Kemeriahan Syawal semakin dirasai apabila kini tinggal dua minggu sebelum hari lebaran itu diraikan selepas sebulan genap berpuasa di bulan Ramadan.

Pastinya, pelbagai persiapan yang sudah dilakukan termasuk membeli baju raya untuk digayakan di pagi 1 Syawal nanti untuk kenangan bergambar bersama keluarga dan sanak-saudara.

Jika kaum wanita sibuk mencari baju kurung atau kebaya untuk digayakan, kaum lelaki juga tidak menang tangan memilih busana baju melayu yang menarik perhatian mereka.

Walau bagaimanapun, pelakon Azhan Rani sudah awal-awal memberikan ‘amaran’ bahawa dia tidak akan membenarkan lelaki yang memakai baju melayu ketat daripada menjejakkan kaki beraya di kediamannya.

“Semoga spesis baju melayu ketat-ketat ni jangan singgah rumah aku raya ni atau pastikan berada sekurang-kurangnya dalam radius 10 kilometer dari rumah aku,” tulisnya di ruangan kapsyen menerusi satu hantaran di laman Instagram miliknya.

IKLAN

Dalam entri tersebut, Azhan turut memuat naik gambar seorang lelaki yang memakai baju ketat serba hitam.

Menjenguk di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan perkongsian Azhan dan menyifatkan baju melayu ketat adalah sesuatu yang tidak boleh diterima akal.

“Hambatkan kalau datang dekat abang.

IKLAN

“Nak pergi snorkeling ke pergi beraya?

“Manusia semakin pelik.

“Fesyen gila.

IKLAN

“Nak panggil ni panggil baju melayu pun rasa malu,” komen netizen.

Terdahulu, muzik video lagu raya baharu nyanyian seorang usahawan popular dikritik ramai gara-gara pemilihan baju melayu yang terlalu ketat sehingga dikatakan sudah menghilangkan identiti baju melayu klasik yang diwarisi dari zaman ke zaman.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI