“Doakan yang baik-baik sahaja dan diam. Terima Kasih.” Demikian kata penyanyi, Haqiem Rusli menerusi satu ciapan di laman Twitter pada petang Isnin.

Meskipun tidak menyatakan secara jelas mengenai maksud sebenar ciapannya itu, namun, ramai yang beranggapan kenyataan tersebut berkait rapat dengan khabar angin yang mengatakan rumah tangganya bersama isteri, Anis Sofea kini dikatakan sedang bermasalah.

Kenyataan tersebut seakan memberi gambaran bahawa hubungannya bersama isteri berada dalam keadaan yang baik dan khabar angin tersebar itu pula sememangnya tidak berasas.

Malah menerusi entri terkini di laman Instagram, Anis turut memuat naik foto bersama Haqiem beserta kapsyen emoji hati.

IKLAN

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat buat Haqiem selain turut mendoakan semoga rumah tangganya bersama isteri kekal bahagia hingga ke jannah.

“Personal matter is your privacy, whatever happens we always support your career and always pray the best for both, amiin.

“You’re strong haqiem, pedulikan apa yang haters cakap. Aku sentiasa doakan kau Haqiem. Stay strong okay Haqiem and Anis. Semoga dipermudahkan semua urusan ye.

IKLAN

“Sabar Haqiem. Hadapi ujian kena terus kuat.

“Saya sentiasa support awak Haqiem,” antara komen-komen netizen di laman Twitter.

Terdahulu, tindakan Anis yang memadam hampir keseluruhan foto-foto lama di Instagram termasuk gambar bersama suami nyata mencetuskan tanda tanya dikalangan netizen.

IKLAN

Tambah mengejutkan apabila Anis turut berkongsi imej terkininya yang dilihat tidak lagi mengenakan hijab.

Sekadar informasi, Haqiem dan Anis telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 19 November 2021. Bagaimanapun, pasangan muda ini masih belum dikurniakan cahaya mata.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI