Pelakon Rita Rudaini meluahkan rasa syukur nikmatnya apabila anak sulung, Airit Rayyan Rizqin memperoleh Anugerah Pengetua dengan keputusan cemerlang di MRSM Ulul Albab, Gemencheh.

Dalam perkongsian video yang dimuat naik Rita di Instagram, ia memaparkan Airit yang diumum mana seterusnya naik ke pentas untuk mengambil sijil serta piala yang disampaikan oleh pengetua sekolah.

Lebih manis, ia antara momen bermakna Rita yang menyambut ulang tahun kelahirannya, pada Selasa.

“Tahun lepas birthday mommy Ryan bagi hadiah dapat tempatkan diri di MRSM. Tahun ni Ryan bagi hadiah lagi, dapat Anugerah Pengetua dengan pointer tinggi.

IKLAN

“Syukur alhamdulillah… mommy tak minta lebih cuma mommy nak anak-anak buktikan pada diri sendiri dan kepada orang luar sana yang kita mampu berjaya,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.

Rita pada masa sama menyifatkan anugerah yang diraih permata hatinya itu sebagai rezeki sempena Ramadan.

Anak Sulung Rita Rudaini Raih Anugerah Pengetua, Pointer Tinggi Di MRSM – “Terima Kasih Allah, Rezeki Ramadan.” Anak Sulung Rita Rudaini Raih Anugerah Pengetua, Pointer Tinggi Di MRSM – “Terima Kasih Allah, Rezeki Ramadan.”

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727)

“Pedulikan cemuhan dan kejian manusia kerana Allah sentiasa ada untuk kita. Jadi terbaik untuk diri sendiri bukan untuk puaskan hati org lain.

IKLAN

“Terima kasih Allah kerana hadiah rezeki anak-anak yang baik untukku, sudah memadai. Rezeki Ramadan,” tulisnya lagi.

Pada April tahun lalu, Rita Rudaini sebak apabila pertama kali terpaksa berpisah dengan anaknya itu selepas dia diterima masuk ke sekolah berasrama penuh Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Negeri Sembilan.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI