
Pelakon Risteena Munim mengakui terkesan susulan pemergian isteri kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, pagi semalam, yang disifatkan sebagai satu kehilangan besar buat seluruh rakyat Malaysia.
Menerusi satu hantaran di Instagram, Risteena meluahkan rasa sayu yang mendalam selepas mengikuti perkembangan berita tersebut sejak awal pagi.
Menurutnya, dia menghabiskan masa melayari media sosial dan melihat momen-momen indah membabitkan Allahyarhamah bersama suami tercinta, Tun Dr Mahathir Mohamad.


“Saya tak dapat tidur malam ni. Saya turut berduka cita bersama seluruh rakyat Malaysia.
“Dari pagi scroll social media hingga penuh saved gallery saya tentang Tun Mahathir dan Tun Siti Hasmah.
“Setiap yang hidup pasti akan pergi, namun ada pemergian yang meninggalkan sunyi begitu dalam. Yang akan terus merindui, tiada penghujungnya,” luahnya.
Dalam pada itu, pelakon drama Playboy Itu Suami Aku berpendapat kisah cinta pasangan berkenaan memberi banyak pengajaran tentang erti kesetiaan dalam rumah tangga.
“Dari kisah Tun, kita belajar tentang tolak ansur dan kesetiaan yang membawa hubungan sehingga 70 tahun.
“Menerima kekurangan dan memilih untuk terus hidup bersama hingga ke hujung nyawa. Kerana tiada yang sempurna di dunia ini,” jelasnya.
“Cinta Hingga Ke Akhir Hayat…”
Dalam hantaran sama, Risteena menganggap perjalanan hidup pasangan tersebut pastinya dipenuhi dengan pelbagai ujian. Namun, kekuatan untuk saling memaafkan menjadi antara kunci kepada hubungan yang berkekalan.
Malah, kakak kepada pelakon Ruhainies itu percaya cinta sejati yang dibina sepanjang hayat akan menemukan mereka kembali di syurga kelak.


“Entah berapa kali mereka saling memaafkan hingga hubungan mereka sampai ke tahap ini.
“Allah panjangkan umur mereka sama-sama, kerana Allah tahu mereka saling memerlukan. Hingga 70 tahun bersama, bukan jangka masa yang singkat.
“Pasti banyak yang sudah mereka jalani bersama, suka dan duka.
“Pasti merasa kehilangan dan kesedihan yang teramat sangat bila hilangnya sosok yang selalu ada di mana pun kita berada dan kini pergi buat selamanya.
“Kita tidak tahu brapa kali mereka terluka, kita tidak tahu berapa kali mereka memilih untuk memaafkan, dan tetap mahu bersama hingga ke penghujungnya.
Anda mungkin berminat dengan
View this post on Instagram
“Cinta hingga ke akhir hayat ini akan menemukan mereka di syurga yang selamanya nanti.
“‘Kalau kita pergi mana-mana, kita pergi berdua. Di mana juga saya pergi, Tun Siti ikut…’ – Tun Mahathir,” tulisnya lagi.
Mengakhiri perkongsiannya, Risteena turut menitipkan doa buat Allahyarhamah.
“Selamat jalan, Bonda Tun Dr Siti Hasmah Al-Fatihah,” titipnya.
Terdahulu, negara dikejutkan dengan berita duka pemergian ‘First Lady’ Malaysia, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali yang telah menghembuskan nafas terakhirnya, semalam.
Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!

