Legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei berharap agar seluruh rakyat Malaysia dapat menghargai setiap jasa para petugas barisan hadapan, terutamanya buat mereka yang berkhidmat di sektor kesihatan.

Jelas Chong Wei, mereka sanggup bertungkus-lumus mempertaruhkan nyawa demi memastikan para pesakit Covid-19 menerima rawatan sebaiknya.

“Saya tahu semua orang penat, frus, takot, kecewa. Tapi cuba bayangkan perasaan frontliners yang tiap-tiap hari berpegang tangan, melekat pipi dengan virus Covid-19, dilindungi hanya sekeping plastic biru.

“Apakah perasaan anak-anak mereka, ibu-bapa merdeka? They are sons, daughters, fathers and mothers too,” tulisnya.

IKLAN

Kenyataan tersebut dikongsikan bekas pemain badminton nombor satu dunia itu menerusi entri terkini yang dimuat naik di laman Instagram.

Katanya lagi, selain berdepan dengan ancaman wabak Covid-19, ada juga diantara mereka ini turut mengalami masalah ‘burnout’ atau penat melampau.

“Saya Tahu Semua Penat, Frust, Takut, Kecewa,” – Datuk Lee Chong Wei Minta Bantuan Semua Untuk… “Saya Tahu Semua Penat, Frust, Takut, Kecewa,” – Datuk Lee Chong Wei Minta Bantuan Semua Untuk…

IKLAN

Dikesempatan itu juga, bapa kepada dua orang anak ini turut menyeru kepada semua pihak agar terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan agar beban yang dipikul oleh para frontliner ini sedikit sebanyak dapat dikurangkan.

“6,735 orang frontliners kita disah positive, 5 telah meninggal dunia akibat virus Covid-19, angka ini tidak termasok mereka yang terkorban disebabkan kepenatan badan dan minda yang teramat.

IKLAN

“Saya harap kawan-kawan semua boleh membantu kurangkan beban mereka, stay home! Asalkan semua duduk rumah, virus tidak dapat cari mangsa, virus akan mati! Menanglah kita!

“Marilah kita bersama-sama komen dan bagi kata-kata sokongan kepada frontliners kita,” ujarnya lagi.

“Saya Tahu Semua Penat, Frust, Takut, Kecewa,” – Datuk Lee Chong Wei Minta Bantuan Semua Untuk…

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen tersentuh melihat perkongsian tersebut selain turut memberikan kata-kata semangat buat seluruh petugas barisan hadapan di negara ini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI