Pelakon senior Roy Azman, isteri dan anak bongsunya terselamat daripada kecelakaan jalan raya menerusi satu video yang dikongsikan di Instagram, hari ini.
Roy turut meluahkan rasa syukur kerana sempat menyelamatkan diri daripada keretanya yang dirakam sedang terbakar.
Menerusi hantaran sama, Roy turut berkongsi keadaan kenderaan yang dipandunya sejurus api dipadamkan.
Syarikat pengurusan dan rakaman, Leo Music Empire optimis dengan menampilkan enam bakat baharu yang sekaligus mengutamakan bakat nyanyian dan personaliti berbanding paras rupa.
Pengarah Leo Music Empire, Nour Shue berpendapat, individu yang sekadar menjual rupa paras dalam dunia seni tidak boleh bertahan lama dalam industri seni sekiranya tidak mempunyai bakat dan disiplin dalam kerjayanya.
“Sekarang terlalu ramai penyanyi yang hanya mengutamakan rupa semata. Saya tidak melihat itu, apa yang penting bakat. Ya, rupa paras yang cantik atau tampan itu bonus tetapi saya mencari bakat.
“Selain itu, disiplin dan personaliti diri juga memainkan peranan penting. Ada sahaja yang boleh menyanyi, ada rupa tetapi disiplin ke laut. Tak mahu dengar nasihat dan sudah berlagak diva sebelum berjaya.
“Kita mempunyai ramai penyanyi yang baik tetapi tidak tahu ke mana ingin mengembangkan bakat. Ditambah dengan stigma tertentu, ruang dan peluang mereka kabur. Sebab itu saya berani ambil risiko,” katanya.
Nour Shue berkata demikian pada majlis pelancaran single baharu enam artis di bawah naungan syarikat rakaman dan pengurusan tersebut.
Nor Shue menambah syarikat berkenaan juga mempunyai perancangan dan strategi khusus bagi mengetengahkan barisan penyanyi di bawah pengurusannya.
“Semestinya ada perancangan untuk kami ketengahkan bakat mereka secara mainstream. Semua itu disusun berperingkat. Kami tidak mahu terlalu terburu-buru. Biar lambat tetapi impaknya ada.
“Saya tidak mahu mereka digelar artis mi segera. Dikenali dengan satu lagu, selepas itu sepi terus menghilang. Biarlah mereka terus berusaha dan kekal dengan sikap tidak mudah mengalah itu,” katanya lagi.
Berkongsi mengenai pemilihan bakat baharu, Nour Shue menjelaskan enam penyanyi tersebut dipilih berdasarkan kelebihan dan keistimewaan mengikut suara serta vokal yang dipadankan dengan lagu yang sesuai.
“Mereka semua melalui sesi uji bakat dan dilatih terlebih dahulu sebelum melancarkan single pertama. Genre setiap mereka juga berbeza. Ikut kesesuaian vokal dan suara.
“Saya juga memberi kebebasan untuk mereka mengutarakan kehendak dan keinginan. Dari situ, kita akan menyuaipadan dan memilih lagu yang tepat,” katanya.
Enam artis yang ditampilkan ialah Ammar Anuaar, Arghpiez, Queen Zara, Azs Azfa, Wawa Wahida dan Kelana Akira.
Ammar Annuar meluncurkan single pertamanya berjudul Sepi pada 17 November lalu sementara Arghpiez memilih untuk memperjuangkan genre rap dan hip-hop, berjudul Setiap Malam pada 22 Disember lalu.
Sementara itu, Queen Zara tampil dengan naskhah berjudul Masihkah Ada Waktu Itu bakal meluncurkan single pada Januari depan.
Azs Azfa yang juga guru muzik pula berani mengetengahkan muzik bergenre jazz blues menerusi lagu Yang Ku Perlu.
Seterusnya, Wawa Wahida bakal memeriahkan dunia seni menerusi lagu berjudul Seperti yang akan diluncurkan pada Januari depan dan penyanyi asal Sarawak, Kelana Akira juga akan mempromosikan single berjudul Cerita.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi popular era 1980-an, Ibnor Riza yang kini menerima rawatan di Hospital Canselor Tunku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM), Kuala Lumpur masih berada dalam keadaan kritikal.
Perkara itu dimaklumkan isterinya, Sarimah Suleiman, petik Harian Metro.
Sarimah bagaimanapun tidak dapat berkongsi lebih lanjut mengenai perkembangan suaminya yang menghidap kanser limfoma tahap empat.
“Saya minta maaf tak boleh nak bercakap panjang. Abang Ibnor masih dalam keadaan kritikal dan masih ditidurkan.
“Mohon doakan kesembuhannya dan semoga abang Ibnor cepat sedar dan beransur pulih,” katanya.
Terdahulu, penyanyi Meneka Dalam Kesamaran itu masih tidak sedarkan diri sejak menjalani pembedahan mengeluarkan air dalam kepalanya pada 2 Disember lalu.
Pada 10 November lalu, penyanyi itu turut menjalani kimoterapi R-ICE di hospital sama.
Dia turut mengalami demam berpanjangan selepas rawatan.
Ibnor yang disahkan menghidap kanser limfoma tahap empat pada Mac lalu sehingga kini difahamkan sudah melakukan kemoterapi sebanyak sembilan kali.
Sejak disahkan sakit, dia membelanjakan sekitar RM80,000 bagi kos perubatan dengan menggunakan kesemua wang simpanan selain menjual tiga buah kereta miliknya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelawak Jep Sepahtu mencuri perhatian apabila menitipkan nukilan istimewa menerusi ruangan Direct Message (DM) Instagram buat pemain bola sepak kegemarannya, Cristiano Ronaldo yang bakal mengetuai cabaran Portugal di kejohanan Piala Dunia FIFA 2026.