Melihat kepada kekangan yang dihadapi sesetengah orang yang terpaksa berfikir panjang bagi mencantikkan kediaman susulan harga perabot dan item dekorasi yang mahal, Rumah Artis menawarkan pakej yang cukup berbaloi.
Selain menyediakan perkhidmatan perunding hiasan dalaman, pelanggan juga boleh mendapatkan barangan hiasan rumah dengan harga yang cukup berpatutan dan berkualiti serendah RM1!
Pemilik Rumah Artis merangkap jurucakap yang juga pelakon dan usahawan, Putra Amaris menjelaskan idea ini hadir melalui minat yang mendalam terhadap dunia dekorasi.
“Proses melengkapkan jualan di Rumah Artis sekitar dua bulan lalu dan dilancarkan pada minggu ini. Harganya kalau kita tengok, memang tak masuk akal serendah RM5, ada juga RM10. Ada juga RM1, insyaAllah.
“Meski tak bawa duit yang banyak, kalian boleh bawa balik barang yang sangat banyak. Memang luar biasa dan saya harap pembeli pun akan berpuas hati.
“Kualitinya pun baik sebab kita tak hanya ambil barangan lokal sahaja, tetapi juga dari luar negara. Ada yang berjenama. Tak akan rugi dan menyesal. Memang berbaloi,” katanya kepada MH.
Bukan sahaja perabot, Rumah Artis ada menyediakan perkhidmatan perunding hiasan dalaman, Azirun Ramly sebagai pemudah cara.
Amaris yakin dengan latar belakang Azirun sebagai pereka fesyen sebelum ini mampu memberi kepuasan kepada pelanggan yang datang ke Rumah Artis.
“Paling penting apa yang ingin saya sampaikan, Rumah Artis adalah lokasi ideal bagi mereka yang ingin mendapatkan idea mahupun produk perhiasan rumah dengan harga yang murah selain menepati cita rasa.
“Sebagai anak seni saya juga tahu akan kesulitan yang dihadapi produksi kita dalam mendapatkan pelbagai produk perhiasan untuk menjayakan penggambaran. Di Rumah Artis juga kami turut menyediakan perkhidmatan menyewa barangan dekorasi termasuk menjadikan lokasi ini sebagai set,”katanya lagi.
Sementara itu, bagi Azirun pula kesempatan untuk bergelar perunding hiasa dalaman di Rumah Artis, memeri ruang untuk dirinya berkarya, termasuk menjaga soal kualiti barangan yang dijual.
“Kita ada pasukan yang akan nilaikan kembali harga baru barangan yang akan dijual. InsyaAllah kalau orang kata ada barang yang dijual dalam seringgit, tapi ia bukanlah nilai seringgit yang biasa. Malah kita ada jual cadar yang harganya sekitar RM10 hingga RM15.
“Kita tak boleh anggap barangan ‘preloved’ ini kurang berkualiti, tapi kita memang pilih. Kita ada juga jual set pinggan mangkuk khas dari Royal Albert Hall yang bernilai sekitar RM10,000. Usianya lebih 30 tahun. Setakat ini ia antara yang termahal yang kami jual.
“Di sini kami menyediakan perkhidmatan yang memberi fokus kepada kemampuan pelanggan. Bukan itu sahaja, pelanggan boleh mendapakan produk dekorasi rumah dengan harga yang mampu bilik dari sebesar besar perabot sehingga sekecil kecil produk antaranya lampu meja.
“Jadi saya menyeru kepada mereka yang mungkin sedang mencari idea ataupun memerlukan bantuan dari segi nasihat boleh ke Rumah Artis, untuk mendapatkan bantuan dekorasi,”katanya lagi.
Rumah Artis terletak di Rumah Artis, 3, Jalan Cumarasami, Taman Kaya, Sentul, 51100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Penyanyi dan hos, Aril Pilus meluahkan rasa teruja apabila pemain bola sepak terkenal, Lionel Messi akhirnya berjaya merangkul Piala Dunia 2022 bersama pasukannya, Argentina dalam perlawanan akhir menentang Perancis, malam tadi.
Percaya momen tersebut turut dinantikan para peminat bola sepak, Aril atau nama sebenar Khairil Azam Pilus turut mengimbau kenangan bola sepak pada usia remajanya.
“Finally! Memang ramai nak tengok Messi ambil Piala World Cup, aku sendiri pun nak tengok momen best ni.
“Dari zaman Barca sampai dia blah pergi PSG! Last World Cup dia, dia dapat apa dia nak! Complete trophy!
“Kalau zaman pak aku, Maradona & Pele, zaman remaja aku Messi & Ronaldo, cuma Messi ni luck dia baik sikit dari Ronaldo. Apa-apa pun game best malam ni,” tulisnya pada ruangan kapsyen di Instagram.
Terdahulu, Skuad kendalian Lionel Scaloni akhirnya ditabalkan sebagai juara Piala Dunia setelah menewaskan Perancis menerusi penentuan sepakan penalti.
Sebelum itu, kedua-dua pasukan beraksi dengan begitu sengit sehingga terikat kedudukan 3-3 sehingga tamat 120 minit perlawanan.
Memasuki penentuan sepakan penalti, tuah kian berpihak kepada Argentina apabila Kingsley Coman dan Aurélien Tchouaméni gagal menyumbat gol ke dalam gawang.
Kesempatan tersebut akhirnya dimanfaatkan Goncalo Montiel untuk memastikan Argetina menang dengan keputusan 4-2 sekaligus membawa pulang kembali Piala Dunia ke Buenos Aires selepas kali terakhir ia berjaya dilakukan pada edisi 1986 di Mexico.
Ia juga menamatkan penantian Messi yang sudah pun berusaha untuk memenangi piala ini sejak mencubanya pada 2006.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Peruncit barangan sukan nombor 1 di Malaysia, Al-Ikhsan Sports, mengadakan kempen ‘Making Travelling Sportier since 1993’ sempena meraikan pengakhiran 2022 dan menyambut kedatangan 2023.
Kempen ini memberi peluang kepada orang ramai khususnya rakyat Malaysia untuk menjadikan sukan bukan sekadar aktiviti malah sebagai gaya hidup masa kini.
Al-Ikhsan Sports mengajak rakyat Malaysia untuk sama-sama bergaya “sporty” dengan koleksi pakaian serta barangan sukan tidak mengira situasi.
Sebagai sebuah jenama tempatan yang begitu dekat di hati rakyat Malaysia, Al-Ikhsan Sports berazam untuk menjadikan sukan sebagai sebuah gaya hidup dan juga mampu milik untuk semua.
Rangkaian produk Al-Ikhsan Sports adalah berkualiti tinggi dan juga direka khas untuk memenuhi keperluan pengguna kami di seluruh Malaysia.
Barangan di Al-Ikhsan bukan sahaja sekadar barangan sukan malah boleh dijadikan sebagai pakaian untuk bersantai di sepanjang percutian meraka.
“Kempen ini menyediakan rangkaian lebih dari 10,000 barangan sukan bermula daripada RM29 dan ini belum pernah dilakukan oleh peruncit sukan yang lain sebelum ini,” kata Encik Vach Pillutla, Ketua Pegawai Eksekutif Al-Ikhsan Sports.
Dengan harga mampu milik, antara barangan Al-Ikhsan Sports utama yang akan diperagakan dalam kempen ini adalah jersi, topi, kemeja-T, hoodie, jaket, pelbagai jenis beg mudah alih, kasut sukan serta kasut santai.
Barangan keluaran Al-Ikhsan Sports sudah semestinya menjadikan #OOTD percutian mereka lebih bergaya dan menarik.
Menepati objektif tersebut, Al-Ikhsan Sports telah merangka pelbagai promosi bertema yang dijangka mampu menarik perhatian pencinta sukan tanah air.
Antara promosi menarik yang diadakan melalui kempen ‘Making Travelling Sportier since 1993’ ini adalah ‘Bundle Deals’, ‘12-12 Special’, ‘Clearance Sales’, dan promosi ‘New Year New You!’.
Kempen ini dijangka mampu memenuhi selera setiap lapisan rakyat dengan bajet mereka yang tersendiri.
Pempengaruh media sosial, Maryam Younarae berkongsi dirinya ada menerima pertanyaan daripada sahabat baiknya dari Korea Selatan mengenai kehidupannya selepas memeluk agama Islam.