Penyanyi Zynakal menyeru kepada barisan artis muda yang pernah terpalit dengan kontroversi agar bangkit dan berubah ke arah yang lebih baik.

Menurutnya, insiden lama yang melibatkan dirinya ketika mencederakan seorang pekerja stesen minyak sebelum ini menjadi pengajaran paling besar dalam hidup.

Kontroversi Jadi Pengajaran, Zynakal Kini Lebih Berhati-hati – “Bukanlah Nak Kata Sudah Matang, Tapi Lebih Dewasa.”

“Pada akhirnya, kita hanyalah manusia biasa yang tidak terlepas daripada melakukan kesilapan.

“Namun, kita kena tahu bagaimana untuk bangkit semula,” katanya.

Zynakal atau nama sebenarnya Muhammad Raziq Rosli juga mengakui, dia kini lebih berhati-hati dalam kehidupan harian dan hanya memilih untuk bergaul dengan orang-orang positif.

Kontroversi Jadi Pengajaran, Zynakal Kini Lebih Berhati-hati – “Bukanlah Nak Kata Sudah Matang, Tapi Lebih Dewasa.”

“Ketika ini, saya banyak bual hal sendiri sahaja. Bukanlah nak kata diri ini sudah matang tapi lebih dewasa.

Ads

“Kini circle saya semakin kecil dan saya sangat memilih orang-orang di sekeliling saya.

“Berkawan dengan orang-orang baik,” katanya ketika ditemui pada majlis sidang media Konsert Hype Republic di St. Giles Boulevard, Kuala Lumpur.

Menurut penyanyi lagu Sakit itu, pengalaman lalu menjadikannya lebih peka terhadap tingkah laku sendiri.

Malah dia mengakui jatuh dari tempat tinggi membuka ruang untuk lebih beringat.

Kontroversi Jadi Pengajaran, Zynakal Kini Lebih Berhati-hati – “Bukanlah Nak Kata Sudah Matang, Tapi Lebih Dewasa.”

Ads

“Kalau kita tak merasa berada di tempat paling bawah dan sentiasa meninggi diri, kita tidak akan beringat.

“Kalau kita pernah rasa berada di bawah, kita akan lebih berhati-hati. Saya tak nak rasa sakit dan pengalaman itu lagi,” katanya lagi.

“Kalau Allah Nak Tunjuk Aib, Itu Waktu Kita Lupa Diri.”

Mengulas isu membabitkan seorang artis lelaki yang didakwa mencabul gadis bawah umur, Zynakal berpendapat, tiada siapa kebal daripada kesilapan, termasuk dirinya sendiri.

Kontroversi Jadi Pengajaran, Zynakal Kini Lebih Berhati-hati – “Bukanlah Nak Kata Sudah Matang, Tapi Lebih Dewasa.”

“Risau itu sudah tentu ada. Saya sedar yang saya juga bukan sempurna. Kita tak dapat lari daripada melakukan kesilapan. Ada kalanya kita tidak sedar atau berfikir panjang.

Ads

“Jika insiden seperti itu menimpa saya, itulah masanya Allah nak tunjukkan aib kita. Ada kalanya kita lupa diri. Saya juga ada pengalaman seperti itu,” katanya.

Zynakal turut mengakui pernah melalui fasa kealpaan ketika berada di puncak populariti.

“Ada satu ketika, kita rasa dunia kita punya. Kita ada segalanya. Tipulah kalau tak rasa lupa diri itu walaupun sekejap “ jelasnya lagi.

Dalam perkembangan lain, Zynakal diumumkan sebagai salah seorang artis yang akan membuat persembahan dalam konsert Hype Republic yang akan berlangsung pada 13 Disember ini di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil.

Antara nama-nama besar lain yang bakal menggegarkan pentas ialah Bunga Isme, Kmy Kmo, Luca Sickta, Luqman Podolski, K.O.I, Zubir Khan dan ramai lagi.

Bagi yang berminat, tiket konsert berkenaan akan mula dijual pada 14 Jun 2025.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI