
Pelakon dan pelawak senior, Saiful Apek membidas semula kenyataan seorang penggguna Twitter yang melabelkannya sebagai salah memilih jalan hidup.
Menurut individu tersebut, Apek merupakan seorang pelawak yang baik dan juga nadi penggerak kumpulan lawak popular, Senario.
Namun, kariernya dilihat sedikit terjejas akibat salah memilih haluan hidup.
“Great talent. Rugi sebab salah pilih haluan hidup. Antara faktor penguat Senario. Rating: 7.9/10,” tulis individu berkenaan.
Enggan melatah, Apek membalas semula tweet tersebut dengan cara yang cukup berhemah.
“Amalan mulia paling mudah, ialah memuliakan sesama kehidupan.
“Berbaik sangka & sentiasa mendoakan yang baik-baik sesama kita. اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ,” tulisnya.
Tweet tersebut ternyata menimbulkan rasa kurang senang di hati para peminat pelawak yang pernah memenangi Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian 2003 itu.
Di ruangan komen, rata-rata netizen meminta Apek supaya tidak mempedulikan kenyataan individu tersebut.
Pada pendapat MH, setiap orang memiliki jalan hidup mereka yang tersendiri dan kita sebagai manusia tiada hak untuk menilainya.
Bak kata pepatah, yang baik dijadikan teladan dan yang buruk pula dijadikan sempadan.
Sumber: Twitter Saiful Apek
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Aufahanie ‘Hidupkan Semula’ Saat Hilang Cintamu – “Satu Penghormatan Untuk Saya.”

Bagai menyambung sebuah perjalanan, itu juga yang dilalui oleh Aufahanie apabila secara rasminya melancarkan lagu Saat Hilang Cintamu pada 17 November lalu.
Lagu yang dipopularkan oleh Allahyarham Siti Sarah itu bukan sahaja dinyanyikan semula tetapi turut mendapat susunan muzik baharu oleh Ajai yang juga pencipta lagu berkenaan.
Peluang yang diberikan pastinya menjadi kesempatan terbaik buat Aufahanie, 20, lebih-lebih lagi lagu tersebut juga menjadi antara lagu kegemarannya sejak dahulu.
“Memang ini merupakan satu penghormatan buat saya apabila dapat kembali ke studio dan merakamkan semula lagu berkenaan. Menariknya, susunan muzik kali ini lebih ‘segar dan besar’ membuatkan lagu ini ada keistimewaan tersendiri.
“Selain itu, saya menganggap ini merupakan satu penghormatan kepada orang baru seperti saya untuk bekerjasama dengan komposer hebat dan ternama.
“Setidaknya saya berpeluang ingin menunjukkan sesuatu kepada pendengar menerusi Saat Hilang Cintamu,” katanya.
Aufahanie atau nama sebenarnya, Nur Aufahanie Mokhtar berkata demikian pada Sidang Media Saat Hilang Cintamu Di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Terdahulu, idea merakamkan semula lagu ini tercetus apabila syarikat rakaman Indigital Music mahukan Aufahanie menyanyikan semula lagu ini, bersempena ulang tahun kedua pemergian Siti Sarah pada 9 Ogos lalu.
Lalu untuk memberikan kelainan, pihak pengurusan ada meminta khidmat Ajai selaku empunya lagu berkenaan untuk mengiringi nyanyian Aufahanie dan video berkenaan mendapat sambutan luar biasa pendengar yang mahukan versi studio diterbitkan.
“Memang banyak cabaran yang perlu dilalui semasa proses rakaman berlangsung meskipun lagu ini sudah ada. Apabila berada di dalam studio, ada perkara baharu yang perlu dipelajari dan itu merupakan proses yang harus dilalui,” kata finalis Big Stage 5 ini lagi.
Malah Ajai turut bercadang untuk menerbitkan single baharu sebelum menghasilkan album penuh untuk Aufahanie sebaik sahaja tamat program berkenaan.
Sebagai langkah pertama, Saat Hilangnya Cintamu dikeluarkan dahulu sementara menantikan lagu baharunya.
Jelas Ajai, dia melihat kesungguhan dan kelebihan yang ada dalam diri gadis berkenaan serta percaya dia mampu menjadi seorang penyanyi yang baik pada masa hadapan.
“Untuk menjadi seorang penyanyi yang baik, mereka perlu mempunyai ilmu dalam beberapa aspek untuk menghidupkan lagu.
“Saya melihat Aufahanie ada ciri-ciri yang diperlukan dan tidak mustahil untuk dia menjadi lebih ‘besar’ pada masa hadapan.
“Aufahanie bukan sahaja tahu tentang teknikal untuk menyanyi tetapi juga dia berjaya menghidupkan semula Saat Hilang Cintamu dengan versi sendiri tanpa mengikut cara Allahyarham Siti Sarah menyanyi.
“Semua orang boleh menyanyi tapi tak semua mampu menjadi penyanyi yang baik. Saya yakin sekiranya dia berada di landasan yang betul, dia akan menjadi penyanyi yang evergreen pada masa hadapan,” kata Ajai.
Untuk rekod, Saat Hilang Cintamu merupakan salah satu lagu yang termuat dalam album Mimpi Pun Sama yang dikeluarkan Siti Sarah pada 2003. Lagu ini dicipta oleh Ajai dan lirik pula ditulis oleh Musrad.
Untuk versi Aufahanie pula, Indigital Music bekerjasama dengan Wake The Baby Records sebagai penerbit bersama.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cik B Hiasi Cover Majalah Remaja, “Ramai Mengata Cik B, Buatkan Rasa Rendah Diri Tak Semangat,” – DSV Beri Reaksi!

Selepas salah seorang anaknya, Cik B menjadi penghias muka hadapan majalah Remaja edisi terkini yang mendapat reaksi pelbagai netizen, ibunya yang juga usahawan selebriti, Datuk Seri Vida tampil memberikan reaksi.
Perkongsian tersebut khasnya dibuat buat sesetengah pengguna media sosial dipercayai mengkritik serta memberi kecaman terhadap penampilan Cik B atau nama lengkapnya, Edlynn Zamilleen Muhammad Amin itu.
Vida mendakwa anaknya Cik B berasa rendah diri dan tidak bersemangat. Malah, ada juga yang turut mempersoalkan warna kulit anaknya itu apabila menjual produk kosmetik.
“KECAMAN..CACIAN..MAKIAN..Yang Dilemparkan kepada Cik B @cikb_havoc66. Ramai yang Mengata cikB. Buatkan CikB rasa rendahh diri. Tak semangat. Suka sendiri.. Buat hal sendiri.
“Nak jual kosmetik orang kutuk. Orang persoalkan Warna kulit CikB. Tak putih pun.
“Cik B tahu kekurangan dia. Cuba buat something different. Jual @cikb_hq_salted_egg_salmon & @cikb_bobalova. Makanan Salmon skin salted egg PERTAMA DI MALAYSIA. SALMON CRUMBSO dengan Mozarella Cheese & Boba Lova,” tulisnya di Instagram sambil memberikan kredit.
View this post on InstagramA post shared by Dato' Seri Dr. Hajah Vida (@datoserivida) on
Terdahulu, Cik B mengejutkan ramai apabila tampil bergaya dan berbeza dari penampilan hariannya apabila menjadi penghias muka depan majalah berkenaan.
Turut sama menjadi penghias muka depan isu sama ialah Naim Danial dan bintang media sosial, Nur Aisyah Mohd Razip atau sinonim disapa Cupcake Aisyah.
Foto: Instagram Cik B
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mulut Lahar Peniaga Bazar Buat Netizen Marah!

Apa yang menarik tentang bulan puasa selain daripada menahan lapar dan nafsu, pelbagai jenis juadah berbuka yang ada di bazar juga membuatkan ramai yang teruja bila Ramadan tiba.
Jangan kata pembeli, penjual juga turut teruja menjual juadah pada orang yang tiba. Suasana meriah dan adakalanya mencuit hati melihat keletah masing-masing mempromosikan jualan mereka.
Memang mengujakan melihat kemesraan penjual yang melayani pembelinya. Ada yang tidak boleh sorok reaksi wajah kegembiraan apabila ada yang membeli jualannya.
Namun ada juga sesetengah penjual yang ‘terlebih mesra’ hingga adakalanya percakapan mereka melebihi batasan.
Ini yang terjadi pasa salah seorang pembeli bernama Innanie Ariffin baru-baru ini.
Baru-baru ini status Innanie bercerita tentang seorang penjual kebab tular di sosial media kerana kelancangan mulut menghina fizikalnya.
Apa yang menyedihkan, gadis ini telah memasang niat untuk menolong gerai yang dipercayainya tidak berapa laku. Namun menyedihkan apabila penjual tersebut terlebih bergurau hingga melukakan hati Innanie.
Ceritanya bermula apabila dia ke bazar berdekatan dengan pejabatnya. Setelah membeli beberapa juadah, Innanie yang teringinkan kebab daging terus menuju ke sebuah gerai kebab yang tiada pembeli.
Niatnya ingin membantu gerai tersebut kerana melihat tiada langsung pelanggan. Apabila minta untuk diberikan satu kebab daging, secara spontan lelaki tersebut menyuruhnya membeli kuantiti yang lebih banyak kerana percaya satu tidak cukup buatnya kerana berbadan besar.
Aduh, tidak tahu macam manalah penjual ini boleh terkeluar ayat menyakitkan seperti ini.
Dengan perasaan yang bengang dan rasa terhina, Innanie terus menjawab dengan padu.
“Sepanjang jalan tadi, saya nampak kedai abang kosong. Tak ada orang. Ada kedai kebab hujung sana tapi saya tak jadi seinggah sebab teringat kedai kebab abang ni. Niat saya memang nak beli kat abang sebab nak membantu. Yelah, sendu bila orang lain masyuk, abang masih lagi bekas kosong. Tapi, dengan mulut abang yang macam ni, sesedap rasa menghina orang gem*k saya rasa ini LAST lah saya beli dari abang. Abang boleh makanlah sendiri kebab ni. Orang berniaga – hati customer kena dijaga bang. Abang pulak dapat customer dihina. Takpelah! Lagi satu, abang ingat orang gem*k tu pelahap ke?
Bila diluahkan begitu, penjual terbabit bersama rakannya yang ketawa sinis terus terkedu diam dan bisu seribu bahasa.
Mungkin ini adalah pengajaran untuk kita semua, jangan sesekali cuba bermulut ‘lahar’ sesuka hati. Mungkin niat abang kebab tu bergurau, tetapi kita tidak tahu adakalanya ia mungkin akan menyinggungkan perasaan seseorang.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI