Bekas ratu cantik negara, Dr Soo Wincci yang kini menetap di luar negara bagi melanjutkan pengajian di Sepanyol ada berkongsi cerita bersama pengikut di laman media sosial Instagram miliknya.
Di samping menjalani ibadah puasa 6, Wincci memberitahu hubungan bersama rakan serumahnya kembali jernih selepas berlaku perselisihan faham pada bulan Ramadan lalu.
Lalu, selebriti berusia 35 tahun ini meluahkan rasa gembira dan syukur kerana ikatan persahabatan bersama rakan serumahnya itu kembali pulih setelah saling bermaafan antara satu sama lain.
Ads
“Hari Yg Ke 2 utk Puasa 6 Housemate yg ada selisih faham dlm bulan puasa belikan saya buah tempatan utk meminta maaf 😉
“Semua dah ok 😉 Saya juga dah belanja dia lauk raya 😉
“Kadang-kala memang perlukan masa , kesabaran & saling memaafkan 😉 Bersyukur.#puasa6 #raya #spain #nisperos,” tulisnya.
Tahniah diucapkan buat pelakon dan pengacara, Ain Edruce yang selamat melahirkan anak perempuan jam 1.30 pagi semalam.
Bayi dengan berat 2.79 kilogram itu dilahirkan secara normal di sebuah pusat perubatan di Subang Jaya, Selangor.
Menurut Ain, meski dia merasakan bakal menimang anak lelaki, namun dia dan suami menerima kehadiran ‘baby girl’ dengan hati terbuka dan bersyukur atas rezeki yang dikurniakan.
“Ain awalnya meneka akan melahirkan anak lelaki, manakala suami pula menebak anak sulung kami jantina perempuan.
“Nampaknya tekaan suami saya yang betul. Apapun jantina, saya dan suami menyambut tanda cinta kami ini dengan penuh kesyukuran,” katanya.
Isteri kepada ahli perniagaan, Amirul Hafiz Mustaffa itu berkata hingga saat ini dia tidak menyangka akan bergelar ibu.
“Memang kalau cakap dah jadi ibu, saya sendiri rasa macam di awang-awangan. Tapi semestinya saya dan suami mengharapkan rumah tangga kami akan diserikan dengan kehadiran cahaya mata sulung.
“Harapnya tanggungjawab baru ini akan saya pikul sebaik mungkin. Insya-Allah. Syukur juga proses kelahiran anak sulung kami dipermudahkan,” katanya lagi.
Terdahulu gelagat Ain berkongsi video di aplikasi TikTok sementara menanti detik bersalin nyatamencuri tumpuan ramai.
Untuk rekod, pasangan ini bernikah pada 13 Disember 2019.
Pengacara, Datuk AC Mizal percaya rancangan realiti terbaru, All Together Now Malaysia (ATNMY) sedikit sebanyak mampu memberikan keceriaan buat mereka yang ketika ini sedang berdepan dengan pelbagai kesukaran semasa.
Jelas AC, program ini bukan sahaja membuka pintu rezeki buat para selebriti dan kru-kru yang terlibat tetapi juga buat mereka yang ingin mengubah kehidupan.
“Ada dua aspek kita perlu lihat di dalam program ATNM ni. Pertama sekali adalah penglibatan daripada semua artis-artis dan tenaga kerja. Daripada kru yang hidangkan makanan sehinggalah yang menyempurnakan segala hal, sekurang-kurangnya mereka masih ada pekerjaan pada waktu sukar ini.
“Yang kedua pula, Astro sememangnya akan menayangkan pelbagai rancangan baru sebagai hiburan buat mereka yang berada di rumah. Kita tetap perlukan hiburan untuk sentiasa positif,” katanya kepada MH.
AC yang bakal bertindak selaku kapten juri ini turut berpendapat, program berkonsepkan hiburan ini sememangnya amat diperlukan bagi mengeratkan lagi hubungan sesama keluarga.
“Kalau kita sentiasa disajikan dengan berita-berita yang negatif, kita bukan sahaja boleh murung, tetapi kita tidak boleh untuk meneruskan kehidupan secara normal.
“Kerana ketika ini, inilah norma baru. Walaupun suasananya tidak seperti yang dahulu, sekurang-kurangnya ia boleh mengurangkan segala tekanan.
Pengacara program Sembang DAC ini berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media program All Together Now yang berlangsung secara virtual pada Selasa.
