Baru-baru ini, hangat diperkatakan di media sosial mengenai sebuah video melibatkan seorang wanita yang didakwa telah mempersendakan agama Islam.

Wanita berkenaan yang juga merupakan pengasas jenama kosmetik itu dikatakan telah mengeluarkan kenyataan berani memberitahu, tidak suka menunaikan solat dan pada tahun 2021, tiada lagi orang yang bersembahyang.

Kenyataan tersebut nyata mengundang reaksi ramai termasuklah penyanyi dan usahawan, Mila Jirin.

Jelas Mila, dia berasa amat sedih
sebaik sahaja melihat video tersebut lebih-lebih lagi apabila ia dilakukan secara terbuka tanpa memikirkan kesan yang akan dihadapinya dikemudian hari.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by B I Z M I L L A (@mila_jirin)

“Luluh hati dengar seorang saudara islam mengungkapkan kata kata secara lisan dan terang terangan “Jangan suruh aku sembahyang. Ambil air sembahyang (wuduk) pun tak reti’.

IKLAN

“Walaupun baru mengenali beliau atas isu diatas, hati terus berdetik laju mohon Allah hadirkan hidayah dan kembalikan beliau kejalan yang lurus,” tulisnya.

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh penyanyi lagu Persis Mutiara ini menerusi entri terkini yang dimuat naik di laman Instagram.

“Mohon Hidayah & Kembalikan Beliau Ke Jalan Lurus,” – Komen Video Wanita Didakwa Persenda Islam, Mila Jirin Doa Moga Allah Terus Jaga Hati “Mohon Hidayah & Kembalikan Beliau Ke Jalan Lurus,” – Komen Video Wanita Didakwa Persenda Islam, Mila Jirin Doa Moga Allah Terus Jaga Hati

IKLAN

Dikesempatan itu juga, Mila turut menitipkan doa semoga wanita tersebut diberikan hidayah untuk kembali semula ke jalan Allah SWT.

Katanya lagi, sebagai manusia, kita hendaklah sentiasa bersyukur dengan setiap rezeki dan nikmat yang telah Allah berikan meskipun tak terhitung dosa yang telah kita lakukan.

“Kita semua pendosa, Allah tutup aib kita, Allah tetap limpahkan kasih sayang dengan memberikan rezeki dan pelbagai nikmat, kenapa kita sendiri yang bangga menceritakan aib tanpa rasa bersalah…

IKLAN

“Moga Allah terus jaga hati kita agar tidak berbolak balik. Lindungi kami Allah,” ujarnya lagi.

“Mohon Hidayah & Kembalikan Beliau Ke Jalan Lurus,” – Komen Video Wanita Didakwa Persenda Islam, Mila Jirin Doa Moga Allah Terus Jaga Hati

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut senada dengan Mila selain turut menitipkan doakan semoga wanita berkenaan diberikan kesedaran dan ruang untuk bertaubat.

Sumber: Instagram Mila Jirin

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI