Personaliti televisyen, Hawa Rizwana Redzuan akui teruja apabila bakal melakukan debut menerusi drama pertamanya, Raya Sebagai Isteri pada hari raya nanti.

Pertama kali membawakan watak sebagai heroin, Hawa mendedahkan dirinya menerima banyak ilmu baharu berkaitan lakonan.

“Zizan Banyak Bantu Aspek Teori & Praktikal,” – Watak Heroin Sulung, Hawa Rizwana Okay Terima Teguran Pengarah

“Saya bersyukur kerana diberi peluang berlakon di dalam drama Raya Sebagai Isteri arahan Michael Ang. Walaupun ini pengalaman pertama, tapi saya bertuah kerana dapat bergandingan dengan pelakon-pelakon berpengalaman.

“Pelbagai perkara saya pelajari bukan sahaja daripada aspek lakonan tetapi juga teknikal.

“Ketika jadi pengacara, kita kena berinteraksi dengan kamera tapi ketika berlakon, tak boleh. Itu antara perkara yang saya kena biasakan,” katanya kepada MH.

IKLAN

Pengacara program Meletop itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis agihan bubur lambuk Astro Kasih yang berlangsung baru-baru ini.

“Zizan Banyak Bantu Aspek Teori & Praktikal,” – Watak Heroin Sulung, Hawa Rizwana Okay Terima Teguran Pengarah

Dalam pada itu, Hawa sangat senang dengan kerjasama yang diberikan oleh rakan-rakan pelakon dan pengarah.

“Saya tiada masalah untuk mencari keserasian sesama pelakon. Saya sudah mengenali Zizan untuk beberapa tahun kebelakangan ini. Nina Jurin pula memang ada sifat keibuan. Jadi, saya rasa dekat.

IKLAN

“Dari segi pengarahan pula, baru sekarang saya faham mengapa berlakon ini bukan sesatu kerja yang mudah. Nak faham sesuatu watak pun bukan senang. Ia perkara asas.

“Awalnya memang sangat mencabar dan gementar. Namun, mereka buat saya selesa ketika di set penggambaran,” ulasnya lagi.

Pada masa sama, Hawa memaklumkan dirinya tiada masalah untuk menerima segala teguran pengarah ketika penggambaran sedang berlangsung.

“Zizan Banyak Bantu Aspek Teori & Praktikal,” – Watak Heroin Sulung, Hawa Rizwana Okay Terima Teguran Pengarah

IKLAN

“Sudah tentu. Saya memang banyak kena tegur tapi ia teguran yang sangat membina. Sebagai orang baru sangat berlakon, saya kena terima dan belajar baik serta buruknya,” kongsinya lagi.

Ketika ditanya mengenai gandingannya bersama Zizan Razak, Hawa menyifatkan ia sebagai peluang untuk berkongsi ilmu.

“Zizan ini seperi abang-abang yang nakal dan kuat mengusik tapi perkara tersebutlah yang menceriakan suasana.

“Dia pun dah berlakon banyak filem-filem hebat. Jadi, ilmu yang dia berikan itu sangat bagus bukan sahaja dari segi teori tapi juga praktikal,” akhirinya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI