![A0660E4A-3D17-4926-B58F-A153974A207D](https://cdn.mediahiburan.my/2021/05/A0660E4A-3D17-4926-B58F-A153974A207D-696x433.jpeg)
Usahawan kosmetik, Nur Sajat hari ini ada menitipkan dedikasi bersempena dengan ulang tahun kelahiran dua anak angkatnya, Syahmi dan Syaza yang keenam.
Sambil mengenang memori indah bersama, penyanyi lagu Makhluk Penggoda itu bagaimanapun mengakui kali ini perkara itu tidak berlaku seperti mana sebelumnya.
“Hari ini,hari jadi anak anak ummi yang ke 6 tahun .. setiap kali hari jadi anak anak ummi.. ummi, mama, auntie @mokkay_ paling excited untuk buat persediaan hari jadi syaza dan syahmi.
“Macam-macam ummi plan.. nak bagi anak anak ummi bahagia, dari ummi tak pandai buat donut coklat, atas permintaan anak2, gigih ummi tengok youtube, belajar sendiri.. akhirnya menjadi jugak.
“Itu lah kenangan sambutan hari jadi tahun Lepas… tetapi kali ini, tahun ini… semuanya kita tak bersama sayang. Kenangan tahun Lepas, Kenangan kita berkumpul bersama. Tahun ini kita tak dapat bersama.
“Sedih ummi, ummi rindu anak anak ummi, nak peluk, nak cium..Kenapa semua ini terjadi,” tulis Sajat.
Perkongsian tersebut dibuat Sajat menerusi satu posting di Instagram, menerusi pautan beberapa foto kenangan mereka sekeluarga.
“Selamat hari jadi anak-anak ku, ummi harap kita dapat berjumpa kembali, bersatu kembali, maafkan ummi jika ummi tak sempurna, 14/05/2021,” tulisnya lagi.
Foto: Instagram Sajat
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Rasa Helpless, Respek Dekat Peniaga,”- Khemah Terbang & Kilat Sabung Menyabung, Alif Satar Dedah Cabaran Berniaga Di Bazar Ramadan
![“Rasa Helpless, Respek Dekat Peniaga,”- Khemah Terbang & Kilat Sabung Menyabung, Alif Satar Dedah Cabaran Berniaga Di Bazar Ramadan](https://cdn.mediahiburan.my/2022/04/F2D684E2-8C31-4B21-812F-696CB2F6A449.jpeg)
Baru-baru ini, pelakon, penyanyi dan pengacara popular, Alif Satar menceritakan mengenai momen-momen mencabar yang harus dilaluinya sepanjang berniaga di bazar Ramadan.
Menurut Alif yang kini rancak mengusahakan bisnes sate, ada kalanya mereka terpaksa berdepan dengan keadaan cuaca yang tidak menentu sehingga menyebab operasi mereka tergendala.
Katanya lagi, ada ketika dia berasa seperti tidak berdaya apabila diuji dengan cabaran sedemikian.
“Harini memang REAL. Khemah nak terbang, kilat sabung menyabung, arang kayu api pulak basah, memang nervous and rasa helpless la sebab order dah masuk,” tulisnya.
Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh penyanyi lagu Anugerah Terindah itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram.
Bagaimanapun, Alif mendedahkan momen-momen tersebut sebenarnya telah banyak mengajarnya untuk lebih memahami mengenai penat lelah dan kekuatan semangat para peniaga yang lebih berpengalaman daripadanya.
Tambahnya lagi, dia juga kagum dengan kecekalan para peniaga gerai yang tidak pernah mengalah meskipun sering ditimpa dengan pelbagai ujian.
“Masa ni la Alif betul-betul faham betapa mencabarnya orang yang mencari rezeki dengan cara berniaga begini. Panas, hujan, ribut, karenah pelanggan kena hadap hari-hari.
