Bapa kepada penyanyi Ayu Damit iaitu Damit Osiri, 72, terpaksa dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu, Sabah, selepas tidak sedarkan diri, semalam.

Menurut Ayu atau nama sebenarnya, Norayu Damit,32, bapanya menghidap penyakit kanser otak tahap empat sejurus dikesan mempunyai ketumbuhan pada bahagian kepala sebelum ini.

“Semalam Ayah Dibawa Ke Unit Kecemasan Selepas Tak Sedarkan Diri,” – Bapa Ayu Damit Hidap Kanser Otak Tahap Empat

“Semalam ayah dibawa ke unit kecemasan selepas tidak sedarkan diri. Ketika itu doktor minta mak, adik beradik beradik saya dan keluarga lain bersedia bila masa-masa. Seolah-olah ayah sudah tidak ada harapan.

“Alhamdulillah, jam 3 pagi ayah sudah sedarkan diri selepas diberi rawatan di wad. Saya baharu saja dapat bercakap dengan dia. Difahamkan keadaannya stabil.

IKLAN

“Ayah disahkan menghidap kanser otak tahap empat selepas dikesan ada ketumbuhan dalam kepala.

“Sekarang ia sudah merebak ke bahagian lain pula. Insya-Allah semoga ayah terus kuat. Terima kasih atas doa semua,” katanya.

Ayu menambah, dia kini sedang berusaha mendapatkan kebenaran pulang ke Sabah selepas kali terakhir berjumpa bapanya itu, Mac lalu.

IKLAN

“Sebelum puasa saya ada pulang ke sana. Sempat juga buat kenduri doa selamat. Ketika itu nampak ayah sihat saja. Saya cakap, nak pulang sambut hari raya bersama mereka.

“Malangnya, kerajaan umumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0. Jadi, tak dapatlah nak balik.

IKLAN

“Sekarang pun saya masih menunggu keputusan samada permohonan saya diluluskan untuk pulang atau sebaliknya. Dalam masa sama, saya buat ujian saringan Covid-19 terlebih dulu.

Apa pun, saya berdoa semoga dipermudahkan,” katanya lagi.

Perkembangan mengenai status kesihatan bapanya turut dikongsikan Ayu menerusi media sosial miliknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ayu Damit (@ayudamit)

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI