Pelakon, Ruhainies akui berang selepas menonton satu video tular memaparkan tindakan seorang lelaki yang menunggang motosikal dipercayai melakukan aksi berbahaya (wheelie) sambil membonceng seorang wanita.

Jelas Ruhainies atau nama sebenarnya, Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, tindakan dua individu berkenaan sememangnya berbahaya dan boleh meragut nyawa.

“Masa merempit otak tak bawak sekali. Yang belakang pun sama. Mungkin otak depa dah masak buat rendang.

“Itu kalau jatuh tu, perempuan yang belakang tu patah tulang belakang semua dah. Kalau masih hidup la,” tulisnya.

Rasa geram itu dikongsikan sendiri oleh pelakon drama Bintang itu menerusi beberapa ciapan di Twitter.

IKLAN

Katanya lagi, hal ini juga akan menyusahkan orang lain sekiranya ada perkara yang tidak diingini berlaku.

“Marah la. Kejap lagi mati macam mana?Lepas tu susahkan orang lain pulak tu. Kalau mati merangkak sendiri masuk kubur tak mengapa juga,” katanya lagi.

Terdahulu, memetik laporan Kosmo, pihak polis telah pun mengeluarkan kenyataan dan kini sedang mengesan dua individu berkenaan.

IKLAN

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mat Kasim Karim Berkata, aksi ‘wheelie’ itu dipercayai berlaku di Jalan Pasir Puteh, Kampung Peringat, Kota Bharu, Kelantan.

“Video itu jelas memaparkan penunggang terbabit lengkap berpakaian baju Melayu.

“JSPT Bukit Aman mengarahkan JSPT Kontinjen Kelantan untuk mengesan penunggang motosikal terbabit bagi siasatan lanjut.

“Aksi secara berbahaya ini adalah kesalahan mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya seperti yang dipetik.

IKLAN

Beliau berkata lagi, polis meminta penunggang motosikal itu untuk hadir ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Dalam pada itu, Mat Kasim meminta orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut boleh menyalurkan kepada JSPT Kontinjen Kelantan atau mana-mana balai polis yang berdekatan.

Terdahulu video berdurasi 29 saat yang dikenalpasti berlaku di Kota Bharu itu tular di media sosial sejak 25 April lalu dan mendapat kecaman pelbagai pihak.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Twitter Ruhainies & Kosmo

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI