Peguam yang mewakili penyanyi Lan Solo, isterinya Sheila Razlan dan Syura Badron, Alan Razak menegaskan tujuan sidang media khas diadakan selepas prosiding akhir mahkamah pada Selasa adalah untuk menamatkan sebarang spekulasi tidak jelas berkenaan kes membabitkan Siti Nordiana.
Alan dari firma guaman Tetuan Azlan Razak & Associates memberitahu ketiga-tiga anak guamnya menerima komen berbaur fitnah sejak awal kes dibuka di mahkamah.
“Saya ada bincang dengan anak-anak guam saya dan mereka memberi mandat untuk menjawab mengenai sebab sidang media ini perlu diadakan.
“Sebenarnya keperluan untuk mengadakan sidang media hari ini saya nak maklumkan, ini bukanlah sesi pihak A memburukkan pihak B atau sebaliknya, bukan juga kes dah selesai boleh sambung bercakap antara satu sama lain, tidak.
“Ini sebenarnya adalah untuk memperbetulkan persepsi masyarakat dan peminat terhadap tiga anak guam saya.
“Sebagai peguam saya perhatikan sewaktu kes bermula sejak di mahkamah rendah lagi, terdapat macam-macam kenyataan berbaur cacian, makian dan tidak sedap didengar diberikan dan bersambung hingga ke mahkamah tinggi.
Ads
“Malah hingga sekarang saya percaya walaupun kes ini sudah diselesaikan, masih lagi kita tengok ada kata-kata sedemikian dilemparkan,” katanya ketika ditemui di kediaman Lan Solo di Puchong, Selangor pada Rabu.
Mewakili tiga anak guamnya, Alan memohon agar tiada lagi sebarang bentuk spekulasi lanjut berhubung kes berkaitan.
“Jadi saya ingin menjelaskan sekali lagi, ini bukan bercakap buruk atau mengkritik mana-mana individu sebaliknya memperbetulkan persepsi awam terhadap kes ini selama lebih dua tahun ia berlangsung.
Ads
“Keperluan pada hari ini adalah ingin memberitahu secara menyeluruh apa sebenarnya yang berlaku selain apa fakta-fakta yang mungkin terlepas pandang oleh pihak yang tidak berpeluang untuk bersama-sama dengan kami di mahkamah.
“Kami juga ingin memberitahu kepada semua apabila kes sudah selesai, tidak perlu lagilah ditimbulkan sebarang spekulasi, apatah lagi kenyataan tidak enak diberikan kepada anak guam saya,” ujarnya.
Semalam, Siti Nordiana bersetuju menyelesaikan secara baik kes fitnah sebanyak RM2.5 juta yang difailkan terhadap lima individu termasuk dua rakannya, Lan Solo dan Syura Badron.
Ads
Terdahulu, dalam pernyataan tuntutannya, Nana mendakwa pada 20 Julai 2021, melalui siaran langsung dikendalikan Nur Sheila yang disertai empat defendan lain menyiar, mengeluar dan menerbitkan kata-kata berunsur fitnah terhadapnya.
Peserta All Stars Gegar Vaganza (ASGV) itu mendakwa, fitnah itu membawa maksud antaranya dia bukan artis yang bersih dan dihormati, ego, tidak mendengar nasihat dalam segala perkara dan menggunakan wang serta populariti bagi memastikan dirinya dihormati.
Penyanyi Cinta Hanya Sandaran itu turut mendakwa kelima-lima defendan memadam siaran langsung daripada akaun IG masing-masing, namun ia tular dan dimuat naik semula ke laman YouTube dan masih boleh ditonton orang ramai.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas muncul khabar angin yang mendakwa pasangan selebriti, Noh Salleh dan Mizz Nina berpisah, Mizz Nina kira-kira sejam lalu memuat naik petikan kata-kata Mufti Ismail Menk di laman Instagram.
Petikan kata berkenaan yang asalnya dalam bahasa Inggeris berbunyi tersebut berbunyi;
“Belajarlah untuk mendoakan semua orang. Ingat, hikmah berdoa itu sangat sangat bermakna, bila kita mendoakan untuk orang lain hal yang baik jadi kepada kita.
“Maha Esa membantu mereka yang tak jemu membantu orang lain. Jangan kedekut. Mulakan berdoa.”
Hantaran berkenaan setakat ini mendapat lebih 25,000 tanda bersama ribuan komen daripada rakan selebriti dan peminat Nina atau nama sebenarnya, Shazrina Azman.
Rata-ratanya dilihat memberikan kata semangat dan sokongan serta doa yang baik-baik buat dirinya.
Fazura, Mira Filzah, Dayah Bakar dan Fedtri Yahya antara rakan selebriti yang turut meninggalkan komen pada muat naik berkenaan.
Terdahulu, khabar angin perpisahan mereka diperkatakan ramai selepas mereka didakwa sudah bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak semalam.
Malah, seorang pengguna Twitter ada membuat ciapan berkenaan perkara yang dipercayai berkaitan dengan hal tersebut selepas ditanya pengguna lain.
Media sebelum ini melaporkan, Noh, 37, atau nama sebenarnya Mohammad Noh Salleh menafikan mengenai desas-desus keretakan rumah tangganya yang bertebaran di media sosial pada 13 Julai lalu.
“Entahlah, tiada komen. Korang semua kena tipu…good luck (selamat berjaya),” katanya ketika ditemui media.
Kemudian, beberapa hari selepas itu Mizz Nina, 42, atau memuat naik hantaran di Instagram yang seolah-olah memberi bayangan dia sedang melalui saat-saat sukar hingga mengundang pelbagai reaksi netizen.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 2 Julai 2011. Sekitar April lalu, mereka memperkenalkan Musa sebagai anak angkat bagi menyerikan rumah tangga mereka.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Jika awal pagi semalam, Datin Rabecca Nur Al-Islam telah menerima mesej romantis bersempena dengan ulang tahun hari jadinya yang ke-33dari suaminya,Datuk Nor Azam.
Sementara malam tadi pula, Rabecca telah menerima kejutan dari suaminya.
Malah, video tersebut turut dikongsikan Rabecca di Instagrammya.
“Macam Nak tercabut Jantung Last night???Ya Allah Terkejut gila?….Sabar je la En Suami ni @azambecca …..
“Kita ni Kelam kabut la balik Sebab En Suami kata Nak Blanja Birthday Dinner kat luar And @syafieq_ayman And @e.z2828 Pun Akan Join dinner,So balik Awal,Atlist Nak mandi dulu And pakai baju Cantik2,Skali Bukak Je Pintu amik ko???Ramaiiiii nya…. #ithoughtthesurprisewillbeoutside Skali kat Rumah dah?…..
“Apa2 Pun Uolss BerJAYA Kali Ni okay,Nak tercabut Jantung,Sampai Nak tido Pun sakit terus Dada kiri?….
“Thank you En Suami,And Thank You To All Of You,Yg Rancang Surprise ni,Memang Menjadi??? #mrsazam #30042019 #alhamdulillah #syukurselalu #beccaturns33,” tulisnya.
Video tersebut memaparkan ekspresi wajah Rabecca terkejut dan teruja mendapat kejutan istimewa dari suami tercinta.
Difahamkan, majlis tersebut diadakan di kediaman Rabecca yang turut dihadiri ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat.
“Tiada Kata Kata Yg dapat Meluahkan Bertapa Berterima Kasih nya Saya Kepada Anda Semua??….
“Hanya Doa Saya BerDoa Allah SWT Memberikan Segala Kebaikan Kalian Kepada Saya,Balik Semula Kepada Anda Semua??Semoga Kita Semua Saling Sayang Menyayangi,Saling DiMurahkan Rezeki Dan Yg Paling Penting Keberkatan Hidup Yg Tenang Dan Di Sayangi Allah SWT….Ameen AllahHuma Ameen…..
“Thank You Allah??Thank You To All Of You,” tulisnya lagi.
Pelakon Zul Ariffin lebih selesa tidak mencampuri urusan peribadi rakan seperjuangan, Ruhainies yang berdepan kontroversi dengan penyanyi, Aliff Aziz.
Menurut Zul atau nama sebenarnya Zulkifli Ariffin, sebagai orang luar, dia bukanlah orang yang tepat untuk memberikan pandangan berhubung isu ini.
“Saya tiada hubungi dia dan saya pun bukan orang yang layak untuk memberikan pendapat. Namun, kita anggap perkara ini sebagai satu ujian dan musibah.
“Saya yakin perkara ini mempunyai hikmah di sebaliknya,” katanya kepada MH ketika ditemui pada majlis berbuka puasa Astro pada Rabu.
Katanya lagi, dia juga tidak mahu bercakap mengenai perkara yang melalaikan dan mahu memberikan sepenuh tumpuan beribadah di bulan Ramadan ini.
“Saya tak nak meletakkan diri saya sebagai golongan yang membuang pahala di bulan Ramadan ini.
“Sejak permulaan Ramadan lalu, saya nampak ramai yang membuang-buang pahala. Saya tak nak sertai kumpulan itu.
“Saya pun tak tahu hal sebenarnya dan saya hanya tahu apa yang dilaporkan daripada pihak media sahaja,” katanya lagi.
Pada masa sama, Zul juga percaya yang Ruhainies juga memerlukan ruang dan masa bagi menyelesaikan kemelut ini.
“Saya pun tiada depan muka mereka dan saya juga tidak akan bertanya atau hubungi mereka walaupun sebagai teman baik.
“Mungkin mereka perlukan ruang dan masa untuk berfikir. Kejadian itu bukan perkara yang seronok.
“Biarlah saya tidak terlibat dan lihat dari jauh. Kita doakan sahaja yang terbaik. Lagipun, ini merupakan kisah peribadi orang lain.
“Kalau hal kerja itu, mungkin kita boleh komen sebab kita tahu apa yang berlaku. Saya takut nak bercakap hal orang lain. Lebih baik saya menjaga lidah saya,” akhirinya.
Pada 8 Mac lalu, Ruhainies ditahan bersama Aliff oleh anggota penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI) atas dakwaan khalwat.
Ruhainies dan Aliff masing-masing tampil memohon maaf susulan insiden itu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Dalam usaha menyebarkan rezeki dan berkongsi kebahagiaan bersama pelanggan setia, penyanyi Noraniza Idris bersama pasukannya, tampil dengan inisiatif Golden Voucher yang dimasukkan secara rawak...