Para penonton di Kuala Lumpur sememangnya beruntung kerana menjadi saksi terawal untuk melihat penyanyi Indonesia, Pusakata kembali bergabung dengan kumpulan lamanya, Payung Teduh selepas hampir lima tahun membuat haluan sendiri.
Bagaimanapun, mereka kini mahu dikenali dengan mana baharu iaitu Parade Hujan.
Kembali mengadakan persembahan bersama, kehadiran Parade Hujan sememangnya membuatkan keterujaan peminat membuak-buak.
Masakan tidak, Konsert Senandung Malam Payung Teduh x Pusakata dan Efek Rumah Kaca yang berlangsung di Zepp KL hanya mengambil masa selama 30 minit untuk tidak habis dijual.
Usai persembahan daripada, Efek Rumah Kaca, tiba giliran Parade Hujan pula menggamatkan segenap ruang di Zepp KL.
Baru sahaja Pusakata memetik gitar, kerinduan hampir 3000 penonton seakan terubat sewaktu mereka membawakan lagu pembukaan yang berjudul Untuk Perempuan Yang Sedang Dalam Pelukan.
Ads
Mengimbau kembali sewaktu zaman-zaman kegemilangan Payung Teduh, mereka juga turut membawakan lagu-lagu popular seperti Di Atas Meja, Muram, Diujung Malam dan Berdua Sahaja.
Dalam pada itu, Pusakata atau nama sebenarnya Mohammad Istiqamah Djamad menzahirkan rasa syukur dengan perancangan Allah SWT yang menjentik hati mereka untuk bersatu semula sebagai sebuah kumpulan.
“Allah sememangnya mempunyai kuasa membolak-balikkan hati kita. Dia juga selalu memberikan kejutan dan mengatur setiap pertemuan dan perpisahan.
“Lalu berjumpa kembali dan berpisah selamanya untuk kembali di akhirat kelak. Kita bukan Payung Teduh lagi. Kita Parade Hujan,” katanya.
Ads
Dalam pada itu, Pusakata turut menjelas mengapa mereka memilih Parade Hujan sebagai nama baharu kumpulan mereka.
“Saya menyayangi Payung Teduh dan sebab itu saya mahu ia tetap ada. Pusakata juga tidak akan ada lagi secara sendiri. Kami akan bersama secara Parade Hujan.
“Kenapa perkataan Hujan itu ada? Kerana tiada hal lain selain keberkatan di dalam hujan. Kami satu band mahu merayakan keberkatan itu,” katanya lagi.
Ads
Dua lagu ikonik mereka iaitu Akad dan Menuju Senja sememangnya menggamatkan suasana apabila dijadikan sebagai lagu penutup.
Ini MH kongsikan suasana di konsert Pusakata X Payung Teduh yang berlangsung semalam.
Konsert Senandung Malam Payung Teduh x Pusakata dan Efek Rumah Kaca meru anjuran Neptunes Presents di bawah pengurusan pelakon Nabila Huda.
Sekadar informasi, selain Pusakata, Parade Hujan turut dianggotai oleh Comi Aziz Kariko (Kontra Bass), Alejandro Saksakame (Drum) dan Ivan Penwyn (Trumpet & Gitar).
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penerbit dan pengacara terkenal, Sheila Rusly ada menitip ucapan manis buat suaminya, Azman Haji Yahya yang meyambut ulang tahun kelahiran yang ke-54, hari ini.
Di samping berkongsi foto bersama suami, hos Ketuk-Ketuk Ramadan itu turut menyatakan rasa sayang buat suami.
“8.1.66 I sayang u babe.Takde orang boleh sayang i macam mana u sayang i walaupun kadang kadang i stresssssss.. sebab i sayang u lebih dari u sayang i
A post shared by Sheila Rusly (@sheilarusly_jspictures) on
Selain itu, peminat turut mendoakan agar mahligai cinta pasangan ini berkekalan hingga ke akhir hayat.
Sekadar informasi, Sheila telah mendirikan rumah tangga bersama pengarah Jinggo dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki bernama Uzair Haqimy dan Luth Mikhail.
Foto: Instagram Sheila Rusly
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Awal semalam, pelakon Izreen Azminda ada berkongsi mengenai perkembangan dirinya yang kini sedang sarat mengandung 7 bulan.
Menurut Izreen, berat badannya kini telah mencecah 70 kg selepas kandungannya mencecah usia 7 bulan.
“Tembun jenih tak buleh bawak bincang dah ni… Baru nak masuk 7 bulan dah 70kg… Kalau 9 bulan? 90kg paaaa…” tulisnya bergurau.
Untuk rekod, Izreen dan Ude atau nama sebenarnya Muhammad Radzi Abdul Wahid mendirikan rumah tangga pada 8 Ogos lalu di Damansara, Petaling Jaya secara tertutup.
Sebelum ini, kedua-duanya juga pernah berkahwin dan masing-masing mempunyai anak dalam perkahwinan terdahulu.
Izreen pernah berkahwin dengan seorang jurukamera, Muhammad Riza pada 2012 dan berpisah pada 2014 Ude pernah mendirikan rumah tangga bersama Intan Liana Saleh pada Mac 2013.
Bagaimanapun, pasangan tersebut berpisah pada Mac 2018.
Foto: Instagram Izreen Azminda
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Fadlan Hazim memohon semua pihak agar berpada-pada dalam menunjukkan perasaan benci kepada watak Nordin dalam drama terbaharu lakonannya iaitu Khilaf Yang Tertulis.
Menurut Fadlan, segala yang dipaparkan di dalam drama hanyalah lakonan semata-mata demi memenuhi tuntutan watak.
“Kepada yang benci Nordin/Jai, tolong belajar bezakan watak drama tv dengan saya yang realiti ya,” tulisnya.
Luahan itu dikongsikan pelakon berusia 32 tahun itu menerusi sebuah hantran di ruangan Instagram Stories.
Katanya lagi, dia juga tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakkan sekiranya ada pihak yang bertindak keterlaluan.
“Ada yang dah melebih-lebih ni, saya ambil tindakan nanti
#khilafyangtertulis,” kongsinya lagi.
Terdahulu, Khilaf Yang Tertulis merupakan sebuah drama arahan Jamal Khan dan Riza Baharudin yang ditayangkan di slot Samarinda, TV3.
Selain Fadlan, drama ini turut dibintangi barisan pelakon seperti Fasha Sandha, Puteri Balqis, Ashraf Muslim dan Chacha Maembong.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan pengarah, Sheila Rusli akui teruja apabila menantunya yang juga pelakon, Elisya Sandha memutuskan untuk menjalani tempoh berpantang di rumahnya selepas melahirkan cahaya mata kedua.