Selepas dikritik hebat oleh stokis sendiri gara-gara menurunkan harga produk tanpa notis, usahawan, Anas Zahrin tampil permohonan maaf dan mengakui kesilapannya itu.
Menurut Anas, sebagai langkah penyelesaian, dia mengambil keputusan membeli semula kesemua produk milik stokis yang difahamkan bernilai lebih RM800,000.
“Saya mengaku saya silap bagi diskaun untuk ANAS Velvet Liptint tanpa berbincang dengan team. Jadi, saya minta semua team seluruh Malaysia pulangkan stok yang mereka ada dan saya akan beli semua sekali stock mereka
“Alhamdulillah, kes dengan team pun dah selesai dengan aman. Inai pun saya dah minta mereka tukarkan, happy sangat mereka.
“Permohonan maaf juga telah dibuat,” tulisnya.
Permohonan maaf itu dikongsikan sendiri oleh Anas menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Jelasnya lagi, setiap kejadian yang berlaku ini mempunyai hikmahnya yang tersendiri.
“Saya berdiam diri selama beberapa jam selepas viral bukan sebab apa, untuk cari solusi yang wajar dan rasional. Mereka pun tak sangka yang saya sanggup beli kesemua stok liptint mereka
“Saya tau tak semua founder akan buat macam saya, tapi tanggungjawab adalah tanggungjawab walaupun saya perlu keluarkan sejumlah lebih 800k ringgit untuk beli semula stok. Saya yakin mesti ada hikmah disebalik semua ni
“Semoga menjadi pelajaran terbaik buat saya. Terima kasih atas dukungan kalian,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Anas turut menyifatkan kejadian ini tidak akan mematahkan semangatnya untuk meneruskan perjalanan bisnesnya.
“Untuk founders dan sesiapa yang tepuk tangan semasa kes viral berlangsung dengan harapan business saya akan terkubur, saya ingat setiap dari wajah kalian.
“Saya maafkan kalian, jangan risau. Saya takkan putus asa malah akan bangkit lagi mega,” akhirinya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa kagum melihat cara Anas menyelesaikan permasalahan tersebut.
“Respek. InsyaAllah! Moga urusan selepas ini dipermudahkan. Sentiasa dalam reda-Nya. Manusia tiada yang sempurna.
“Alhamdulillah, Abang hebat. Team Abang pun hebat. Semua yang terjadi ada hikmah untuk lebih sukses lagi.
“Aturan Tuhan tak tercapai dek akal. Pasti ada hikmah disebalik kejadian.
“Alhamdulilah, ini yang kita mahu. Berani mengaku silap. Awak founder bertanggungjawab.
“Semoga tetap kuat, tabah dan terus mengorak langkah,” antara komen-komen netizen.
Baru-baru ini, tular sebuah video di aplikasi Tik Tok yang memaparkan keluhan seorang stokis yang kecewa dengan pihak ‘head quaters’ kerana menjual dan menurunkan harga produk tanpa berbincang.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Anas Zahrin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Penyanyi senior, Ramlah Ram berkongsi detik hatinya istiqamah seterusnya terbuka hati untuk mengenakan hijab lebih 10 tahun lalu.
Jelasnya Ramlah, sebagai selebriti yang telah lama terlibat dalam seni, dia lebih terdedah kepada pandangan orang ramai.
Malah, bintang yang sinonim menerusi lagu Selamat Jalan Romeo ini juga menambah, pada fikirannya mungkin amalan yang dicatatkan di bahu kirinya itu lebih hebat berbanding individu lain.
“Sewaktu pasang niat mahu berhijab, saya fikirkan sebagai selebriti berapa ramai manusia yang telah melihat aurat saya jika dibandingkan dengan orang lain.
“Saya tahu, ramai juga artis yang risau, bila berhijab tawaran mungkin kian berkurang, namun saya berpegang pada satu, rezeki itu hanya Allah yang pegang.
“Jadi, kenapa saya perlu takut bila membuat perkara baik. Ketika itu saya tekad dan alhamdulillah semuanya dipermudahkan,” jelas Ramlah yang turut mengakui, perkara ini juga terletak kepada pandangan masing-masing.
Pada masa sama, pemergian bapa tercinta turut menyebabkan dia nekad untuk terus berhijrah menutup aurat.
“Apabila arwah bapa meninggal, terus saya nekad untuk terus berhijab. Saya buat keputusan secara spontan dan tidak pernah buat pengumuman rasmi.
“Biarlah apa yang saya usahakan ini, diberkati dan biarlah Dia yang menghakimi. Kita manusia yang tidak sempurna.
“Doakan yang baik-baik buat semua, insyaAllah,” kata Ramlah.
Dalam perkembangan lain, penyanyi asal Johor ini telah melancarkan single berjudul Masar Cinta.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Penyanyi dan pelakon senior, Datuk Awie meluahkan rasa kecewa terhadap beberapa penganjur program yang dilihat mengambil kesempatan terhadap penjualan tiket melibatkan kumpulan rock, Wings sebelum ini.
Katanya kepada MH, kumpulan tersebut telah ditipu dua kali sebelum ini dan telah menyebabkan mereka tidak percaya lagi dengan pihak agensi penjual tiket.
“Pertama kali terjadi saya dah naik hantu dah. Kita nak buat duit alih-alih mereka yang terlebih buat duit.
“Keduanya ketika di istana budaya, saya ingatkan perkara ini tidak akan terjadi sebaliknya mereka rolling semula duit dan hanya memberikan amaun tertentu serta bukan berdasarkan jumlah kutipan tiket.
“Tak payah ajar saya jadi budak nakal. Saya ambil gambar dia dan berikannya tempoh selama tujuh hari untuk membuat pembayaran. Alhamdulillah selesai,” katanya kepada MH.
Datuk Awie berkata demikian ketika ditemui di majlis sidang media Konsert Laksmana Metal 2019 Dua Generasi yang berlansung di Bilik Tanjung, Putra World Trade Center (PWTC) pada Rabu.
Konsert yang bakal berlansung pada 4 Mei 2019 di PWTC itu akan menggabungkan dua generasi rock iaitu Wings dan Bunkface.
Difahamkan, tiket akan mula dijual dengan harga RM150 (Free Standing) dan RM 450 (VIP)
Tiket dikhabarkan hanya akan dijual secara manual melalui wakil kelab peminat mereka sendiri iaitu (Sayap-Sayap Wings) dan (Bunkers)
Oleh sebab demikian, tiket hanya boleh ditebus empat hari sebelum konsert berlansung bagi mengelak kes penipuan berlaku.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bagi setiap insan yang bergelar seorang ibu pasti akan merasai gembira jika anak membesar dengan baik dan sihat.
Terkini, pelakon Izreen Azminda telah berkongsi perkembangan terkini buat anak keduanya, Aaron Ibrahim.
Izreen atau nama sebenarnya Izreen Azminda Aznam memaklumkan bahawa berat badan Aaron kini sudah mencecah 5 kilogram meski belum berusia 2 bulan.
“Cikcikeboom kena injection hari ni. Tak masok dua bulan lagi awak dah hampir 5kg adik.
“Patut mama kurus dekat tangan jer #aaronibrahim,” tulis Izreen ringkas.
https://www.instagram.com/p/B1IuFFinTgSaLB2rCEmG3YFM525pTFldka7S0E0/
Buat kali kedua, pelakon berusia 33 tahun itu sekali lagi mendedahkan wajah penuh anak lelakinya itu bersama peminat menerusi media sosial.
https://www.instagram.com/p/B0-cR0QHjVIM7_-pLZgVlYhKuda-aLIisQiQsM0/
https://www.instagram.com/p/B1BeuNOHYNogIWZpRf-ymvPaWgD6hc3dF1QC6Q0/
Terdahulu, Izreen sebelum ini pernah berkahwin dengan seorang jurukamera, Muhammad Riza pada 2012 namun berpisah pada 2014 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Adrian Umar.
Manakala suaminya kini, Ude juga pernah mendirikan rumah tangga bersama Intan Liana Saleh pada Mac 2013 namun bercerai pada Mac 2018. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki.
Pasangan tersebut mendirikan rumah tangga bersama Ude atau nama sebenarnya Muhammad Radzi Abdul Wahid pada 8 Ogos 2018 di Damansara, Petaling Jaya.
Izreen selamat melahirkan anak keduanya bernama Aaron Ibrahim pada 29 Jun yang lalu.
Foto : Instagram Izreen Azminda
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI