Selepas mengumumkan persaraannya dari bidang nyanyian selepas menjayakan konsert terakhirnya, The Last Altimet Show Februari lalu, Altimet dilihat kian terbuka untuk berkongsi mengenai sisi peribadinya.

Terdahulu, penyanyi lagu Bunga ini mengakui dia sudah pun mendirikan rumah tangga sejak 15 tahun lalu dan kini mempunyai tiga cahaya mata.

Malah, dia turut membuat pendedahan itu ketika ditemu bual Hlive!, sejurus konsert selesai.

“Saya dah berumahtangga, kami dah 15 tahun. Buat masa ini saya sudah bersedia untuk berkongsi perkara ini dengan peminat.

“Zaman media sosial ni makin lama makin susah untuk simpan rahsia. Malah ada juga yang tahu sebelum ni mereka kecam dan kata saya menipu. Saya tidak menipu saya cuma simpan hal-hal peribadi saya. Namanya pun hal peribadi,” katanya.

IKLAN

Pada masa sama, Altimet turut mengakui sepanjang bergelar anak seni, dia lebih senang untuk ‘menjual’ naskhah seni berbanding hal-jal peribadi.

“Saya masuk seni ni saya bukan jadi ahli gosip, saya bukan jenis yang jaja keluarga. Saya cuma ‘niagakan’ lagu saya sahaja. Sebab tu saya nak orang fokus pada lagu,” katanya sambil mengakui sudah mempunyai tiga orang anak.

Bagaimanapun, anak-anaknya tidak hadir menonton konsertnya terakhirnya itu yang berlangsung di PWTC, Kuala Lumpur itu.

IKLAN

Sementara itu, beberapa hari lalu Altimet ada memuat naik sekeping foto yang merakamkan seorang kanak-kanak berambut kerinting yang dirakam dari arah belakang.

“Cuti sem tapi aku kena gi kelas mengira. Ko ghaser?,” tulisnya ringkas.

IKLAN

Lalu, ada yang meneka kanak-kanak tersebut merupakan salah seorang anaknya. Ini dia sedutan temubual bersama HLive!

Foto: Instagram Altimet

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI