Pelakon, Zalif Sidek berkongsi cerita bagaimana dirinya boleh melibatkan diri dalam industri seni tanah air, sekitar tahun 2007.

Zalif atau nama lengkapnya, Md Zalif Naquiyudin Wan Abu Bakar Sidek mendedahkan dia memulakan karier seninya selepas terbabit dalam satu iklan daripada syarikat telekomunikasi, DiGi mengenakan maskot kuning, dikenali sebagai Yellow Man.

Malah dia turut mendedahkan bahagian maskot diisi dengan span bagi memberikan efek seperti yang diinginkan.

“Zip Kat Belakang Dik, Bila Time Nak Terkucil Kena…,” – Muka Cat Kuning & Sut Kena Isi Span, Zalif Sidek Buka Rahsia Pernah Jadi Yellow Man DiGi!

“Harap-harap lepas post ni line internet korang okay ye…td member VC dia kata “PKP PKP ni line D.G. asyik Problem.. Tak Pahammm AKU” Abg Standby jap pakai Sut YellowMan.

IKLAN

“Ye ini first job sy dlm Industri Seni Malaysia .. Kene Cat Kuning bertepek kat muka sampai kering peluh kering peluh sampai lah pakai Baju Maskot yg penuh sumbat dgn Sepan sampai ketat BUNCIT…,” tulisnya.

Pada masa sama, pelakon berusia 35 tahun ini turut menceritakan cabaran yang dialami sepanjang pengambaran iklan tersebut dijalankan.

“Zippp xde kan haaa KAT BELAKANG DIK, bila time shooting nak terkucil kene break half and hour tunggu & kene pasang balik.

IKLAN

“Fuhh… Banyak dugaan Job masa ni tp Memang Fun & Happy bila Director sentiasa bg Mood yg terbaik utk Kami.

“Dah kalau nk cerita semua sampai esok pun tak habis oo..SAYALAH ANTARA YELLOWMAN DIGI MALAYSIA #MaskotDigi #200720082009,” tulisnya mengimbau kenangan.

IKLAN


Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut terimbau sama mengenai iklan komersial yang pernah mencipta fenomena suatu ketika dahulu.

“Zip Kat Belakang Dik, Bila Time Nak Terkucil Kena…,” – Muka Cat Kuning & Sut Kena Isi Span, Zalif Sidek Buka Rahsia Pernah Jadi Yellow Man DiGi! “Zip Kat Belakang Dik, Bila Time Nak Terkucil Kena…,” – Muka Cat Kuning & Sut Kena Isi Span, Zalif Sidek Buka Rahsia Pernah Jadi Yellow Man DiGi!

Syarikat telekomunikasi DiGi semakin dikenali ramai selepas iklan yang mempamerkan maskot ‘Yellowman’ di samping slogan Bersamamu.

Foto: Instagram Zalif Sidek

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI