Pasangan selebriti, Awal Ashaari dan Scha Alyahya mengakui ada ahli keluarga mereka masih belum menatap wajah anak kedua, Lyla Amina yang dilahirkan pada 12 Februari lalu.
Menurut Awal, perancangan untuk memperkenalkan Lyla kepada ahli keluarga yang lain tidak kesampaian apabila perlaksaan Perintah Kawalan Pergerakan sekali lagi dikuat kuasakan bermula 10 Mei lalu.
“Ketika melahirkan Lyla, SOP sangat ketat. Ibu serta ahli keluarga lain tak dapat datang. Jadi mereka mengharapkan ketika hari rayalah mungkin dapat tatap wajah ahli keluarga baru kami.
“Malah selepas beberapa hari Lyla dilahirkan pun saya tak beri tetamu datang, saya kata nantilah dulu. Bimbang andai ada apa-apa berlaku sebab kita ada anak kecilkan. Raya nanti insya-Allah dapat jumpa.
“Jadi saya sudah fikirlah untuk ziarah ke rumah nenek, saling berkumpul ketika itu. Rupa-rupanya hampa.
“Macam Scha lagilah, abangnya menetap di Johor dan adik pula di Australia. Memang tak dapat jumpa memandangkan sebelum ini kami akan berkumpul setiap kali sambut raya saja,” kata Awal.
Mereka ditemui di Majlis Berbuka Puasa dan Pelancaran Amina Food di Cookhouse, TTDI Damansara, awal Mei lalu.
Scha bagaimanapun menyifatkan apa yang berlaku adalah yang terbaik demi kesejahteraan keluarga dan penjagaan kesihatan bayi yang baru dilahirkan.
“Ahli keluarga saya yang lain pun tak jumpa lagi Lyla. Tapi nak buat macam mana kan.
“Kalau kita nak berjumpa sekali pun, mungkin akan datangkan kemudaratan buat anak kecil kami.
“Sebaiknya, kami sekeluarga buat apa yang termampu, misalnya berhubung menerusi media sosial dan sebagainya,” katanya lagi.
Foto: Instagram Scha, Awal
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pengacara, Datuk AC Mizal percaya rancangan realiti terbaru, All Together Now Malaysia (ATNMY) sedikit sebanyak mampu memberikan keceriaan buat mereka yang ketika ini sedang berdepan dengan pelbagai kesukaran semasa.
Jelas AC, program ini bukan sahaja membuka pintu rezeki buat para selebriti dan kru-kru yang terlibat tetapi juga buat mereka yang ingin mengubah kehidupan.
“Ada dua aspek kita perlu lihat di dalam program ATNM ni. Pertama sekali adalah penglibatan daripada semua artis-artis dan tenaga kerja. Daripada kru yang hidangkan makanan sehinggalah yang menyempurnakan segala hal, sekurang-kurangnya mereka masih ada pekerjaan pada waktu sukar ini.
“Yang kedua pula, Astro sememangnya akan menayangkan pelbagai rancangan baru sebagai hiburan buat mereka yang berada di rumah. Kita tetap perlukan hiburan untuk sentiasa positif,” katanya kepada MH.
AC yang bakal bertindak selaku kapten juri ini turut berpendapat, program berkonsepkan hiburan ini sememangnya amat diperlukan bagi mengeratkan lagi hubungan sesama keluarga.
“Kalau kita sentiasa disajikan dengan berita-berita yang negatif, kita bukan sahaja boleh murung, tetapi kita tidak boleh untuk meneruskan kehidupan secara normal.
“Kerana ketika ini, inilah norma baru. Walaupun suasananya tidak seperti yang dahulu, sekurang-kurangnya ia boleh mengurangkan segala tekanan.
Pengacara program Sembang DAC ini berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media program All Together Now yang berlangsung secara virtual pada Selasa.
Katanya lagi, dia juga berasa amat teruja kerana program seumpama ini telah membuka ruang buat orang di luar sana untuk mengubah nasib mereka.
“Saya tahu pasti ada juga pihak yang akan mengkritik tapi kita kene tetap positif. Walau bagaimana sekali pun, kerja harus dijalankan. Kami sebagai selebriti tanah air pun memang ini cara kami mencari rezeki.
“Ramai diantara peserta memberi tahu, mereka telah diberhentikan kerja, meniaga kuih tapi tidak laku, ada yang terpaksa tutup restoran dan ada juga bekas penyanyi busker.
“Mereka datang ke program ini untuk mencuba sesutu yang baru dalam perjalanan hidup mereka,” akhirinya.
Program ‘ATNMY’ ini telah diadaptasi daripada format antarabangsa popular ‘All Together
Now’ yang berasal dari United Kingdom terbitan BBC One.
Keunikan utama program ‘ATNMY’ yang dikendalikan oleh Sherry Al Hadad selaku hos ini
terletak kepada jumlah bilangan juri profesional dan peserta yang cukup besar melibatkan
seramai 50 juri tetap dan hampir 250 jumlah keseluruhan peserta untuk musim pertama.
Konsert mingguan ‘ATNMY’ pula akan bersiaran dari Pusat Konvensyen
Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam mulai 6 Jun 2021 di saluran Astro Ria dan Ria HD.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Bagi yang mengikuti drama rantaian yang berjudul Cukup Derita Itu, sudah pasti mengenali gadis kolej, Salwa yang dilakonkan oleh Lia Natalia.
Lia atau nama sebenarnya Alia Afiqah Abden memberitahu, ini merupakan pertama kali dirinya berkerjasama dan berlakon bawah arahan pengarah terkenal Along Kamaludin.
Meski hanya mendukung watak sampingan, pelakon berusia 28 tahun ini mengakui berasa takut serta gementar untuk bekerjasama dengan Along namun sangkaannya personalitinya nyata tidak seperti yang dijangkakan.
Menurut Lia, dia menyifatkan Along sebagai seorang pengarah yang sangat teliti dan tidak kedekut untuk berkongsi ilmu mengenai dunia lakonan.
“Drama Cukup Derita Itu yang diarahkan oleh Sutradara @alongkamaludin buat pertama kalinya Lia bekerjasama dengan beliau. First, takut giler nak shoot bawah arahan beliau sampai tak tido la.
“Rupanya abang Along sangat cool orangnya, sangat details tentang skrip, calltime & banyak ilmu yang Lia belajar dari Beliau. Terima kasih abang @alongkamaludin atas peluang yang diberikan,” tulisnya.
Selain Lia, drama yang berkisahkan konflik kekeluargaan dan percintaan ini dibintangi pelakon Ruhainies, Hisyam Hamid, Chacha Maembong, Jasmin Hamid, Rosnah Johari dan ramai lagi.
Cukup Derita Itu bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di slot Samarinda, TV3.
Foto: Instagram Lia Natalia
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza percaya setiap perkara yang berlaku dalam hidup pasti terselit hikmah, meskipun ada kalanya perlu berdepan pelbagai ujian dan cabaran.