“Sebulan Alif dekat tepi jalan ni hampir setiap hari, apa yang saya boleh cakap, Alif betul-betul respect dekat peniaga-peniaga. Korang memang the ‘real hustlers’ of life,” ujarnya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen menyatakan pandangak yang sama selain turut memberikan kata-kata semangat buat Alif.
“Semoga semuanya dipermudahkan buat peniaga-peniaga yang sedang mencari rezeki.
“10 tahun dah berpengalaman begini. Memang lumrahnya peniaga sabar dan tabah je ubantnya.
“Semoga terus kuat para peniaga. Moga tabah dan ikhlas dalam dugaan berniaga. InsyaAllah murah rezeki.
“Sebab tu bila hujan lebat akan teringat dekat orang berniaga yang guna khemah macam ni.
“Lumrah berniaga macam ni. Demi sesuap nasi untuk keluarga,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Terdahulu, sepanjang bulan Ramadan ini, Alif telah memualakan bisnes sate yang bertempat di Bazar Ramadan Taman Tun Dr. Ismail (TTDI).
Dalam perkembangan lain, artis versatil ini juga telah melancarkan beberapa projek khas bersama kumpulan nasyid popular, Raihan menerusi lagu-lagu yang diberikan nafas baharu seperti Puji-Pujian x Syukur, 25 Rasul, Rayuan Rindu dan Assolatuwassalam.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Alif Satar
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nora Danish Tarik Diri Dari Bisnes OhMostWanted, Serta-Merta Sejak April
![Nora Danish Tarik Diri Dari Bisnes OhMostWanted, Serta-Merta Sejak April](https://cdn.mediahiburan.my/2019/05/b6365417-b0ce-4fa1-a2b9-7cfb81195970-18_06_429171.png)
Pelakon dan ahli perniagaan, Nora Danish, mengumumkan dirinya tidak lagi mempunyai kaitan dengan produk kosmetik jenama OhMostWanted.
Keputusan itu berkuat-kuasa serta merta sejak April lalu.
Selepas dua tahun menjalankan perniagaan berkenaan bersama tiga lagi rakan kongsi, isteri kepada Nedim Nazri ini percaya keputusan ini sudah difikir sebaik mungkin.
“Selepas memikirkan perkara ini semasak masaknya dan di atas sebab tertentu, saya percaya apa yang dilakukan ini untuk kebaikan bersama.
“Saya sendiri begitu mencintai perniagaan kosmetik dan mempunyai perancangan lain pada masa mendatang.
“Melihat perkembangan dan kejayaan jenama ini daripada hari pertama hingga sekarang. Saya juga percaya penarikan diri ini sudah tepat waktunya dan membiarkan rakan kongsi lain meneruskan legasi yang dimulakan,” katanya.
Tambah Nora, keputusan tersebut bukan kerana mempunyai masalah dengan rakan kongsi lain, sebaliknya atas kehendak sendiri.
“Kami profesional dalam hal perniagaan.
“Apa yang dilakukan ini adalah atas kehendak sendiri. Saya doakan mereka terus berjaya ,” jelas Nora.
Pada masa sama, ibu kepada dua cahaya mata ini juga berharap apa yang dijelaskan dapat memberikan pencerahan supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini mahupun salah faham.
“Selepas ini sebarang imej atau nama saya tidak boleh digunakan jenama itu
lagi untuk apa saja tujuan promosi berkuatkuasa sejak 1 Mei supaya tidak berlaku sebarang kekeliruan
“Pihak mereka mempunyai masa empat bulan untuk mengeluarkan gambar dan video saya daripada tempoh kuat kuasa,” katanya.
Optimis dengan apa yang tertulis, Nora kini selesa memberi tumpuan kepada dua perniagaan lain termasuk mengusahakan Salun Karva dan jenama pakaian OwlbyNd.
Dalam perkembangan lain, pelakon drama Imaan itu memilih untuk berehat di bulan Ramadan sekali gus memberi perhatian kepada keluarga.
“Masa saya banyak dihabiskan di rumah bersama keluarga.
