Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali enggan terlalu membebankan fikirannya dengan kisah-kisah tular melibatkan pasangan suami isteri yang terpaksa berdepan konflik berumah tangga.
Menurut Nabila, dia percaya Allah SWT telah mengaturkan jalan hidup yang terbaik buat setiap pasangan.
“Sebagai manusia, kita tak boleh lari daripada kesilapan. Setiap manusia ada khilaf. Bagi saya sendiri, tipulah kalau saya tak takut.
“Namun, kalau kita takut disebabkan kekhilafan orang lain, mungkin kita hanya akan berdiam diri dan kekal di takuk lama.
“Saya percaya dengan apa sahaja perkara yang telah dirancang Allah SWT. Kita hanya melalui jalan kita sahaja. Apa yang berlaku pada masa hadapan, kita tak boleh kawal.
“Kita hanya boleh buat terbaik untuk diri sendiri. Jadi, saya akan cuba menggalas tanggungjawab sebagai isteri itu dengan baik,” katanya kepada MH.
Penyanyi lagu Hanya Kamu itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis perlancaran koleksi tudung Nada x Nabila Razali pada Khamis.
Ads
Ditanya adakah dia akan mengambil maklum tentang setiap gerak geri suaminya termasuk memeriksa telefon bimbit, Nabila menjawab;
“Saya tak berani nak cakap mengenai hal ini. Sesiapa yang mengenali diri saya, saya bukanlah orang yang sebegitu. Kita bercakap tentang sekarang, pada masa hadapan, kita tak tahu lagi.
“Saya hanya mampu merancang dah cuba jadi yang terbaik. Namun, kita tak mampu nak kawal semua. Ada perkara kalau kita kawal sekalipun, kalau nak jadi, ia akan jadi juga.
Ads
“Jadi, saya mengharapkan agar semua pihak mendoakan yang baik-baik sahaja buat saya dan suami. Semoga perkahwinan kami berkekalan hingga ke syurga,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Nabila akui kehidupannya kini makin ceria selepas berumah tangga.
“Yang pastinya kami dah halal. Sekarang saya punyai teman dan tempat mengadu. Bila penat balik kerja, adalah orang kita nak bercerita.
Ads
“Balik buat persembahan, kadang kala kena kecam pula. Dulu tiada tempat nak meluah. Sekarang boleh nak mengada sikit.
“Dia sangat menyokong kerjaya saya. Selalu ingatkan saya untuk bekerja keras. Dia tidak terlalu memanjakan saya.
“Saya bersyukur dikurniakan pasangan yang mempunya pemikiran yang sama bila melibatkan kerja,” kongsinya lagi.
Terdahulu, Nabila Razali sah bergelar isteri kepada usahawan Nik Iruwan Nik Izani, dengan sekali lafaz pada tanggal 18 November lalu.
Majlis pernikahan pasangan ini diadakan secara tertutup dan dihadiri hanya ahli keluarga serta teman rapat.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Nabila Razali
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Betty Banafee tidak menafikan di dalam menjalinkan sesebuah persahabatan, kita akan dapat belajar sesuatu mengenainya.
Malah menurut Betty, teman yang ada di sekeliling pasti ada yang tidak sempurna.
“Bila berkawan dengan ramai kawan ini… Baru kita sedar. Bukan semua kawan kita hidup sempurna. Mungkin dia banyak duit, tapi ada broken famili.
“Ada yang tak berduit, tapi ada keluarga yang bahagia.Dari kawan itulah kita belajar sesuatu.
“Nak cakap tentang kecewa dan terasa hati dengan kawan-kawan. Sampai bila-bila tak kan habis. Namun disebabkan nak hubungan itu kekal panjang, kena ‘fake’kan semuanya.
“Fake smile… Fake feelings… dan fake emotions. Kerana sayangkan kawan-kawan. Jangan kerana kita lihat kawan kita sering ketawa, tidak bererti dia tidak boleh terluka.
“Kita sama-sama manusia. Ada hati dan perasaan. Jadi, jangan kita perlakukan kawan kita itu sesuka hati,” tulisnya lagi dalam satu hantaran di Instagram.
Selain itu, pelakon berusia 42 tahun ini menasihati semua untuk menghargai sahabat yang saat susah dan senang.
“Kawan ketawa memang ramai. Kawan menangis sukar dicari. Tapi mereka mungkin tiada dengan kita di saat susah. Namun siapa tahu, dalam diam mereka tetap mendoakan kita.
“Jadi jangan kita berburuk sangka pada kawan-kawan. Suatu masa nanti… Satu demi satu kawan akan meninggalkan kita. Masing-masing dengan tujuan yang berbeza.
“Mungkin antara kita juga ada yang telah terpisah buat selama-lamanya. Yang tinggal cuma kenangan dan nama,” tulisnya lagi menerusi entri berkenaan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Foto: Instagram Betty Banafee
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelajaran merupakan salah satu perkara penting yang perlu ada pada setiap individu bagi menjamin masa depan.
Demi menyambung pelajaran, seorang pelajar lelaki, Ben Coway telah menyahut cabaran untuk mendaki gunung tertinggi di United Kingdom hanya untuk mendapatkan biasiswa.
Apa yang menariknya, Ben telah mendaki gunung tersebut dengan memakai kasut tumit tinggi setinggi 5 inci. Sesungguhnya bukan mudah untuk mendaki di permukaan yang tidak rata dan licin dengan menggunakan kasut tersebut.
Untuk pegetahuan semua, apa yang dilakukan Ben ini adalah untuk menjadi pelajar yang paling menonjol untuk mendapatkan biasiswa yang diingininya.
Setiap pemohon diminta untuk melakukan benda yang mereka minati untuk mendapatkan biasiswa itu.
Ben berusaha melakukan cabaran ini untuk memohon biasiswa di Sekolah Seni Komunikasi di Brixton.
“Saya perlu berfikir sesuatu yang susah untuk dilakukan dan saya juga suka akan budaya ‘drag’, selain itu saya juga sudah 13 tahun dalam pasukan pengakap jadi saya gabungkan kedua-duanya untuk menghasilkan idea yang lebih menarik,” ujarnya.
Dalam semangatnya yang membara untuk mendaki gunung itu, ada yang memberikan dorongan yang positif namun ada juga yang berkata dia sepatutnya mengambil kira tentang keselamatan dirinya.
Apapun kami memang respect dengan Ben, demi biasiswa untuk menyambung pelajarannya dia sanggup untuk melakukan perkara yang tidak mungkin dapat kita lakukan dengan memanjat gunung selama 5 jam untuk sampai ke puncak dengan memakai kasut tinggi.
Semoga dia terpilih untuk menerima biasiswa yang diinginanya itu dan terus sukses dalam pelajarannya.
Sumber: The Scotsman
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bagi memastikan kelancaran Konsert Triad, lagenda rock Datuk Awie mendedahkan dirinya memperuntukkan sembilan jam sehari untuk menjalani sesi latihan bersama Wings, Search Kid Din, dan Dragon Malaya.