Katanya lagi, dia juga berasa amat teruja kerana program seumpama ini telah membuka ruang buat orang di luar sana untuk mengubah nasib mereka.
“Saya tahu pasti ada juga pihak yang akan mengkritik tapi kita kene tetap positif. Walau bagaimana sekali pun, kerja harus dijalankan. Kami sebagai selebriti tanah air pun memang ini cara kami mencari rezeki.
“Ramai diantara peserta memberi tahu, mereka telah diberhentikan kerja, meniaga kuih tapi tidak laku, ada yang terpaksa tutup restoran dan ada juga bekas penyanyi busker.
“Mereka datang ke program ini untuk mencuba sesutu yang baru dalam perjalanan hidup mereka,” akhirinya.
Program ‘ATNMY’ ini telah diadaptasi daripada format antarabangsa popular ‘All Together
Now’ yang berasal dari United Kingdom terbitan BBC One.
Keunikan utama program ‘ATNMY’ yang dikendalikan oleh Sherry Al Hadad selaku hos ini
terletak kepada jumlah bilangan juri profesional dan peserta yang cukup besar melibatkan
seramai 50 juri tetap dan hampir 250 jumlah keseluruhan peserta untuk musim pertama.
Konsert mingguan ‘ATNMY’ pula akan bersiaran dari Pusat Konvensyen
Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam mulai 6 Jun 2021 di saluran Astro Ria dan Ria HD.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi senior, Aishah Ariffin berharap agar semua pihak dapat dikurniakan kesabaran dan kekuatan mental yang tinggi bagi mengharungi pelaksaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 yang telah pun berkuat kuasa bermula hari ini di beberapa buah negeri.
Jelas Aishah, pada ketika ini, semua pihak sedang merasai tekanannya dan sebagai manusia yang perihatin, kita hendaklah menjaga sensitiviti orang-orang disekeliling mereka.
“Selesai kerja semalam badan vintage ni merasa bahananya. Ramai yang keluar hari ini, al maklumlah kami di beberapa daerah di Selangor ni akan berPKP.
“Cuma agak confuse sekarang dengan SOPnya, nak ikut PKP yang macam mula-mula dulu ke, atau mcm PKP 2.0 ke macam mana ye?
“Di dalam bulan yang mulia semoga kita semua diberi kesabaran untuk mengharungi segala cabaran dan dugaan hidup terutama di musim Covid ini.
“Semua orang merasakan berbagai tekanan, jadi jom kita sama-sama menjaga sensitivity sesama kita. Empathy itu sangat penting. Cakna kesusahan dan kesempitan jiran tetangga kawan-kawan,” tulisnya.
Peringatan tersebut dikongsikan oleh penyanyi lagu Janji Manismu itu menerusi entri terkini yang dimuat naik di laman Instagram.
Dalam pada itu, Aishah turut mengigatkan agar kita semua dapat lebih sensitif ketika menggunakan media sosial terutamanya bila mengenangkan mereka yang kurang bernasib baik.
“Kalau pun tidak bisa membantu secara fizikal, dengan menjaga apa yang kita upload di dalam akaun sosial media kita sudah cukup bagus.
“Bagi yang berada dan bahagia, mungkin boleh simpan-simpan sikit gambar-gambar kemewahan dan kegembiraan.
“Bukan apa,kerana menjaga hati-hati teman-teman yang sedang dilanda kesedihan dan kesempitan. Bagi yang diduga dengan berbagai dugaan, semoga kita bertabah dan bersabar menghadapinya,” katanya lagi.
Dikesempatan itu juga, Aishah turut menyeru kepada semua pihak untuk menggunakan setiap masa yang terluang
bagi mendekatkan diri dengan agama
“Di media sosial bukan tempat untuk kita ‘vent out’ segala ‘frustration’ kita. Sekarang inilah masa terbaik utk kita mohon pada Allah swt.
“Take care everyone,tenangkan hati, zikirullah dan Al Quran patut menjadi teman setia kita 24/7. Sebarkan kasih sayang pada semua. Positif minda, fizikal dan spiritual tapi jangan positif Covid insyaallah,” akhirinya.
Sumber: Instagram Aishah Ariffin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Seorang lelaki berusia 26 tahun ditahan pihak berkuasa selepas dipercayai menjadi dalang di sebalik kebocoran filem animasi yang belum ditayangkan, The Legend of Aang: The Last Airbender yang juga karya terbaharu dalam francais popular, Avatar.