Kerajaan Negeri Johor menerusi Yayasan Warisan Johor (YWJ) buat julung kalinya berkolaborasi bersama Rabbani Empire Resources dalam penganjuran Konsert 25 Tahun ‘Simponi Kesyukuran Rabbani’.

Ia akan diadakan di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Pasir Gudang, Johor pada 30 Disember 2022 pada jam 8.30 malam.

Program ini merupakan inisiatif di bawah Unit Kesenian Islam, YWJ. Sebelum ini, program Kesenian Islam hanya menganjurkan program berkonsepkan bengkel muzik dan kelas muzik moden atau tradisional sahaja.

Namun, pada tahun ini YWJ telah berkolaboratif bersama kumpulan Rabbani menganjurkan program berbentuk konsert.

Penganjuran program konsert ini bertujuan meningkat kefahaman, kesedaran terhadap genre nasyid dan menanam semangat jati diri masyarakat melalui bait-bait dalam lirik lagu yang disampaikan.

IKLAN

Selain itu, konsert berkenaan turut dilihat mampu memberi peluang Rabbani untuk mendekati para peminat secara lebih dekat dan sejajar penghargaan kepada mereka yang banyak menyokong perjuangan seni Rabbani selama 25 tahun.

Selain itu, gabungan kepelbagaian bentuk muzik nasyid pada konsert itu adalah satu keunikan yang akan menarik minat masyarakat khususnya golongan belia untuk meminati irama nasyid khususnya di negeri Johor.

Konsert Rabbani 25 Tahun Dalam Industri Disember Ini, Ramai Sedia Nak Flashback Fenomena Nasyid!

IKLAN

Konsert Rabbani 25 Tahun Dalam Industri Disember Ini, Ramai Sedia Nak Flashback Fenomena Nasyid!Konsert Rabbani 25 Tahun Dalam Industri Disember Ini, Ramai Sedia Nak Flashback Fenomena Nasyid!Malah, masyarakat juga akan menghargai nilai-nilai yang ada dalam irama nasyid di samping mewujudkan kesedaran dalam memupuk semangat perpaduan sekaligus menyemarakkan lagi keharmonian rakyat di negeri ini.

Kelangsungan kesenian dan kebudayaan terutama irama nasyid diharap dapat mengimbangi pembangunan holistik di negeri Johor.

Konsert yang berlangsung selama 2 jam itu turut menampilkan beberapa artis jemputan seperti Mawi, Hijjaz, Daqmie, Dinie Juri dan Aeydan serta penglibatan barisan pemuzik dari Yayasan Warisan Johor.

IKLAN

Dalam pada itu, setinggi penghargaan terima kasih juga kepada rakan-rakan kerjasama, rakan sinergi Rabbani seperti MATHAF Malaysian Thailand Halal Food Festival, Jamil Teluk Belanga, Aman Palestin Johor, Rabbani FC, Munsyid Malaysia dan semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan konsert ini.

Sebarang info lanjut boleh layari media sosial pihak berkaitan dan harga tiket dijual bermula pada harga RM58, RM88, RM128 dan RM188.

Konsert Rabbani 25 Tahun Dalam Industri Disember Ini, Ramai Sedia Nak Flashback Fenomena Nasyid!

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI