Pelakon versatil, Rita Rudaini Mokhtar, diraikan dalam satu majlis penuh istiadat apabila dianugerahkan Pingat Jasa Baik (PJB) sempena ulang tahun keputeraan ke-82 Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.

Majlis berprestij yang berlangsung di Istana Arau pada Isnin itu menyaksikan Rita diiktiraf atas sumbangannya dalam bidang lakonan serta usaha murni terhadap kerja kebajikan dan kemasyarakatan.

Sudah lebih dua dekad bergiat dalam seni, Rita kekal menjadi antara pelakon wanita yang disegani kerana konsisten dan berprinsip dalam memperjuangkan kualiti lakonan serta imej seni yang bersih.

Mengulas tentang pengiktirafan itu, Rita melahirkan rasa syukur dan menghargainya sebagai satu penghormatan bukan sahaja kepada dirinya, tetapi buat mereka yang setia menyokong sejak awal perjalanan seninya.

“Saya amat bersyukur kepada Allah SWT dan berterima kasih kepada Raja Perlis atas penganugerahan ini.

“Ia adalah satu penghormatan besar dan saya anggap sebagai rezeki bukan hanya untuk diri saya, tetapi juga buat anak-anak serta semua yang sentiasa menyokong perjalanan seni saya,” katanya, lapor mStar.

Ads

 

Pendorong Semangat & Tanggungjawab Baharu

Menganggap anugerah ini sebagai pemangkin semangat, Rita berkata ia menjadi bukti bahawa keikhlasan dalam berkarya tetap dihargai.

“Ini juga menjadi peringatan bahawa setiap usaha yang ikhlas dan jujur akan ada nilainya, lambat atau cepat.

Ads

“Saya berharap agar pengiktirafan ini turut menjadi inspirasi kepada anak seni lain agar terus berkarya dengan penuh dedikasi dan menjaga maruah profesion sebagai insan seni,” katanya lagi.

Pada masa sama, Rita turut merakamkan penghargaan kepada kerajaan negeri Perlis serta semua pihak yang selama ini menyokong dan menghargai bakat serta disiplin seninya.

“Terima kasih kepada Exco kerajaan negeri yang terbabit atas pengiktirafan ini. Insya-Allah, akan ada banyak aktiviti bersama mereka nanti.

Ads

“Tidak terkecuali kepada semua pihak seperti penerbit, pengarah dan penggiat seni yang sentiasa menghargai bakat saya.


“Tidak dilupakan kepada semua rakan media dan peminat yang tanpa henti memberi sokongan daripada dulu sampai sekarang,” katanya.

Selain Rita, beberapa individu lain turut menerima darjah kebesaran dalam majlis penganugerahan yang sama sebagai menghargai sumbangan mereka kepada negeri dan masyarakat.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI