naik gambar konvokesyen anak sulungnya itu di Instagram.

Arni Nazira Syukur Gembira Anak Sulung, Putri Aleeya Tamat Pengajian Cemerlang

Lebih istimewa, ia disusuli dengan kejayaan cemerlang apabila anaknya turut berjaya meraih pencapaian cemerlang di dalam bidang yang dipelajari. 

“Alhamdulillah & tahniah Kakak Putri atas Konvokesyen tempohari. Syukur pada Yang Esa berkat usaha & ketekunan, Kakak berjaya beroleh ‘Anugerah Akademik’ bagi Diploma in Event Management,” tulisnya.

Penyanyi lagu Cinta Antara Benua ini juga pada masa sama turut menitipkan doa agar anak-anaknya terus berjaya dalam pelajaran dan bidang yang diceburi di dunia dan akhirat.

IKLAN

“Mummy, daddy doakan moga Kakak dan semua adik-adik terus berjaya dalam semua bidang yang diceburi. Mudah-mudahan Kakak & semua adik-adik terus cemerlang di dunia dan akhirat.”

“InsyaAllah, Allah sentiasa pelihara & limpahi rahmatNYA buat Kakak dan semua anak-anak mummy. Syukur Ya Allah di atas segala kurnia,” titipnya lagi.

Arni Nazira Syukur Gembira Anak Sulung, Putri Aleeya Tamat Pengajian Cemerlang

IKLAN

Dalam pada itu, rata-ratanya mengucapkan tahniah atas kejayaan yang dicapai Putri Aleeya Antasha selain tak kurang yang memuji keayuan dan kelembutan wajah seiras dua beranak ini.

Arni Nazira Syukur Gembira Anak Sulung, Putri Aleeya Tamat Pengajian Cemerlang

Imbas kembali, Arni pernah mendirikan rumahtangga dengan penyanyi Datuk Awie pada 10 Disember 1998 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Putri Aleeya Antasha dan Putri Aleefa Antasha, 20.

IKLAN

Bagaimanapun jodoh tidak berkekalan dan mereka berpisah pada tahun 2006.

Arni kemudiannya bertemu jodoh kali kedua pada tahun 2009, dan harmoni bersama suami tercinta, Wan Mohd Hadzrie Wan Mokhtar.

Rumah tangganya kini dilengkapi dengan tiga orang permata hati, Wan Muhammad Muadz,12, Wan Ayesha Maserra,10, dan Wan Muhammad Mushrief, 6.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI