Kecoh apabila penyanyi BBNU, Sarah Suhairi, Wani Kayrie dan Sissy Iman digabungkan bersama menerusi program reality The House musim kelima yang bakal ditayangkan bermula 27 Mac ini.

Enam hari ‘dipenjara’ di sebuah rumah di sekitar Janda Baik dan Kuantan dengan hanya satu katil disediakan, nyata memperlihatkan sisi sebenar ketiga-tiga penyanyi muda ini.

Jangan terperdaya dengan perwatakan lemah lembut Sarah kerana sisi berbezanya cukup lantang dan gemar berbuat jenaka.

“Bayangkan, Sarah yang paling muda antara kami bertiga, namun disebabkan Sarah sudah biasa memandu dan berani, maknanya Sarah ambil tanggungjawab memandu kereta di tempat yang cukup sunyi,” ulasnya.

IKLAN

Dilabel suka tidur, kata Wani, dia seorang yang sangat mementingkan kecantikan dan disebabkan itu waktu tidurnya mengikut jadual.

Wani memang biasa tidur ikut waktu, jadi bila tersasar, jadinya Wani cukup mengambil peluang untuk merehatkan mata.

IKLAN

“Malah, Wani memang sukakan kecantikan, bayangkan sebelum tidur, Wani akan pakai gincu, manalah tahu kalau bermimpi putera raja,” ulasnya sambil ketawa.

Penyanyi dan composer, Sissy Iman pula dilihat cukup berdikari dan kata Sarah seperti ‘mak-mak’, namun ayah adalah segalanya.

IKLAN

Selalunya Sissy akan minta tolong ayah sediakan sesuatu, jadi bila ayah tiada, memang susah sangat,” ulasnya ketika ditemui pada majlis pelancaran The House musim kelima di Bangsar Shopping Centre.

Lebih menarik, persiapan dengan bagasi masing-masing membawa padah. Hanya satu beg disediakan untuk memuatkan barangan peribadi ketiga-tiganya. Bagaimana?

Jangan lupa saksikan perjalanan menarik yang bakal disiarkan di saluran Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (123) setiap Rabu jam 9.00 malam.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI