Ads

Ajai Ulas ‘Cinta Di Akhir Garisan 2.0’, Pembahagian Nyanyian Dibuat ‘Sesedap Rasa’ – “Janganlah Samakan Dengan Cara Ziana, Nora, Dessy Dan Ning”.

Komposer dan penulis lagu prolifik, Ajai berharap pendengar dapat menikmati Cinta Di Akhir Garisan 2.0 dengan perspektif baharu tanpa membandingkannya dengan versi asal yang pernah dipopularkan sebelum ini.

Menurut Ajai, pemilihan empat penyanyi iaitu Aisha Retno, Adira Suhaimi, Marsha Milan dan Nadeera Zaini dibuat berdasarkan kekuatan vokal masing-masing, selain memberi nafas serta interpretasi berbeza terhadap karya tersebut.

“Dahulu kita tiada kumpulan orkestra. Susunan muziknya juga lebih ringkas kerana kita ikutkan sahaja lagu asal. Bila buat versi baharu, saya nak nampak impak muzik itu berbeza.

“Perincian dan cara nyanyian juga berbeza. Apabila generasi baharu pula yang menyanyi, janganlah kita samakan dengan cara Ziana Zain, Nora Ariffin, Dessy Fitri dan Ning Baizura.

“Ketika itu, kita masih di zaman ‘ranking’. Bila ada legasi baharu, kita pilih yang terbaik untuk disatukan,” katanya kepada MH.

Anggota kumpulan Exists itu berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media dan sesi penggambaran klip video Cinta Di Akhir Garisan 2.0, baru-baru ini.

Pembahagian Nyanyian Ikut Kekuatan Vokal

Mengulas mengenai pembahagian bahagian nyanyian, Ajai menjelaskan ia ditentukan berdasarkan keserasian dan kekuatan setiap penyanyi, bukannya mengikut susunan versi asal.

Ads

“Untuk pembahagian nyanyian pula, ia ‘sesedap rasa’. Kita mencari kepuasan. Setiap artis ini ada pengikut yang tersendiri. Bila saya terbitkan versi baharu ini, saya tak pernah terfikir mereka ini perlu ikut susunan versi asal.

“Saya puji keserasian mereka. Suara keempat-empat penyanyi ini memang serasi bersama. Saya akui agak mencabar untuk menyususan posisi nyanyian yang baharu ini.

“Saya kena tahu siapa yang sesuai untuk mulakan dahulu, siapa pula yang klimaks dan siapa pula yang akan ambil bahagian runs. Saya lihat kepada kekuatan masing-masing.

“Paling mencabar untuk pasti semua penyanyi tidak over shadow sesama sendiri. Semua kena sederhana dan tak menunjukkan ‘akulah juara’,” ujarnya lagi.

Ads

 

Ajai Ulas ‘Cinta Di Akhir Garisan 2.0’, Pembahagian Nyanyian Dibuat ‘Sesedap Rasa’ - “Janganlah Samakan Dengan Cara Ziana, Nora, Dessy Dan Ning”. Ajai Ulas ‘Cinta Di Akhir Garisan 2.0’, Pembahagian Nyanyian Dibuat ‘Sesedap Rasa’ - “Janganlah Samakan Dengan Cara Ziana, Nora, Dessy Dan Ning”. Ajai Ulas ‘Cinta Di Akhir Garisan 2.0’, Pembahagian Nyanyian Dibuat ‘Sesedap Rasa’ - “Janganlah Samakan Dengan Cara Ziana, Nora, Dessy Dan Ning”.

Baca Artikel Lain;

https://www.mediahiburan.my/ajai-umum-lagu-duet-dengan-nadeera-awak-mempunyai-kawalan-sangat-baik-pada-nota-tinggi/

Ads

Rancang Lagu Baharu & Konsert Istimewa

Dalam perkembangan sama, Ajai turut mendedahkan perancangan untuk menghasilkan lagu baharu membabitkan gabungan empat penyanyi tersebut, selain menganjurkan konsert khas Cinta Di Akhir Garisan yang bakal menghimpunkan penyanyi versi asal dan versi baharu di satu pentas.

Anda mungkin berminat dengan

“Kita memang ada perancangan untuk mengadakan sebuah lagu baharu dan juga konsert khas Cinta Di Akhir Garisan. Seperti kita tahu, keempat-empat penyanyi ini mereka punyai lagu hits sendiri.

“Mungkin kita akan gabungnya juga dengan penyanyi-penyanyi asal. Kita sedang merancang dan memilih tarikh yang sesuai,” akhirinya.

Sekadar informasi, Cinta Di Akhir Garisan merupakan lagu yang dirakam pada tahun 1997 dan merupakan lagu saduran daripada End of the Line ciptaan Paul Begaud.

Cinta Di Akhir Garisan 2.0 pula merupakan projek kolaborasi antara Ajai dan Usanita Entertainment (UE).

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Mohon Maaf Jika Ada Sebarang Kekurangan…,” – Hussain Buat ‘Catwalk’ Di...

Peserta program realiti Big Stage Rocketfuel, Hussain menzahirkan penghargaan kepada pereka fesyen, Emran Rijal selepas diberi peluang untuk menjadi antara model yang memperagakan koleksi Emri Vision pada acara Kuala Lumpur Fashion Week 2026 (KLFW 2026).