“Alhamdulillah lahirnya putera kami pagi tadi. Syukur segalanya dipermudahkan. Terima kasih atas semua doa kalian.
“12.12.2023…(Takde sale, dah tanya dah hihu). Sekarang Mommy and Dadaa tengah back to Zombi world,” tulisnya menerusi kapsyen.
Ads
Perkongsian tersebut pantas menjadi sorotan warganet dan rata-ratanya menitipkan ucapan tahniah buat pasangan selebriti ini.
Ads
Untuk rekod, Ayda dan Nabil mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2021 dan melahirkan anak pertamanya, Ana Nayla yang berusia dua tahun, pada 21 September tahun sama.
Penyanyi, Nawa Latif terharu melihat sokongan yang ditunjukkan para peminat sewaktu membuat persembahan di sebuah acara baru-baru ini.
Menerusi perkongsian di laman Instagram, suasana di ruang acara tersebut dilihat gamat apabila para penonton sama-sama menyanyikan lagu-lagu popular Najwa seperti Cinta Muka Buku, Untuk Dia dan Sahabat.
Penyanyi, Kaka Azraff reda dengan ujian yang menimpa dirinya saat ini susulan kontraknya bersama syarikat rakaman telah ditamatkan kerana lantang bersuara mengenai konflik yang berlaku di Palestin.
Menurut Kaka atau nama sebenarnya, Nor Atiqa Noor Azraff, dia menganggap ujian ini sebagai jihad kecil demi menuntut keadilan buat rakyat Palestin.
“Saya melihat perkara ini daripada sudut positif sebab saya tahu saya berada di pihak yang benar. Setakat beberapa hari ini, saya hanya mengambil perkara yang positif sahaja.
“Yang negatif, sebolehnya saya tak mahu tengok. Apa yang saya buat ini adalah untuk saudara-mara kita di Palestin.
“Kalau hal ini mendatangkan kesusahan kepada saya, saya anggap ia merupakan jihat kecil daripada saya,” katanya kepada MH.
Anak saudara kepada penyanyi senior, Ella ini berkata sedemikian ketika ditemui di sidang media tergempar yang diadakan di The Curve, Mutiara Damansara pada Rabu.
Pada masa sama, Kaka turut mendedahkan dirinya tidak terkesan selepas menerima banyak mesej kecaman di media sosial.
“Saya terima banyak mesej dan hantaran di media sosial yang menghentam saya. Namun, saya tak terkesan dengan perkara tersebut.
“Saya sentiasa berpegang teguh dengan pendirian saya. Saya tidak akan berhenti untuk bersolidariti.
“Saya bukan menghantar mesej kebencian cuma saya mempertahankan rakyat Palestin. Saya tidak akan menoleh ke belakang lagi dan mengambil akauntabiliti,” ujarnya lagi.
Pada masa sama, ibu kepada dua orang cahaya mata ini turut merakamkan ucapan penghargaan buat semua pihak yang telah menyokong berkenaan isu ini.
“Saya sebenarnya tidak mahu terlalu berbangga dengan apa yang terjadi tapi saya yakin semua umat Islam faham apa yang saya maksudkan daripada DM yang dihantar.
“Saya berterima kasih kepada semua pihak yang memberikan sokongan. Saya terima banyak mesej dan komen yang memberikan kata-kata semangat.
“Saya sangat menghargainya dan bersyukur ada pihak yang dapat melihat hal ini daripada sudut pandang yang sama,” kongsinya lagi.
Ditanya mengenai nasihatnya kepada rakan artis yang ingin terus bersuara demi rakyat Palestin, Kaka meminta mereka supaya bersedia dengan risiko yang bakal ditanggung.
“Terpulang kepada individu sebab ia atas risiko masing-masing. Apa yang mereka mahu pertahankan, itu adalah hak individu.
“Ini jalan yang saya pilih. Namun, saya berharap agar semua pihak yang bersama Palestin ini untuk menggunakan suara kita.
“Suara kita mungkin kecil tapi mungkin boleh beri impak. Saya harap mereka berani untuk bersuara tapi dengan cara lebih baik,” akhirinya.
Terdahulu, Kaka memaklumkan pihak Warner Music telah menghantar surat penamatan kontrak pada 30 November lalu.
Namun, surat tersebut masih belum ditandatangani oleh Kaka kerana merasakan ia berlaku secara sebelah pihak.
Lantaran itu, Kaka menggesa pihak Warner Music untuk memberikan alasan munasabah mengapa kontraknya ditamatkan secara tiba-tiba.
Katanya lagi, proses mahkamah bakal menjadi jalan terakhir sekiranya tiada rundingan yang dibuat.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Syarikat rakaman, Warner Music akhirnya mengesahkan mengenai dakwaan penamatan kontrak penyanyi Kaka Azraff berikutan kelantangannya bersuara mengenai isu Palestin.
Warner Music dalam satu kenyataan berkata, mereka terpaksa mengambil tindakan tersebut kerana perbuatan dan bahasa yang telah digunakan Kaka dikatakan agak keterlaluan.
“Kaka Azraff merupakan seorang artis yang sangat berbakat tetapi malangnya, kami terpaksa berpisah dengannya disebabkan penggunaan bahasa tertentu dalam mesej langsung yang dipaparkan dalam talian,” katanya.
Katanya lagi, sesiapa sahaja artis dibawah naungan Warner Music turut akan dikenakan tindakan sedemikian sekiranya mereka melakukan tindakan yang sama.
“Walaupun kami dengan teguh memperjuangkan hak kebebasan bersuara oleh artis di bawah naungan kami, namun sesiapa yang bertindak dengan cara sedemikian, tanpa mengira kumpulan, bangsa, atau agama, kami akan turut membuat keputusan yang sama”, jelas wakil dari Warner Music itu lagi.
Bagaimanapun, pihak Warner Music tidak menjelaskan secara terperinci bila kontrak tersebut ditamatkan.
Sehubungan itu, satu sidang media tergempar bakal diadakan oleh Kaka pada malam Rabu.
Terdahulu, Kaka atau nama sebenarnya, Nor Atiqa Noor Azraff, 34, mengirim mesej langsung (DM) mengecam pempengaruh dan pelakon Australia yang pro-Israel, Nathaniel Buzolic.
Profilnya kemudian dikongsi sebuah laman sosial di bawah nama Jew Hate Database yang turut menyenaraikan nama Kaka sebagai antisemitik.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelawak Jep Sepahtu mencuri perhatian apabila menitipkan nukilan istimewa menerusi ruangan Direct Message (DM) Instagram buat pemain bola sepak kegemarannya, Cristiano Ronaldo yang bakal mengetuai cabaran Portugal di kejohanan Piala Dunia FIFA 2026.