“Ada kalanya kami sekeluarga berbuka di rumah atau memilih lokasi di luar,” akhiri Nora.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Selalu Mimpi, Doa Mahu Hidup Lama Untuk Temankan Anak-Anak,” – Elyana Sebak, Kongsi Cerita Selepas 10 Tahun Berjuang
![“Saya Selalu Mimpi, Doa Mahu Hidup Lama Untuk Temankan Anak-Anak,” – Elyana Sebak, Kongsi Cerita Selepas 10 Tahun Berjuang](https://cdn.mediahiburan.my/2022/01/5FF84565-D65C-4C2E-9603-2BA789A1C563.jpeg)
Penyanyi Elyana masih meneruskan rawatan kanser limfoma seperti biasa meski memaklumkan dia sudah bebas daripada sel barah yang merebak dalam tubuhnya, awal Disember lalu.
Menurut Elyana, 35, dia masih perlu menjalani rawatan kemoterapi sebanyak empat kali selepas ini.
“Alhamdulillah beberapa minggu lepas, saya sudah lalukan ujian saringan yang terbaru, menunjukkan sel kanser itu sudah tidak ada. Tapi saya masih berjaga-jaga sebab bila-bila saja sel kanser ini boleh ‘grow’ kembali.
“Jadi saya masih jalani rawatan berkala seperti biasa yang berbaki lagi empat kali sesi kimoterapi. Insya-Allah selepas itu, saya akan lalukan transplan pula. Alhamdulillah, setakat ini saya masih lakukan kerja-kerja yang tidak terlalu berat seperti biasa,” katanya.
Mengakui terkejut dengan hasil positif yang diterima, Elyana atau nama sebenarnya, Erneelya Elyana Emrizal bersyukur kerana doanya selama ini dimakbulkan.
“Ketika hari doktor kongsikan berita tersebut, saya memang tak jangkanya langsung. Saya sudah sakit selama 10 tahun dan pada awalnya, memang mengharapkan kesembuhan tapi ia tidak berlaku.
“Jadi saya tanam dalam hati tak payah berharaplah, cuma sekadar berdoa moga diberikan kekuatan untuk teruskan kehidupan.
“Ketika doktor minta saya lakukan ujian positron emission tomography (PET) scan sebelum teruskan kemoterapi yang kelima kalau tak silap, dia minta saya untuk sama-sama tengok hasil imbasan.
“Katanya, cuba tengok ni awak punya kanser sudah hilang. Lalu saya terkejut dan alhamdulillah ketika itu suami pun ada di samping saya. Kami saling memandang. Sampai sekarang, sejujurnya saya masih rasa ia macam mimpi,” katanya.
Elyana turut sebak dan berazam untuk terus kuat demi anak-anak selain memberikan inspirasi kepada mereka yang turut sama berdepan dugaan sama.
“Apa yang saya doa dan mimpikan selama ini sudah pun berlaku. Saya gembira begitu juga dengan doktor yang merawat. 10 tahun tempoh yang lama untuk kami tunggu saat ini. Syukur alhamdulillah.
“Saya sebak. Orang kata setiap ujian pasti akan ada pelangi di hadapan dan perkara ini terjadi kepada saya. Saya selalu mimpi, doakan mahu hidup lama untuk temankan anak-anak. Kalau boleh mahu bersama sehingga mereka besar sampailah ada orang yang boleh jaga sebagaimana saya menjaga mereka.
“Selalu fikirkan hal ini dan ia menjadi antara salah satu doa yang saya panjatkan. Pada masa sama saya juga mahu sihat untuk beri inspirasi kepada mereka yang sedang ditimpa ujian sakit untuk terus kuat.
Terdahulu, Elyana membuat pendedahan bahawa dia menghidap kanser limfoma itu pada 2017 lalu.
Elyana yang bertemu jodoh dengan Khairul Anuar pada 2010 dikurniakan anak perempuan, Cinta Sumayyah, 11, dan seorang anak angkat, Cahaya Ramadhani kini berusia lebih dua tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI