Pelakon Nina Kho, meluahkan rasa teruja apabila berpeluang memegang watak utama dalam siri Astro Originals terbaharu, Honey Trap.

Lebih menaik, ia juga merupakan kali pertama Nina membawa watak utama dalam naskhah berbahasa Melayu, selepas bertahun-tahun bergiat dalam industri lakonan berbahasa Cina.

Nina Kho Cabar Diri Bawa Watak Utama Di Samping Ungku Ismail Di Dalam Astro Originals, Honey Trap

“Setiap naskhah mempunyai cabarannya yang tersendiri. Lagipun, ini kali pertama saya membawakan watak utama di dalam drama berbahasa Melayu.

“Sebelum ini, saya hanya aktif di dalam industri lakonan yang fokus kepada Bahasa Cina sahaja. Lalu kini mula giat memperkasakan Bahasa Melayu saya sejak dua tahun lalu.

“Apa pun, saya bersyukur rakan pelakon dan kru di set sangat membantu. Kami juga ada sesi latihan lakonan bersama Susan Lankester dan babak aksi bersama, Ayez Shaukat,” katanya kepada MH.

Nina berkata demikian ketika ditemui pada Malam Gala Tayangan Perdana Honey Trap di TGV KLCC pada Selasa.

Watak Perisik Skizofrenia Uji Emosi Nina, Engku Ismail Keluar Zon Selesa

Menurut Nina, cabaran utama dalam siri ini adalah membawakan watak seorang perisik yang menghidap skizofrenia, sesuatu yang sangat berat dan memberi kesan mendalam terhadap kesihatan mentalnya.

Nina Kho Cabar Diri Bawa Watak Utama Di Samping Ungku Ismail Di Dalam Astro Originals, Honey Trap

Ads

“Agak mencabar juga bawakan watak seseorang yang menghidap skizofrenia. Nak masuk ke dalam watak itu memang mudah tapi agak susah untuk dikeluarkan.

“Watak ini agak berat untuk dibawa. Mungkin juga kerana saya gunakan ‘method acting’. Ada kalanya saya rasa nak muntah dan perlu berehat seketika.

“Ketika set, adik saya yang juga pembantu agak terkejut melihat apa yang berlaku di lokasi penggambaran. Katanya, dia tidak pernah nampak saya seperti ini.

“Syarul Ezani juga banyak bantu saya. Dia tolong saya untuk bertenang dan betulkan cara pernafasan,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, aktor Engku Ismail, yang sebelum ini sinonim menerusi drama cinta romantik, turut berkongsi cabarannya membawakan watak antagonis buat pertama kali.

Nina Kho Cabar Diri Bawa Watak Utama Di Samping Ungku Ismail Di Dalam Astro Originals, Honey Trap

Ads

“Saya membawakan watak antagonis. Motifnya adalah dendam tetapi bersangkut paut dengan politik, kuasa dan hipokritikal.

“Naskhah ini agak kompleks dan memeningkan bila baca skrip. Saya pula selalu berlakon drama cinta sahaja.

“Bila dapat watak jahat, saya tak nak bawa watak itu secara ‘straight forward’. Saya mahu watak ini dilihat dari perspektif yang berbeza.

“Jadi watak ‘Aziz’ ini dibawa dengan penuh rasa cinta dan kasih sayang. Selain antagonis, watak saya boleh dilihat dari pelbagai sisi,” jelasnya lagi.

Nina Kho Cabar Diri Bawa Watak Utama Di Samping Ungku Ismail Di Dalam Astro Originals, Honey Trap

Ads

Spin-off Dari Kudeta & Fokus Kesihatan Mental

Menurut salah seorang penulis Honey Trap, Syakir ‘Mo’ Zakii, siri ini sebagai spin-off kepada drama Kudeta yang pernah ditayangkan pada tahun 2022.

Nina Kho Cabar Diri Bawa Watak Utama Di Samping Ungku Ismail Di Dalam Astro Originals, Honey Trap

“Kudeta ialah siri thriller politik, manakala Honey Trap pula tentang perisikan. Ini merupakan kali pertama Astro Original bawakan naskhah seperti ini.

“Honey Trap banyak memberikan fokus kepada isu kesihatan mental di tempat kerja yang punyai persekitaran yang berisiko tinggi.

“Bila kita terpaksa seimbangkan emosi dan kerja yang berisiko, ia bukan mudah. Pada mada sama, siri ini turut berkisarkan tentang konflik kuasa daripada institusi berwajib yang sedikit sebanyak memberi kesan kepada kehidupan seharian,” jelasnya.

Honey Trap boleh ditonton di platform On Demand dan sooka bermula jam 12 tengah malam setiap Jumaat, serta di Astro CITRA (saluran 108) setiap Jumaat jam 9.00 malam, dan Astro RIA (saluran 104) setiap Isnin jam 9.00 malam.

Nina Kho Cabar Diri Bawa Watak Utama Di Samping Ungku Ismail Di Dalam Astro Originals, Honey Trap Nina Kho Cabar Diri Bawa Watak Utama Di Samping Ungku Ismail Di Dalam Astro Originals, Honey Trap

Selain Nina dan Ungku Aziz, ia turut menampilkan nama-nama hebat seperti Syarul Ezani, Irfan Zaini, Ayez Shaukat Fonseka, Michael Chen, Chazzy Nash, Amyza Aznan dan ramai lagi.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI