Usahawan dan personaliti TikTok, View Chin mengakui dia dalam perancangan untuk menikahi pekerjanya, Mira selain sedang mendalami ajaran agama Islam.

Menerusi sidang media yang dilakukannya bersama akhbar China Press pada Rabu, View Chin berkata Mira bersedia untuk menerima ketiga-tiga anaknya hasil perkahwinan dengan isteri, Shermine Hau.

Malah menerusi sidang media itu juga, View Chin mendakwa Shermine terlebih dahulu berlaku curang terhadapnya sebelum ini.

Berkongsikan perkara itu, View Chin berkata ketika musim PKP, dia menjumpai satu mesej mencurigakan yang dihantar oleh seorang lelaki tidak dikenali kepada isterinya.

IKLAN

Enggan memanjangkan cerita, View Chin berkata dia memaafkan Shermine selepas isterinya itu enggan mengakui ‘kecurangan’ tersebut.

Namun, Shermine didakwa kembali kantoi berhubungan dengan lelaki itu yang mana akhirnya dia mengakui ada ‘kekasih gelap’ disebabkan suaminya terlalu sibuk dengan urusan perniagaan.

IKLAN

Nama View Chin hangat diperkata di media sosial selepas isterinya mendedahkan bukti kecurangannya sejak setahun lalu dengan pekerja mereka yang dikenali sebagai Mira.

IKLAN

Mira merupakan antara pekerja yang sering muncul dalam video ‘live’ yang sering dilakukan View Chin sebelum ini.

Antara bukti kecurangan yang dipaparkan Shermine ialah kedua-duanya sempat meluangkan masa bercuti ke Bali, Indonesia selain memuat naik gambar mesra View Chin dan Mira ketika berada di sana.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI